Saturday, November 15, 2008

CEO, General Manager & Ketua Jabatan


Iman : Assalamualaikum bos..

Diri : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa.. Kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil. VCD,SMS,TV.. Jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis...Entah ar...

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. Kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman
: Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya.. Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali..

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan untuk kami. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji, kebajikan awak saya jaga,Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan. Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya..

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.

Diri : Awak tak melawan Encik Dosa ke?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya..

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta- minta dari tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang- kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..Saya rimas..

Iman : (Senyum sinis)Maafkan kami tuan..Kami minta diri dulu..Tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat Encik Dosa..Dan ahli jawatankuasanya; vcd, majalah yang melalaikan, dan sebagainya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang, management berterabur..

Iman
: Alhamdulillah..Kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi..

Diri : Terima kasih..Panggillah aahli jawatankuasa kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah Encik ma'thurat, Encik Zikir, Encik Solat dan semua ahli jabatan awak ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Amin..Semoga hidup saya kembali tenang..


******


Sekadar analogi mudah.. Begitulah diri kita.. Kitalah bos dalam syarikat kita. Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan iman dan jabatan dosa. Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Mari berusaha!!!

Thursday, November 13, 2008

Teladan

SEMOGA BERMANFAAT




Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya.


Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan,dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang
dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang
menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak
bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku,
adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan
membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan
itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengu nyah . Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,
tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku,
pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.
Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada.
Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar
RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya,

memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan

membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....


Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA
saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah
SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah
baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang

kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai
Rasulullahmu. ..

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah.. ..macam meter taxi...jalan terus.


Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan
hasanah.

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda
dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat
hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah
satu dari hal diatas,
Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Ami nnnnnn...



Erm....kagum aku ngan Baginda, dikutuk, dicemuh...tp masih melakukan smua benda dgn sabar, tidak berdendam...blh ke aku buat mcm tu....

Thursday, November 6, 2008

Raya 2008



Teori RAZAK

Teori RAZAK: Azmin Bakal Perdana Menteri Tahun 2020

Saya dan Amin (bukan nama sebenar) secara santai menjadi nujum politik hari ini. Kami cuba merungkai masa depan Malaysia seandainya teori RAHMAN (teori politik berkenaan pemegang jawatan Perdana Menteri) berjaya dilengkapkan oleh Najib Razak. Amin mencetuskan teori RAZAK, yakni teori baru yang akan digunapakai selepas Najib menjadi PM.
Kami meramalkan, Najib tidak akan lama menduduki kerusi PM. Sebaik sahaja Abdullah Badawi melepaskan jawatan sebagai PM, Tengku Razaleigh Hamzah akan mengumumkan untuk menyertai Anwar Ibrahim melalui Pakatan Rakyat (PR). Antara yang akan mengikut jejak langkah Tengku Razaleigh ialah sekumpulan ahli parlimen UMNO termasuk Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin yang sudah tidak mempunyai harapan dalam percaturan politik UMNO. Penghijrahan ini seterusnya akan disusuli dengan ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak yang sememangnya sudah bersedia untuk menyertai PR.
Kemasukan beramai-ramai ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) ke dalam PR waktu itu nanti akan menyaksikan kejatuhan kerajaan BN seterusnya peralihan kuasa akan berlaku. Tengku Razaleigh akan menyertai PAS dan kemudiannya membuat perjanjian dengan Anwar Ibrahim untuk mengisi kerusi PM selama dua tahun (sehingga 2011). Melalui perjanjian ini, PAS berjaya menduduki jawatan PM melalui Tengku Razaleigh. Ini akan membenarkan teori RAZAK untuk huruf R iaitu untuk Razaleigh.
Pada tahun 2011, Tengku Razaleigh (selepas berjaya memenuhi impiannya untuk menjadi PM) akan melepaskan jawatan dan kerusi PM seterusnya diduduki oleh Anwar. Sebaik sahaja mengambil alih kerajaan, Anwar akan membubarkan Parlimen untuk membuka ruang buat Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) bagi memperoleh mandat baru dari rakyat. Keputusan PRU 13 bakal menyaksikan kekalahan teruk UMNO-BN dengan menyaksikan kekalahan di semua negeri kecuali Melaka dan Johor.
Anwar akan memegang jawatan PM untuk tempoh sepenggal (sehingga 2016) dan bersara kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan. Kejayaan Anwar sebagai PM akan membenarkan teori RAZAK untuk huruf A iaitu untuk Anwar.
Ketika menjadi PM, Anwar melantik Ahmad Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang pada ketika itu merupakan tokoh penting PKR. Selepas Anwar bersara, Ahmad Zahid mengisi kerusi PM dan membubarkan Parlimen untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14). Pengaruh PR semakin kuat di kalangan rakyat dan PRU 14 menyaksikan kemenangan PR. UMNO-BN semakin lumpuh selepas kehilangan Melaka yang kemudiannya menerima Ketua Menteri baru bernama Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Ahmad Zahid kemudiannya melantik Azmin Ali sebagai timbalannya seterusnya mentadbir negara dengan cemerlang selama empat tahun. Pencapaian Ahmad Zahid sebagai PM akan membenarkan teori RAZAK untuk huruf Z iaitu Zahid.
Menjelang tahun 2020, Ahmad Zahid mengumumkan persaraannya dan kerusi PM seterusnya diisi oleh Azmin Ali. Melalui kepimpinan Azmin Ali (berumur 56 tahun ketika dilantik sebagai PM), Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju sebagaimana yang diimpikan oleh Dr. Mahathir Mohamad (barangkali sudah tiada pada waktu itu). Azmin menerajui negara secara sistematik dan tersusun, pun demikian bersifat sedikit autoritatif seperti Dr. Mahathir.
Pada waktu itu, persefahaman antara kaum semakin harmoni dan isu perkauman sudah tidak punyai tempat di kalangan rakyat. Khairy Jamaluddin yang pada ketika itu merupakan pengerusi DAP telah dilantik sebagai TPM oleh Azmin. Azmin mentadbir negara lebih lama daripada Dr. Mahathir dan mencipta rekod sebagai PM paling lama pernah berkhidmat. Beliau mengumumkan persaraan ketika berusia 80 tahun (tahun 2044). Pencapaian Azmin sebagai PM akan membenarkan teori RAZAK untuk huruf A iaitu Azmin.
Ketika Azmin mengumumkan persaraannya, Khairy telah pun berumur 67 tahun. Impian beliau untuk menjadi PM sebelum berusia 40 tahun tidak berjaya direalisasikan pun demikian, beliau tetap menjadi PM dan merupakan PM paling tua pernah dilantik. Apa yang menarik, kejayaan Khairy sebagai PM bukan sekadar membenarkan teori RAZAK untuk huruf K, bahkan turut menyaksikan kejayaan DAP menduduki kerusi PM!
Apa pun, ini sekadar ramalan kami berdua. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap akidah dan keimanan kalian seandainya ada yang mempercayai ramalan ini!


I like teori nie...walaupun org ckp ada beberapa perkara yg kita rasa xlogic tp menarik...tapi ini hanya sekadar ramalan...kita xtau apa akan jd di masa hadapan.

Thursday, October 9, 2008

Selamat Hari Raya



Erm pertengahan puasa sampai la da raya ke9 nie, br nak jenguk blog aku nie....hahahahhahah...bz smpai xsempat nak msk....iya la blk tidoq, blk tidoq bila nak update.

Diatas kesempatan ini, aku nak mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari hujung rambut sampai hujung kaki...minta maaf la klu ada tersalah kata, terkasaq....apa2 ja yg xsengaja yg menyingung perasaan hang pa...sorry ek...kira kosong , kosong la nie...kita buka buku baru...buku lama kita buang jauh2..

Cerita bab raya nie, alhamdulillah...kita smua braya dgn jayanya lps bertarung selama sebulan..mcm2 dugaan la time tu...itu mesti...

1st raya thn nie aku braya kat klang umah mil aku...besa ka ngan adik2 ipaq...ada gambaq nti aku amik letak cni..k. Raya pertama tu, mkn ketupat kat umah mil, salam pas2 kami smua p kubuq arwah fil. Mil aku tgk sedih dia, iya la fil aku xdak...n hepi pun ada kot sbb smua ank2 dia berkumpul.

Blk tu mkn lg....pas hb aku ajak blk berkemas....sbb ptg nak berangkat ke penang...kata nak bertolak tgh hari last jd ptg plak..on e way blk png pun jln jem giler...bpa r&r kami benti tp xleh singgah sbb penuh...tp alhamdulillah dlm kul 7 lbh smpai gak la umah mak aku...sampai ja umah tgk kwn2 pak su aku ramai....

Penat jgn kata, ingat nak p umah mak lang maliah mlm tu xjd...masing lena bagai nak rak.

Esk tu aku g umah siti fairus, kat sana aku jumpa ruhil, hee peng, sah n ank sdara...meriah gak la.
N hari ini dlm sejarah gak, kwn lama kami nafiza msg aku....aku mcm xpercaya...akhirnya tergerak gak hati dia nak contact kwn...aku xtau apa perasaan aku time tu...hepi ka, sedih ka...tp bersyukur gak dia masih lg ingat kami walaupun alasan yg dia bg aku xleh terima......

Blk umah siti aku n mummy blk taiping sbb ada family gathering kat sana...amboi meriah gak la wlaupun xsemeriah gathering sblm2 nie....kami tidoq sana...
Esk tu dlm kul 10 gerak ke umah pak teh kemunting...smpai kul bpa kami kat sana..ptg gak la...dr umah pak teh blk umah mak lang jah packing brg pas2 gerak blk penang blk.
On e way blk umah singgah umah mak lang maliah....sangkut kat sana plak....smapi kul bpa...msg ct kata xleh singgah umah farizi sbb da lewat.

Dr umah mak lang maliah trus blk umah...blk umah rehat kejap mlm tu g umah tok cik...sembang kat umah tok ck smpai kul 12 lbh...blk umah...amboi penat nya...mata pun xdaya nak angkat.

Tuesday, September 9, 2008

Selasa bersamaan 9Ramadhan - puasa hari ke9






Hari nie xde pape yg interesting aku nak citer tp try to be hepi as long as i can n keja smu hopefully ok sampai blk nti. Setakat nie, ok lg...tp aku a bit malas nak p keja....sbb mata da ting tong. Iya la semlm aku bedai ubat batuk n selsema amik ko sampai rini kesan dia..tp main ngan xtahan batuk n selsema telan gak la. Sampai sakit dada aku punya batuk. Awat aku rasa bosan rini, ngan perut xbrapa nak sedap.
Aku baca berita arini pun busan asik cerita org bn nak p buat lawatan ke Taiwan. Apa kejadah nak buat kat sana, rakyat kat cni yg depa perlu jg, ngan economi skrg teruk, sosial yg melampau...huru hara ngan politik lg...dorg senang2 je nak lepas tgn ek...xde sesape ke yg buleh berdepan ngan dorg n berckp. Ini kita dok ngomel kat cni, bukan depa buleh dgq pun...nak dgq apa nak msk tenet pun dorg blm tentu masuk. Apara ra....otak letak kat lutut apa. Dlm keadaan negara yg bergolak nie, ada hati lg dorg nak kuar negeri sesuka ati...da la guna duit rakyat....abis xkan dorg guna duit sendiri plak.
Aduhai mata nie buat hal plak....tahan la sat....awai lg klu nak tido pun....eeeeeeeeeeee geram betul.
Dlm dok belek2 email..terbaca la email nie :

Teman-teman tersayang,
Cobalah baca email ini sampai selesai. Saya menyadari bahwa terkadang kita masih belum dapat menerima kebenaran. Tak ada salahnya apabila kita membacanya saja untuk bahan renungan.
love you always,

Indahnya malam pertama kita

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu...mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan..,
Kitapun
kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena bermerk sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan kebaju Kita...
Bagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin...
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang tlah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab
kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah tlah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita
kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....


Email ini khusus buat teman teman tersayang yang dapat merasakan dan menyadari bahwa kita ini sedang mengantri untuk merasakan ''malam pertama'' kita. Anehnya terkadang kita tak pernah galau atau ketakutan akan malam itu. Bahkan tak pernah menangis dan berpasrah atas nama ALLAH. Betapa congkaknya. May ALLAH bless us always!!




Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk membacanya terus hingga ke akhir.

Tiap hari inilah yang kita lalui....
Susah vs. Senang. Dunia semu yang mengasyikkan.. menyita perhatian kita. Sedangkan dunia nyata yang menjemukan lupa kita isi dengan hal hal yang dapat menyinari jiwa yang nantinya akan kita bawa kepada NYA.

Mengapa susah menerima kebenaran? Apakah karena kosongnya jiwa yang tak dapat terisi oleh kebenaran dan cahaya alam nyata?


Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah...

Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju ke ''Malam Pertama Kita''

1st impression baca tajuk otak da kuning da...hehehehehe...da baca yg bawah rasa takut plak...betul kata pak cik ipin klu malas nak sembahyang ingat mati. Buat amal mcm kita nak mati esoknya...takutnya aku. Dan sempena bulan posa nie, meh kita kongsi jadual nie bersama2 ek... aku pun nak gak dpt pahala dia bulan yg mulia nie....xdpt byk pun ckit pun jadi la...dgn berkongsi ngan korg smua info yg aku dpt nie :

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
4.00 pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah
tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,
taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.
Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!


6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.


Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya
baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang
lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu
kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana
ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati
yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur

setstats1Jom la sesama kita mngejar keberkatan bulan Ramadan kali nie....AMIN