Monday, December 26, 2011

Coret coret

Penattttttttttt sgt itu jer yg boleh aku gambarkan keadaan sekarang........2 hari berturut2 baking, pastu hang out nak ngan anak2 buah aku...rini baru nak membega rumah...mop lantai, laundry , lipat kain erm mcm2 la....itu la keja aku klu diumah. Memang sgt2 penat...jealous klu org leh tido kat umah, berjalan. Org mesti pelik, keje pagi blk malam ari minggu keje lagi...mesti org ckp budak nie gila duit apa...xckp weekday weekend lg..hahahha itu la hakikat...kena terima aku bukan org yg suka dok diam...xder org nak tlg aku, aku la kena tolong diri aku sendiri...tambah2 dok tempat org adik beradik plak jauh...apa2 jadi kena tolong diri sendiri la n jg diri sendiri...bg aku tido sekejap pun buang masa, baik aku buat sesuatu yg menjana pendapatan yang halal. Tp alhamdulillah...org ckp klu kita ikhlas, berusaha rezeki dimana2....setiap keringat yg kita kerah, mesti ada hasilnya...insyaAllah...moga DIA permudahkan segalanya....amin.

Friday, December 23, 2011

2012

Diam xdiam da nak masuk 2012...rasa mcm br msk 2011. Memang masa cepat cepat tul berjalan...klu da masa makin cepat....korang agak2 apa ek...erm umo pun makin bertambah, bila umo bertambah...lebih byk commitment...bukan aja dengan manusia tp dengan yg utama di ataskan. Bukan apa bila masa cepat berlalu nie...aku xdak pikiaq lain dahhhhhhhhhhhhhhhhh................bila2 masa ja bersedia la kan...tup2 ada yg pegi dijemput yg di ATAS, wallahualam....aku pun xtau la...bila makin byk umo nie...asik pikir nak mati ja...memang manusia akan mati cuma tggu masa ja masing2. Sementara hayat ada kat dunia nie bersedia la....kita xkan nak menongkat langgit selama-lamanya. Sunat klu mengingati mati...bukan itu ja...boleh wat kita rasa insaf. 
Banyak lagi yg belum aku capai...thn 2012 harap2 membawa sesuatu yg lebih bermakna dlm idup aku...biar 2011 berlalu membawa segala yg pahit...aku xnak ingat yg penting moving forward....itu memang aku xkan pandang belakang, hanya amik ikhtibar ja apa yg berlaku.
2012 akan menjadi aku manusia yg akan lebih berusaha untuk memantapkan lagi hidup dan diri aku...planning will move on....so juz stick to the plan...n make sure everything will be in order...but 1st place this year xnak skip sembahyang lagi....thats the priority.....the rest will cont later insyaAllah.....


Friday, December 9, 2011

Behind the wall



Sepanjang aku kat CITI, xpernah terlintas plak nak snap view from our level. Rini hari malas aku tuk wat keja hehhehe n hari rajin aku mensnap picture. Hari2 inilah view yg aku tatap tak kala tension ngan keje....tgk bangunan2 yg tinggi melanggit...tgk jln yg bersimpang siur ngan keta....blm lg peak hour jam tak henggat....kdg2 aku terpikir kl nie ada tanah sekangkang kera pun klu dpt kat developer memang selamat ler....jgn harap nak biar hijau jer ngan pepokok yg ada...erm ntah la....tukaq topic sat...aku pasan skill writing aku memang la tersgt2 buruk n lemah...hehheh....semua nak cepat ja...satu perkataan klu dishortkan tggl satu perkataan hehhhe memang itu la yg aku amik....last2 bila baca2 blk xtau tulis apa....hahhahah amik ko....nak cepat sgt....semua nak pantas....

Saturday, December 3, 2011

Minum Petang wif cream puff



Da lama xwat minum petang nie...kebetulan plak rini umah aku riuh ngan anak-anak buah yg dtg bertandang..meriah melayan anak2 buah heheheh...selama nie berdua ja...sesekali relative dtg bertandang bawa plak anak buah yg tengah naik....waaaaaaaaaaa mcm nak pecah umah. Si baby Hadif nak tidoq pun xsng asik terjaga...terpaksa la...mak long dia...riba nak bg dakap badan dia bg tido...mcm kena sejuk ja dok atas badan along dia...heheheheh lena terus...........best baby tido atas bdn kita nie...bau baby pun sodap.....xsempat nak snap pic baby Hadif n anak2 buah yg lain....dek dok melayan dorg n kedapuq xhabis2. Esok semua da nak blk....tggu next cuti plak...br dorg dtg....si adik anis...xabis2 ckp....nti along dtg rumah baru tau...iyo lahhhhhhh nti along dtg......tgguuuuu yerrrrrrrr

Wednesday, November 30, 2011

Solat Istikharah, Tata Cara dan Doa

Aku nak kata aku nie rajin solat...xdak la kan....tp juz nak share ngan korg...klu tersepit antara 2 pilihan solat istikharah la pilihan terbaik....petunjuk akan diberikan....jd apa yg menjadi ragu2 akan terhurai insyaAllah....DIA akan bg petunjuk....


Solat Sunnat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

doa-istikhaerah
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Pie n Tart






Whole day semalam aku membaking waaaaaaaaaaaaaaaa penatnya...tp enjoy........semua order rini repeat order dr Yanie n Hajar. TQ sbb order yer...len kali leh order lg....pie tu pie sardin diubah suaikan ckit ikut citarasa melayu...bg agak2 pedas ckit...enjoy la yer

Thursday, November 10, 2011

Stress stress

KUALA LUMPUR - Hampir separuh pekerja Malaysia bekerja lebih lapan jam sehari dan membawa pulang kerja secara tetap untuk diselesaikan pada sebelah malam, demikian menurut dapatan kajian global terbaharu dari Regus.

Regus, penyedia tempat kerja fleksibel terbesar di dunia, telah mendapatkan maklum balas daripada lebih 12,000 ahli perniagaan di 85 negara.

Alasan tekanan pada waktu bekerja yang boleh dipertikaikan telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan disebabkan pemulihan dalam ekonomi yang perlahan di ekonomi matang dan sebaliknya sangat pantas dalam ekonomi baharu muncul, kata Regus dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kajian itu mendapati 32 peratus daripada pekerja Malaysia dan 38 peratus daripada pekerja global biasanya bekerja antara sembilan hingga 11 jam setiap hari manakala 15 peratus pekerja di Malaysia bekerja secara tetap lebih 11 jam sehari berbanding dengan 10 peratus di seluruh dunia.

Naib Presiden Regus Asia Tenggara, Australia dan New Zealand, William Willems berkata, kajian itu mendapati terdapat kekaburan mengenai garisan kerja dan rumah.

Kesan jangka panjang terlebih kerja ini boleh merosakkan kesihatan pekerja dan produktiviti keseluruhan apabila para pekerja memaksa diri mereka bekerja teruk dan menjadi melawan, murung dan malah tidak sihat dari segi fizikal, katanya.

"Sambil kajian kami mendapati pekerja yang bekerja di tempat yang jauh dan mudah bergerak bekerja dalam dalam tempoh yang lama, wujud bukti yang menunjukkan bahawa para pekerja yang bekerja di tempat yang jauh lebih produktif, mempunyai kepuasan bekerja dan paras tekanan yang rendah," katanya, sambil menyatakan para pekerja sedemikian biasanya kurang melakukan perjalanan, sekali gus membolehkan mereka menggunakan lebih banyak masa bagi pekerjaan masing-masing.

Perniagaan yang membolehkan warga kerja masing-masing bekerja dari lokasi yang berdekatan rumah dan menguruskan masa secara bebas akan menyeimbangkan tekanan keseimbangan kerja dan kehidupan dan menjadi lebih produktif, komited dan lebih sihat, katanya. - Bernama


Article mcm point kat batang idung aku jer....ka aku yg cepat terasa kuikuikui....tp memang bukan la ja...dr blm kwin sampai ka da kwin aku nie nak kata gila keja pun dak gak...dlu terpaksa stay back sbb bos bg keja melambak2...sampai mlm br blk...tp skrg terpaksa stay back pun sbb keja xder la melambak sgt tp sbb nak maintain server n application sbb xnak susahkan kita org masa akan datang. Pernah aku bg tau cik hb, hari2 org spent masa kat opis kurang 15jam  klu keja sendiri agak2nya da kaya kot...hehhehehe angan2. Nasib baik la cik hb fhm....klux habis aku.....