Monday, November 24, 2008

Firewall

Adoi fening betul pala den nie ha......da setup kat firewall tp nape user tu xleh access web tu ek...da la aku 1st nak configure web nie.....skrg nie tgh baca guide dia....mana tau kot2 setup salah....tp fhm2 je..user guide, tulisan byk bebenar naik berpinau mata aku....tp xpa la pelan2...yg user tu pun tggu sat la na.............harap bersabaq n bg peluang kat budak br belajar nie....yg vincent plak soh aku configure sbb dia xleh configure sbb user to offline firewall....
Pg nie tetiba je dia sent email, wow...memang ar dia ada ajar aku last week sal firewall nie...dia pun ckp dia amik masa yg lama tuk tau smua settting nie...ayoyoyo aku lagi, lat week inform itu pun sekerat jln, this week da kena buat...ritu mamat ni jg yg bg tau jgn ubah apa2 setting firewall...tgk blh...xper la slow2bajar.....ek....harap2 aku berjaya menyudahkan misi ini....AMIN.


Saturday, November 22, 2008

Aku dan pekerjaan

Hari nie dan semlm membuatkan aku ingin active blk dlm blog nie...memang xdinafikan aku bz giler babing 2/3 menjak nie....tp aku cuba la luangkan masa. Yg menjadikan aku bz giler....sbb aku ditugaskan ngan job function yg baru...so skrg job technical n application. Application may b benda yg baru bg aku, tp aku cuba buat yg terbaik...
Berbalik sal kerja, aku ada baca posting dlm mesra.net sal isu keje n dorg ada satu topic sal PTD n apa perkerjaan kamu sekarang?
Bila timbul isu PTD, aku setiap kali apply spa PTD mesti no1 la. PTD antara sbb dan musabab aku pilih PTD sbb aku nak keja kat embassy n sambil2 keje tu blh la pg negara org....may b sbb tu kot niat aku hehehe menyebabkan smpai la aku dpt PTD, asik test ja....pggil blm gak....lama2 mcm da putus asa tp apply gak cuba nasib. Rupa2 PTD nie bukan setakat dok embassy ja rupanya buat admin kat mana2 organisasi gov yg diposting.....br aku fhm...kiranya PTD nie dilatih utk menjadi "BOS" ar lbh krg....itu yg menyebabkan pemilihan dia agak tought ckit...oooooooo br aku ngerti.....jd dlm training dorg akan diajar public comm, structur organisasi n lain2 la....klu aku cerita pjg sat gi. Aku ringkaskan la....sbb tu PTD ramai candidate sbb dorg ckp PTD nie buleh naik dgn cepat n gaji pun blh tahan.....jd skrg aku berfikir....aku nak msk embassy ja...xmau g orgnisasi lain selain embassy......mcm mana2
Pas2 timbul plak isu pekerjaan xsetaraf dgn qualification, ramai yg yg merungut dlm blog....aku fhm masalah dorg....tp kena sabar la....aku pun mula2 mcm tu gak pas2 grad buat kerja kerani berapa thn dekat 3thn...tp yg penting kita kena usaha la, jgn putus asa...cari dan trus cari jd ada la rezeki kita n satu lg yg aku belajar dlu, bersyukur dgn apa yg kita dpt....ini penting.....sgt2





Saturday, November 15, 2008

CEO, General Manager & Ketua Jabatan


Iman : Assalamualaikum bos..

Diri : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa.. Kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil. VCD,SMS,TV.. Jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis...Entah ar...

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. Kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman
: Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya.. Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali..

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan untuk kami. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji, kebajikan awak saya jaga,Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan. Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya..

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.

Diri : Awak tak melawan Encik Dosa ke?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya..

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta- minta dari tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang- kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..Saya rimas..

Iman : (Senyum sinis)Maafkan kami tuan..Kami minta diri dulu..Tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat Encik Dosa..Dan ahli jawatankuasanya; vcd, majalah yang melalaikan, dan sebagainya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang, management berterabur..

Iman
: Alhamdulillah..Kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi..

Diri : Terima kasih..Panggillah aahli jawatankuasa kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah Encik ma'thurat, Encik Zikir, Encik Solat dan semua ahli jabatan awak ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Amin..Semoga hidup saya kembali tenang..


******


Sekadar analogi mudah.. Begitulah diri kita.. Kitalah bos dalam syarikat kita. Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan iman dan jabatan dosa. Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Mari berusaha!!!

Thursday, November 13, 2008

Teladan

SEMOGA BERMANFAAT




Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya.


Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan,dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang
dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang
menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak
bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku,
adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan
membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan
itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengu nyah . Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,
tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku,
pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.
Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada.
Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar
RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya,

memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan

membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....


Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA
saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah
SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah
baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang

kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai
Rasulullahmu. ..

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah.. ..macam meter taxi...jalan terus.


Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan
hasanah.

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda
dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat
hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah
satu dari hal diatas,
Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Ami nnnnnn...



Erm....kagum aku ngan Baginda, dikutuk, dicemuh...tp masih melakukan smua benda dgn sabar, tidak berdendam...blh ke aku buat mcm tu....

Thursday, November 6, 2008

Raya 2008



Teori RAZAK

Teori RAZAK: Azmin Bakal Perdana Menteri Tahun 2020

Saya dan Amin (bukan nama sebenar) secara santai menjadi nujum politik hari ini. Kami cuba merungkai masa depan Malaysia seandainya teori RAHMAN (teori politik berkenaan pemegang jawatan Perdana Menteri) berjaya dilengkapkan oleh Najib Razak. Amin mencetuskan teori RAZAK, yakni teori baru yang akan digunapakai selepas Najib menjadi PM.
Kami meramalkan, Najib tidak akan lama menduduki kerusi PM. Sebaik sahaja Abdullah Badawi melepaskan jawatan sebagai PM, Tengku Razaleigh Hamzah akan mengumumkan untuk menyertai Anwar Ibrahim melalui Pakatan Rakyat (PR). Antara yang akan mengikut jejak langkah Tengku Razaleigh ialah sekumpulan ahli parlimen UMNO termasuk Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin yang sudah tidak mempunyai harapan dalam percaturan politik UMNO. Penghijrahan ini seterusnya akan disusuli dengan ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak yang sememangnya sudah bersedia untuk menyertai PR.
Kemasukan beramai-ramai ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) ke dalam PR waktu itu nanti akan menyaksikan kejatuhan kerajaan BN seterusnya peralihan kuasa akan berlaku. Tengku Razaleigh akan menyertai PAS dan kemudiannya membuat perjanjian dengan Anwar Ibrahim untuk mengisi kerusi PM selama dua tahun (sehingga 2011). Melalui perjanjian ini, PAS berjaya menduduki jawatan PM melalui Tengku Razaleigh. Ini akan membenarkan teori RAZAK untuk huruf R iaitu untuk Razaleigh.
Pada tahun 2011, Tengku Razaleigh (selepas berjaya memenuhi impiannya untuk menjadi PM) akan melepaskan jawatan dan kerusi PM seterusnya diduduki oleh Anwar. Sebaik sahaja mengambil alih kerajaan, Anwar akan membubarkan Parlimen untuk membuka ruang buat Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) bagi memperoleh mandat baru dari rakyat. Keputusan PRU 13 bakal menyaksikan kekalahan teruk UMNO-BN dengan menyaksikan kekalahan di semua negeri kecuali Melaka dan Johor.
Anwar akan memegang jawatan PM untuk tempoh sepenggal (sehingga 2016) dan bersara kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan. Kejayaan Anwar sebagai PM akan membenarkan teori RAZAK untuk huruf A iaitu untuk Anwar.
Ketika menjadi PM, Anwar melantik Ahmad Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang pada ketika itu merupakan tokoh penting PKR. Selepas Anwar bersara, Ahmad Zahid mengisi kerusi PM dan membubarkan Parlimen untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14). Pengaruh PR semakin kuat di kalangan rakyat dan PRU 14 menyaksikan kemenangan PR. UMNO-BN semakin lumpuh selepas kehilangan Melaka yang kemudiannya menerima Ketua Menteri baru bernama Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Ahmad Zahid kemudiannya melantik Azmin Ali sebagai timbalannya seterusnya mentadbir negara dengan cemerlang selama empat tahun. Pencapaian Ahmad Zahid sebagai PM akan membenarkan teori RAZAK untuk huruf Z iaitu Zahid.
Menjelang tahun 2020, Ahmad Zahid mengumumkan persaraannya dan kerusi PM seterusnya diisi oleh Azmin Ali. Melalui kepimpinan Azmin Ali (berumur 56 tahun ketika dilantik sebagai PM), Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju sebagaimana yang diimpikan oleh Dr. Mahathir Mohamad (barangkali sudah tiada pada waktu itu). Azmin menerajui negara secara sistematik dan tersusun, pun demikian bersifat sedikit autoritatif seperti Dr. Mahathir.
Pada waktu itu, persefahaman antara kaum semakin harmoni dan isu perkauman sudah tidak punyai tempat di kalangan rakyat. Khairy Jamaluddin yang pada ketika itu merupakan pengerusi DAP telah dilantik sebagai TPM oleh Azmin. Azmin mentadbir negara lebih lama daripada Dr. Mahathir dan mencipta rekod sebagai PM paling lama pernah berkhidmat. Beliau mengumumkan persaraan ketika berusia 80 tahun (tahun 2044). Pencapaian Azmin sebagai PM akan membenarkan teori RAZAK untuk huruf A iaitu Azmin.
Ketika Azmin mengumumkan persaraannya, Khairy telah pun berumur 67 tahun. Impian beliau untuk menjadi PM sebelum berusia 40 tahun tidak berjaya direalisasikan pun demikian, beliau tetap menjadi PM dan merupakan PM paling tua pernah dilantik. Apa yang menarik, kejayaan Khairy sebagai PM bukan sekadar membenarkan teori RAZAK untuk huruf K, bahkan turut menyaksikan kejayaan DAP menduduki kerusi PM!
Apa pun, ini sekadar ramalan kami berdua. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap akidah dan keimanan kalian seandainya ada yang mempercayai ramalan ini!


I like teori nie...walaupun org ckp ada beberapa perkara yg kita rasa xlogic tp menarik...tapi ini hanya sekadar ramalan...kita xtau apa akan jd di masa hadapan.