Tuesday, September 29, 2009

HELP ME

Pala aku da buntu dan tepu...xleh nak pikir dah....ada sapa2 yg rasa blh tlg..dialu-alukan pertolongan anda. Da berapa hari case nie xsettle lg...mcm2 solution da buat. Still mcm tu jg......
bila kita type ipconfig kat command prompt
kuar error :

Window IP configuration
An internal error occurred: Access is denied
Please contact microsoft Product Support Services for further help.
Additional Information : Unable to open registry key for tcpip.

Macam-macam cara da buat reset tcpip, registery pun da tukar, scan n repair window pun dah....semua yg terlist dlm google da try...sapa-sapa yg blh membantu aku alu-alukan ek...




Wednesday, September 23, 2009

Raya 2009

Nie tahun ke2 aku beraya bersama hb, dan tahun pertama aku beraya kat kpg. Thn lepas ada gak blk raya, tp raya dlu kat Selangor then next day baru balik Penang. Erm...kali ni aku ambil cuti b4 raya...so 17 aku da start cuti dan 23 start keje. Rasa mcm xpuas...thn nie ramai sgt org dtg umah, byk sgt umah yg aku n hb melawat....sampai xsempat nak rehat. Tp ramai lagi umah yg belum sempat pegi....sbb 21 mlm kami da blk. Gambar pun kami xsempat amik...adoi...memang penat tp berbaloi. Cuma terkilan byk lg umah yg kami belum pg..kwn2 pun aku xsempat jumpa. Jumpa pidah sorg ja...itu pun b4 raya. Balik kampung hidup aku kalam kabut sikit hahahahhah...jap2 ke sana, jap2 ke sini...adoi...penat sungguh. 1st raya aku g umah mak njang, pak su, bpk, k.tie and mak lang maliah. 1st raya juga ramai betul org dtg...habis la semua ketupat n rendang mak aku...heehehehhehhe. Itu pun kami lari jap...klu xlari alamatnya xdapat g mana2 la. 2nd raya blk kpg kat Semanggol....blk tu g umah k.ina. Itu pun umah pak teh xsempat pg....erm..xtau la...jgn depa kecik ati da. Ramai sgt bpk n mak sedara...nak g semua memang xsempat. Hari yg kami blk Semanggol tu...mak njang belah bpk dtg...tp kami xder umah, sian plak depa..mai xdak org....tgk la...blk lg sekali kami cuba cari masa g umah mak njang n pak njang. Raya ke3 aku da kat umah.....betul2 terbongkang ritu sbb penat. Mana penat drive lg, penat berjalan raya lg....penat baju bertimbun. Cita sal baju...kat penang baju yg basuh semua xkering, yg lain2 pun xbasuh sebab nak jemur pun susah sbb xder tempat. Jadi bawa balik semua hantar dobi...senang citer...aku cuma basuh yg bebaru jer....Raya ke3 juga ayin dan adik2 dia datang umah....angah n alang...jamu kuih raya jer...nak msk lenlain pun xsempat sbb dorg call last minit. Harini aku keja....sunyi ja opis....ingat keja xbanyak ar staff xramai yang msk lg...tp byk jg....dari pg sampai petang aku xdapat relax...time relax plak nie ha....tgh update blog.

Friday, September 11, 2009

Baju Kurung - Bah 2


Lepas ambil pesak, kemudian bahagian tangan. Tangan pun sama, ambil ukuran baju contoh, kemudian ukur pada kain kemudian gunting. Bahagian hujung tangan lebihkan 1 inci untuk kelim bahagian hujung tangan.


Tangan sudah selesai kemudian ambil kekek, kekek standard ukuran 4 inci x 4 inci dan lebihkan 1/2 inci untuk jahitan.



Kemudian kain, bahagian kain tadi kita ambil setelah kita potong bahagian badan, pesak, tangan dan kekek. Lebihan tu untuk kain. Ok sebelum potong kain, ambil ukuran panjang dan pinggang. Untuk bahagian pinggang, contohnya pinggang kita 25 inci + 7 inci lipatan kain (std) + 1/2 inci jahitan. 7 inci x 4 (untuk 4 susunan kain)

Last sekali ambil lilitan pinggang...sbb nak lapik getah pinggang tu.


Orite da dapat ker gambaran cmne, hehehhehe...ukuran leher belum lg tau..sbb leher nie complicated sikit...next time la...klu ada masa aku tunjuk ek.

Thursday, September 10, 2009

"Apa Yang Kita Kejar"

Aku xtau, kenapa kata-kata nie terngiang-ngiang dalam pala otak aku nie. Nie gara-gara semalam la...salah sorg dari member ckp sal benda nie. Dia ckp gaji xbyk mana, ank bini terabai apa yang kita kejaq pun xtau. Erm...mula-mula aku mengiyakan tp bila fikir-fikir balik...kita xder kejar apa pun...cuma kerja untuk menampung hidup. Tidak salah rasanya...aku bekerja untuk mencari rezeki yang halal, pastu bantu family aku, bantu hb aku. Dalam kepala aku pun xder sgt nak mengajer kekayaan sgt, cukup la untuk menampung hidup dan untuk keselesaan aku dan family. Tipu la kalau kita xder terniat sikit pun nak jadi kaya...tp hanya niat dan berserta usaha aku rasa itu pun xsalah. Kalau da tertulis rezeki aku, ada la..kan. Kita sebagai umat berusaha dan berdoa.
Kalau perempuan yang berkahwin, setengah org mungkin xkisah....aku benti kerja pun xper laki aku ada boleh tanggung. Tapi bagi aku, boleh aku xkerja, hb aku pun boleh support aku, tp boleh ker dia support family aku? Memang orang akan cakap, bila perempuan dah berkahwin, dia dibawah tanggungjawab suami dia tapi aku sebagai anak xkan nak tgk jer family aku susah, xkan aku nak suruh hb aku support family aku, tambah-tambah macam aku anak sulung, kena faham-faham sendiri la. Memang terdetik dalam hati, nak berenti kejer...kadang-kadang penat sgt, kuar pagi, balik malam...pendapatan lebih kurang gak..tp syukur alhamdulillah la...semua boleh cover. Nak mewah sangat tu xder ar. Tp sebagai isteri, anak dan mungkin sebagai ibu...aku tengah prepare diri aku ngan ilmu-ilmu yang mungkin dapat membantu aku di kemudian hari. Dari hari kehari aku akan memantapkan lagi skill aku...xkira dalam bidang apa sahaja yang aku ceburi. Setiap couse yang memanafaatkan, aku akan amik peluang tu...xder toleh belakang lagi. Sampai sekarang aku masih lagi belajar, computer skill, management skill, motivation, masak , menjahit dan macam-macam lagi. Insyaallah satu hari mana tau, klu aku xkeja, aku boleh guna skill aku dalam menjahit @ memasak untuk menambahkan lagi pendapatan. Tp aku beruntung sbb hb aku byk membantu, dia akan dapatkan mana-mana course yang aku minat dan dia juga salu motivate aku...alhamdulillah

Thursday, September 3, 2009

Baju Kurung - Bah 1


1st - kena potong bahagian baju dulu, ambil ukuran dekat baju kurung yg telah siap ukur lebar dan panjang dia tapi kena lebihkan 1/2 inci utk jahitan dia. Setelah dapat ukuran, untuk memudahkan kerja dan untuk kekemasan, tanda dengan kapur dan potong.
contoh : lebar baju 16+1/2 inci jahitan
panjang badan lebihkan 1 inci untuk kita kemaskan dan jahit kelim.



Lepas potong bahagian badan, potong pula bahagian pesak baju. Macam biasa ambil ukuran pesak dekat baju yang sudah siap, lebihkan 1/2 inci untuk jahitan. Bahagian pesak haruslah disengetkan seperti diatas.


Wei nti aku cont lg.....adoi lambat bebenor nak upload gambar......




Saturday, August 29, 2009

Express yourself

Hari nie da seminggu umat islam berpuasa, dlm sedar xsedar da seminggu. Hari nie jg, mood aku mcm besa antara malas ngan xmalas...hahahhha cmne tu. Kepala aku da tepu rini, xblh nak fikir.....email yg stuck kat outbox pun still mcm tu xbergerak2...panas tul aku, besar sgt ker file dia...8MB jer hahahhah...jer tu yg xtahan....klu nak ikutkan setiap user usage dia sampai 250MB. Setakat 8MB tu apa la sgt. Aku tgk user nie punya usage byk lg...25MB jer dia guna. Biar la...klu dia dpt email aku nti dia call la, aku da pesan kat dia mcm tu ar. Da dpt call....so aku akan guide dia tru phone utk next step. MASTER KK semlm pun belum dpt feedback...adoi...cmne aku nak continue keje nie....semua pending. Call xangkat, msn xon plak...lantak korg ar...kita nak tlg...tp dorg xnak. Bukan apa aku xnak keje aku pending, klux next week bertimbun ar keje aku. Hadoi...tension betul. Semua xmenjadi harini....aku xtau mood aku xmenentu rini sbb pms ker or sbb lain. Dlm kepala aku nie, zero....xder pikir apa-apa dah....pas2 blk nie, 2.30 aku amik ayin kat jusco. Nak g umah kak salmah jahit baju pun aku malas, da berapa minggu dia asik tanya jer, bila aku nak g umah dia...minggu lepas xblh sbb berbuka umah MIL, aku msk la ckit...itu yg xsempat nak ke rumah dia. Minggu nie xtau lg la k.salmah oooooooooiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, xberani nak janji kang janji xjd pergi cmne. Minggu nie, cuti Ahad n Isnin, pikir nak dok umah jer rehat....ada gak tergerak hati nak balik kampung, tp xblh la...raya nak balik lg....kang budget lari plak...pas raya pun nak balik jg time deepavali...cousin aku nak kahwin. Sekarang baru kul 12.00....30 min lagi nak balik...aku menghitung waktu jer....asik pandang2 jer jam kat desktop nie....rasa lambat plak masa berlalu.....



Friday, August 28, 2009

Kau Pergi Jua

SINGAPURA, 27 Ogos (Bernama) — Pakar Ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini, kata isteri Allahyarham, Datin Hasnah Wahab.
Hasnah yang turut berada dalam penerbangan itu menemani suaminya mendapati Ismail yang sedang tidur di kerusi sebelahnya tiba-tiba terlintuk kepalanya ke atas bahunya. “Saya dapati suami saya sudah tidak bernyawa dan bila saya pegang, tangannya sudah sejuk,” kata Hasnah kepada Bernama semasa ditemui di Masjid Ba’alwie di Jalan Lewis di sini sementara menunggu jenazah Ismail diuruskan.
Hasnah berkata suaminya meninggal dunia dalam kapal terbang kira-kira 2.30 pagi iaitu kira-kira sejam suku sebelum pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi.
Menurutnya, Ismail, 61, ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan universitinya, International University College of Technology Twintech.Mereka bertolak dua hari lepas (25 Ogos) dan pulang malam keesokannya (26 Ogos) dan dijadual tiba di Singapura pada 3.45 pagi ini.
Sebaik tiba di sini, jenazah Ismail dibawa ke Hospital Besar Singapura kira-kira 8 pagi untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Jenazah Ismail kemudian dibawa ke Masjid Ba’alwie untuk dimandi dan dikafankan.
Kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Datuk Ahmad Anuar Adnan membantu menguruskan jenazah Ismail.
Jenazah Ismail kemudian disembahyangkan oleh Imam Hasan Al-Attas bersama para pegawai kedutaan dan jemaah masjid.
Jenazah kemudian dimasukkan ke dalam van jenazah untuk dibawa ke Lapangan Terbang Senai, Johor untuk diterbangkan oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia ke Lapangan Terbang Subang.Hasnah berkata jenazah suaminya akan dibawa ke rumah mereka di no. 7140, Jalan Melati 2, Sungai Kantan, Fasa 2, Kajang. Beliau berkahwin dengan Ismail selama 27 tahun dan pasangan itu dikurniakan enam anak.
Beliau terkilan kerana arwah suaminya tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan pertama anak mereka pada hujung tahun ini.
“Suami saya beria-ia sangat hendak menghadiri perkahwinan pertama anak kami,” kata Hasnah sambil menambah tiga anaknya masih bujang dan tiga lagi masih bersekolah.
Ismail mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya dan cacat penglihatan di Malaysia.
Allahyarham juga ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa, Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.Allahyarham Ismail dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya termasuk anugerah Guinness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah. Sementara itu di KAJANG, abang Allahyarham, Zakaria Salleh, 64, berkata jenazah adiknya dijangka tiba di rumah Allahyarham kira-kira 6.30 petang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan. Katanya adiknya tidak menunjukkan sebarang tanda sakit sebelum berlepas ke Beijing. Bagaimanapun, Isnin lepas, Ismail yang menghadapi masalah buah pinggang, telah menjalani rawatan dialisis di Kuala Lumpur. Zakaria bertindak sebagai “mata”, penjaga, pembantu peribadi dan pemandu kepada Ismail sejak kecil. “Saya telah berjanji dengan arwah mak saya, saya akan jaga dia selama-lamanya,” kata beliau.


Kenapa hati aku sebak bila dengar berita pemergian Prof, 1st aku tau dr erynn smlm.....aku ym dia tuk cmfirmkan balik, n memang betul prof da xder. Time tu rasa mcm sebak sgt, aku xtau kenapa....yg terbayang dlm kepala aku...klu dia dtg college kami akan bg laluan utk dia naik....tp kdg2 dia mcm blh tau kami nak ker class...dia pun pelan2 ketepi.....bg laluan untuk kami. Aku pernah bg salam kat dia sekali...n ngan lembut ja, dia jwb salam. Erm...hopefully Twintech hidup lg walaupun tanpa dia. ...walaupun hakikatnya aku still marah jg la..sbb dorg hutang aku n belum bayar sampai sekarang. Da berpuluh surat aku kirim, n call.... mcm tu gak...xder perubahan. Pape pun Alfatihah buat prof, n aku kagum ngan dia.