Sunday, August 14, 2011

Ramadhan Terakhir

Bila aku tenung gambar2 lama, tgk satu persatu saudara mara yg sorg demi sorg meninggalkan kami betapa aku sedar mati itu pasti, mungkin ramadhan thn nie ramadhan yg terakhir tuk kita sapa tau....betapa aku insaf dan takut aku xsempat tuk aku menggumpul bekalan buat aku diakhirat. Allahuakbar....kdg2 manusia nie lalai memenuhi tuntutan dunia sampai mengabaikan tuntutan akhirat...mcm aku ler tu....dok kejar dunia sampai bila xtau ler. Mengejar dunia memenuhi tuntutan hidup dan keluarga itu perlu tp aku kena lebihkan akhirat....ini lagi perlu. Bila pikir sal mati memang mendatangkan keinsafan tuk aku tp aku xnak insaf yg hanya separuh jalan...norma2 kehidupan manusia yg menyebabkan dorg lupa asal usul, agama....dan aku pun xnak tergolong dlm golongan manusia yg lupa dan alpa. Jadi aku harap setiap apa yg aku lakukan thn nie xkira la dr segi apa pun harap aku lakukan bersungguh2 ibarat apa yg aku lakukan seperti yg terakhir.....termasuk ramadhan....AMIN semoga DIA permudahkan segalanya....

Saturday, August 13, 2011

INTEKMA RESORT












INTEKMA Resort, just belanja cik hb n SIL & BIL. Bukan apa last week aku n tech infrastructure team da berbuka kat Chorus Hotel mcm a bit unfair la kan aku da berbuka kat hotel n my hubby kat tempat keja so aku decide tuk belanja dia n since mkn berdua mcm xbest jer so ajak SIL n BIL sekali....reramai br bestkan....since budget ciput so kita berbuka empat org jer. Mula2 ingat nak berbuka kat Crystal Crown Port Klang pas2 terbaca plak dlm blog Redmummy sal dorg berbuka kat INTEKMA sana. Since view pun best tepi kolam yerx...mcm relax ckit. Kebetulan sepanjang bulan puasa tu Rosma af akan bersama2 tetamu...so ngan view vs lagu2 n sora yg memang best erm asyik gak ler. Makanan jgn ckp ler banyak sampai xtermkn. Aku klu byk2 sgt memang xtau nak mkn apa juz amik tu ckit nie ckit kenyang gitu jer. Hahahhahah nie nak tanya INTEKMA aku pomot bagai2 nak rak nie...boleh ler jd duta dorg hahahhahah nak juga....yo la layan ler...aku pomot byk2 pun bukan korang nak banje yerx....lain2 la ehem ehem fhm2 sendiri la......

Saturday, August 6, 2011

Hubungan Suami Isteri wif ustaz kazim - part 1



Semua dlm dunia nie kena ada ilmu, dlm hubungan suami isteri pun kena ada ilmu tau....yg xdak ilmu tu yg jg mcm2 tu...bini pukui laki, laki pukui bini...tapi apa2 pun berbalik pada agama, klu ko hidup xberlandaskan agama main belasah ja...erm...alamat la...jgn dok jadi bodo sombong ek berlagak pandai, semua tau...padahal apa pun xtau. Aman damai ja klu tgk laki bini berjemaah, klu ada ank2 ajak berjemaah sekali....alhamdulillahhhhhh kita tgk pun sejuk atikan...ingat2 klu da sok sebumbung....laki xsolat bini xteguq, pas2 bini xsolat laki xteguq, ank2 plak biaq merata...xajak solat sekali tu...tu yg dok jd mcm2 tu..ingat2 anak2 yg belum berkahwin...masih masih dibawah tanggungan ibu bapa, ank2 xsolat n xamalkan ajaran islam...dosa dpt kat mak bapak, jd selagi mcm tu gak bini xsolat dpt kat laki...ko tanggung la. So xsalah klu mak bpk teguq, klu kita da kawin pun memang kewajipan ibu bapa menegur salah silap kita...itu tjwb dorg selagi dorg belum tutup mata....aku rasa da terbabas nie...patut ckp sal hub suami isteri....hehehhe xpa selingan jap. 
Berbalik sal hubungan suami isteri...ko dgr la apa ustaz kazim berceramah...byk ilmu yg berguna kita dpt. Byk benda yg kita xtau, jd tau....semua tu penting untuk mengelakkan terjadinya lbh byk keganasan rumah tangga...itu br 2nd part...nti aku upload continuous dia ek....byk isu2 yg disentuh, sal hukum hakam, sal halal haram, sal hubungan silaturrahim, hubungan persaudaraan...memang aku teringin sgt nak dgr live ceramah ustaz kazim tp xdak kesempatan...yg sempat cuma dlm utube n cd jer la...jd la....dpt gak ilmu dr dok tidoq sepanjang hari...dpt gak ilmu yerx...sbb setiap majlis ilmu semua tu dpt keberkatan Allah SWT...amin moga aku tergolong dlm golongan ini....
Enhanced by Zemanta

Sabar

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.
Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)
Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.