Wednesday, November 30, 2011

Solat Istikharah, Tata Cara dan Doa

Aku nak kata aku nie rajin solat...xdak la kan....tp juz nak share ngan korg...klu tersepit antara 2 pilihan solat istikharah la pilihan terbaik....petunjuk akan diberikan....jd apa yg menjadi ragu2 akan terhurai insyaAllah....DIA akan bg petunjuk....


Solat Sunnat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

doa-istikhaerah
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Pie n Tart






Whole day semalam aku membaking waaaaaaaaaaaaaaaa penatnya...tp enjoy........semua order rini repeat order dr Yanie n Hajar. TQ sbb order yer...len kali leh order lg....pie tu pie sardin diubah suaikan ckit ikut citarasa melayu...bg agak2 pedas ckit...enjoy la yer

Thursday, November 10, 2011

Stress stress

KUALA LUMPUR - Hampir separuh pekerja Malaysia bekerja lebih lapan jam sehari dan membawa pulang kerja secara tetap untuk diselesaikan pada sebelah malam, demikian menurut dapatan kajian global terbaharu dari Regus.

Regus, penyedia tempat kerja fleksibel terbesar di dunia, telah mendapatkan maklum balas daripada lebih 12,000 ahli perniagaan di 85 negara.

Alasan tekanan pada waktu bekerja yang boleh dipertikaikan telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan disebabkan pemulihan dalam ekonomi yang perlahan di ekonomi matang dan sebaliknya sangat pantas dalam ekonomi baharu muncul, kata Regus dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kajian itu mendapati 32 peratus daripada pekerja Malaysia dan 38 peratus daripada pekerja global biasanya bekerja antara sembilan hingga 11 jam setiap hari manakala 15 peratus pekerja di Malaysia bekerja secara tetap lebih 11 jam sehari berbanding dengan 10 peratus di seluruh dunia.

Naib Presiden Regus Asia Tenggara, Australia dan New Zealand, William Willems berkata, kajian itu mendapati terdapat kekaburan mengenai garisan kerja dan rumah.

Kesan jangka panjang terlebih kerja ini boleh merosakkan kesihatan pekerja dan produktiviti keseluruhan apabila para pekerja memaksa diri mereka bekerja teruk dan menjadi melawan, murung dan malah tidak sihat dari segi fizikal, katanya.

"Sambil kajian kami mendapati pekerja yang bekerja di tempat yang jauh dan mudah bergerak bekerja dalam dalam tempoh yang lama, wujud bukti yang menunjukkan bahawa para pekerja yang bekerja di tempat yang jauh lebih produktif, mempunyai kepuasan bekerja dan paras tekanan yang rendah," katanya, sambil menyatakan para pekerja sedemikian biasanya kurang melakukan perjalanan, sekali gus membolehkan mereka menggunakan lebih banyak masa bagi pekerjaan masing-masing.

Perniagaan yang membolehkan warga kerja masing-masing bekerja dari lokasi yang berdekatan rumah dan menguruskan masa secara bebas akan menyeimbangkan tekanan keseimbangan kerja dan kehidupan dan menjadi lebih produktif, komited dan lebih sihat, katanya. - Bernama


Article mcm point kat batang idung aku jer....ka aku yg cepat terasa kuikuikui....tp memang bukan la ja...dr blm kwin sampai ka da kwin aku nie nak kata gila keja pun dak gak...dlu terpaksa stay back sbb bos bg keja melambak2...sampai mlm br blk...tp skrg terpaksa stay back pun sbb keja xder la melambak sgt tp sbb nak maintain server n application sbb xnak susahkan kita org masa akan datang. Pernah aku bg tau cik hb, hari2 org spent masa kat opis kurang 15jam  klu keja sendiri agak2nya da kaya kot...hehhehehe angan2. Nasib baik la cik hb fhm....klux habis aku.....

Sunday, October 30, 2011

Real Steel



Real Steel....movie yg sangat2 awesome la....memang sgt2 best...xrugi tengok. Terutamanya tgk budak yg cute sgt Dakota Goyo....n bijak. Bila tgk Dakota nie berlakon n compare ngan reality, bukan kat Malaysia ja...kat all over the world budak ker org tua ker memang addicted ngan game. Tp memang xterpikir plak bila watak robot fight2 nie dlm game akan di transform ker movie and kat real life kita leh ada liga robot2 nie. Tp memang best ler masa robot to fight...memang excited gila....rasa mcm nak tgk lagi....n Hugh Jackman memang ermmmmmmmmmm hensomenya.......

Wednesday, October 26, 2011

Swiss Roll musim hujan

Makan lagiiiiiiiiiiiiiiii apa nak jd la hang Norullllllllllllllllll encik hb pun da bising perut da mcm org mengandung 3bulan. Abis nak wat cmna, xkan nak dok diam ja,...boring idup xtril la heheheh klu xmencuba sesuatu yg baru ek....xpa la encik hb perut bape bulan wa tetap cayang sama lu hahahahahhah poyos ja ayat....nak muntah dengaq...mesti encik hb xsangka...dia punya bini leh express cayang kat blog nie....hehehhehe. Back to kita punya topic...swiss roll kegemaran encik hb. Tp kali nie resepi lain ckit dari resepi choc swiss roll ritu...cam besa la tok guru cik mat gebu kita ler....mohon ampon la cik mat...asik2 mengendap awak punya blog...mencilok n mencilok ja kerja aku...kita tgk resepi jer kat bawah yer

60g gula kastor
3biji telur
2 sudu ovallate
70g tepung gandum*
1 sudu susu tepung*
1 sudu pewarna
60ml minyak
1 sudu esen vanilla

Cara-cara membuatnya
Ayak bahan2 *, pukul telur, gula, ovallate, esen vanilla sampai kembang n mskkan bahan ayak. Da rata mskkan minyak n gaul ngan spatula ya. Asingkan 3sudu bahan yg dipukul kembang td n campurkan pewarna...ikut suka nak pewarna apa. Amik bahan td tuang dlm loyang yg dilapik ngan kertas minyak...dan ratakan ngan spatula. Pas bahan extra yg digaul ngan pewarna td mskkan dlm piping beg...paipkan ngan corak melintang..jgn tiru aku yer..aku wat memanjang ckp adunan td...pas tu bakar dlm 25min..ikut oven aku ler dlm 150c. Tp sebelum tu panaskan oven dlu yer dlm 30min. Da masak sejukkan dan sapukan kaya...pas tu gulung kejap2 yer...filling tu xkisah belasah jer. Aku ingat nak letak kaya, kaya xder dlm peti ais ada sberry n blueberry belasah jer la...jani ado...dr xdak langsung...







Monday, October 24, 2011

Ustaz Kazim




Antara peberet aku wat masa nie...memang tip top la...klu dia berceramah. Da byk da cd2 ceramah dia yg jd koleksi aku n en hb. Xpuas ati klu miz cd2 dia, klu windu  sgt aku tgk kat utube ja....memang bgs la ceramah2 dia nie... bgs tuk jd panduan kita...aku sgt2 syorkan hang pa dgq ceramah dia...memang xrugi...Tu kat atas MAJALAH ANIS keluaran nov 2011.

Move like Jagger .....

Title xingat...move like jagger tp klu tgk mike jagger menari wahhhhhhhh ngan suaq agogo dia layan gak....hidup cam2 la kena move...Hidup kena move on...hehehheh memang dari dulu lg itu la aku....mungkin ada certain2 time akan down...tp itu bukan penghalang bg aku...semua tu mematangkan diri aku...bila di kenangkan perjalanan hidup aku....xnak la kenang sedih cuma akan jadikan pengalaman hidup tu satu panduan dan pengajaran buat aku...aku xkan patah blk...aku mesti berani melawan arus.....satu masa dlu kita lemah tp tidak sekarang....kena berani...terima cabaran hidup....tambah hidup tempat org...jauh plak dr family lg la....semua kena buat sendiri memang xtertahan kadang2 tp kena lalu gak....klux sapa nak tlg...tp alhamdulillah kwn2 time tu byk yg membantu family depa alhamdulillah....sgt2 bersyukur. Mood nak membebel da ilg la...nti2 la aku cont ya....have a nice day semua....cau dlu.....