Monday, August 18, 2008

Akuan bersumpah Si Sepol

isu hang last week sbb kat mana2 dgr org bercerita baik melayu, cina n india

MOHD. Saiful Bukhari Azlan melafazkan sumpah sambil diperhatikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim (kanan) dan imam masjid, Ramlang Porigi (kiri) di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi.

Sambil duduk bersila menghadap kiblat, bekas pembantu peribadi Anwar itu yang bersongkok dan berbaju Melayu warna coklat memegang al-Quran ketika melafazkan sumpah berikut:

“Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

“A'uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”

Mohd. Saiful yang memilih hari Jumaat untuk melakukan upacara bersumpah tersebut sebelum itu mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali, diikuti bacaan surah Al-Fatihah.

Majlis itu berlangsung selama 15 minit.

Turut dilihat berada di masjid itu ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, beberapa pegawai masjid tersebut serta ahli keluarga Mohd. Saiful.

Seramai 40 orang berkumpul di dalam dewan solat itu ketika Mohd. Saiful bersumpah.

Upacara bersumpah laknat adalah suruhan mengikut syariat Islam yang terkandung dalam al-Quran sebagai cara membuktikan kebenaran sesuatu tuduhan zina apabila tidak boleh membawakan saksi-saksi.

Perintah untuk membawa saksi dan juga bersumpah laknat itu terkandung dalam Surah al-Nur, ayat 4, 6 dan 9, kitab suci al-Quran.

Dalam kes liwat Anwar dan Mohd. Saiful, saranan untuk bersumpah laknat atau bermubahalah itu dicetuskan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada 3 Julai lalu.

Mohd. Saiful menerusi peguamnya sebelum ini telah menyatakan kesediaan untuk melakukan sumpah laknat selepas selesai siasatan polis terhadap laporan yang dibuatnya pada 28 Jun lalu berhubung dakwaan diliwat oleh Anwar.

Dalam laporannya, Mohd. Saiful menuduh Anwar meliwatnya beberapa kali, kali terakhir pada 26 Jun lalu.

Pada 7 Ogos lalu, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii bersama Mohd. Saiful.

Anwar, 61, didakwa melakukan perbuatan itu pada 26 Jun lalu antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Anwar dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dan kes itu akan disebut semula pada 10 September ini.

Sementara itu, selepas upacara bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Mohd. Saiful yang diiringi bapanya bergegas meninggalkan masjid dan enggan menemui para wartawan yang ingin menemu ramah beliau.

Beliau terus menuju ke Hotel Dynasty di Jalan Ipoh di sini bagi mengadakan sidang akhbar selama setengah jam bermula kira-kira pukul 7.30 petang.

Pada sidang akhbar itu, Mohd. Saiful memberitahu, beliau bersyukur kepada Allah dan berasa sangat lega sejurus selesai melakukan upacara bersumpah itu.

Tegasnya: “Saya amat memahami akibat bersumpah dengan nama Allah. Jika ia tidak benar atau satu ciptaan saya atau mana-mana pihak, maka saya akan dilaknat, ditimpa mala petaka serta bencana kepada diri saya, keluarga serta keturunan saya selama-lamanya.”

Beliau menafikan sengaja bersumpah dan bertemu wartawan hari ini iaitu sehari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh yang melibatkan Anwar sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan, saya pun tak tahu Anwar akan bertanding. Saya buat laporan pada 28 Jun lalu. Saya pun tak tahu bila dia akan bertanding.

“Selama ini saya mencari kekuatan mental dan rohani. Allah telah beri kekuatan kepada saya pada hari ini iaitu Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah,” ujarnya.

Menurut Mohd. Saiful, langkah beliau bersumpah laknat hari ini bukan hal politik sebaliknya ia adalah kes peribadi antara dirinya dan Anwar.

pas2 ada plak dlm blog aku amik...tp menaraik perhatian aku...blogger nie dia xkutuk tp dia bg contoh2 klu sumpah tu klu xbetul mcm nie la jadi...so aku paste cni krg baca la


sedikit petikan forumers saya ambil dari www.tranungkite.net


saiful telah pun bersumpah seperti mana yang ia telah janjikan sebelum ini...insyAllah dalam masa 40 hari sesudah ini akan berlaku suatu hal yang cukup besar akan berlaku baik terhadap Saiful atau pun DSAI.

ini rentetan cerita dari kisah lalu.
telah terbukti doa orang teraniaya adalah amat makbul dan tanpa hijab waima doa orang kafir sekali pun tetap akan dimakbulkan. rasanya mungkin ada yang masih belum tahu lagi nasib yang menimpa kepada perancang konspirasi 1998 lepas.


Lihat senarai mereka yang telah diadili.

Ummi Hafilda Ali------> salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang anak yang telah diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?

Azizan Abu Bakar------> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan dihukum enam bulan penjara.

Aziz Shamsuddin------> ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia. Apabila mereka mengambil jenazahnya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina. Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji.

Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar.

Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar.

Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera.

Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!


Anda masih ingat Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.

Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

Ya, hanya 'perkara yang baik' akan menemui mereka yang melakukan 'kebaikan' kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal.


Contoh, orang seperti Hamzah Zainuddin, seorang yang s**a berfoya-foya, tidak wajar diberi 'jalan keluar' yang mudah. Kepada Hamzah, nasibnya lebih teruk daripada kematian.

Dan apakah anda mungkin bertanya, nasib Hamzah yang lebih dahsyat daripada kematian?
Hamzah diperintah bayar RM11.206 juta

Pada 8 April 2004, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memerintahkan Pengerusi Felcra Berhad, Hamzah Zainuddin, membayar tuntutan cerai bekas isterinya, Nooraini Abdul Rashid. Jumlah yang perlu Hamzah bayar ialah RM11.206 juta


No comments: