Friday, November 13, 2009

In Hospital 09 - 13 Nov 2009

09 Nov 2009

Erm rini aku mc, sbb semalam aku demam dalam kul 3.30pg tp kul 7 tu demam da kebah, tapi aku xg keja la sebab ingat nak rehat ang g klinik utk buat check up. Satu lagi perut aku kembung masuk angin sebab sehari xbuang air besar. Klu xbuang air besar memang perut aku xselesa. Then aku g klinik amir ar, da check up doc plak suspeck aku ada apendix. Adoi lain plak la citernya...doc prakash issue surat suruh aku terus refer HTAR selagi sekit xhilang....rasanya xperlu tggu kot, aku n hb direct to HTAR la...sebab takut melarat...takut gak aku..da la dorg citer2 sal appendix pecah apa la...
G HTAR register kat wad pesakit luar .... da amik darah doc soh tggu dlm 3jam untuk dapatkan result. Da dapat result lain plak citer dia...dorg ckp platlet aku rendah..aku tanya platlet tu apa, doc ckp darah cair and lambat beku. Aku bagi contoh ek...klu org normal luka amik masa 2/3 saat tu darah tu stop, aku punya kes amik masa dlm 5 saat@ lebih , kedua dorg suspect aku denggi juga la..doc pun xsure aku dlm kategori mana.Tapi dlm kes aku, xder plak symptom2 denggi...demam separuh hari jer tp sbb nak buat full check up doc admit aku under denggi. Adoi nak msk wad nie lemah sikit...seingat2 aku nie 1st time aku masuk sepital..menggigil juga la nak msk sepital nie...tp nak xnak kena msk juga. 6 lbh aku msk ... tggu hb amik brg lg ... adik2 beradik belah hb aku da blk..tinggal la aku sorg. Doc dtg amik sample darah, tekanan darah, tanya history aku, tempat tinggal n opis kat mana. Hb da dtg bawa barang, pas aku mkn dlm 9lbh hb blk, tinggal aku sorg. Kelipop2 mata xleh tido, may b perubahan tempat kot n takut pun ada. Aku think +ve amik peluang nie nak relax2 bdn tp nak tido pun xleh cmne nak relax. Kul 12 mata xlelap lg..bunyi mesin tip tap tip tap tp last2 lelap gak..tp kul 3 aku terjaga sbb nurse buka lampu nak chk up patient ... pas2 mata aku kelipop2 lg ... terlelap tp jg 6lbh sbb doc amik darah.

10 Nov 2009

Aku bgn 6lbh tu sampai sekarang kul 10lbh tetiba ada doc lain plak..tanya soklan yg sama mcm semlam. Lupa nak ckp semlam tu dr warren...yg br nie dr bavani. Mcm besa chk up, doc nu dtg, doc nie dtg..ramai sgt...aku pun xingat semua nama. Masa dr bavani dtg, aku tanya nak amik darah lg ker...ar2 dia ckp later kul 12...every six hour kena kena amik darah. Adoi byknya....da naik lebam lengan aku nie...asik kena cucuk jer.
Aku rimas asik duduk jer...jap2 baca buku, jap2 g toilet, jap2 tulis (nie tgh tulis ar nie)..aku da biasa g sana g sini..tetiba soh duduk..bosan jgn ckp ar. Tgh2 bosan nie aku nak citer apa lg ek..weekend lps aku n hb g downtown cheras .. nie gara2 tgk ac la hb aku ajak g sbb tgk dlm tv mcm best jer. Aku on jer sbb da lama aku memerap kat umah...kali nie nak kuar ar, klux ahad asik kemas umah, basuh baju, msk, menjahit ... hari sbtu nama jer 1/2 daytp bz mengalahkan full day. Ahad jer xkemana2 sbb menguruskan hal2 umah la plak. Hari sbtu aku ada survey tru website direction g downtown. Bila hb balik aku bg tau dia ar .. dlm kul 6lbh kami kuar umah, ikut kesas..xtau berapa byk tol tempuh, yg benti tanya org lg...last2 sampai gak dlm kul 8lbh. Tapi pelik betul kenapa lenggang ja, payung ada, tp org xder..kata hb xper ar kita g mkn dlu sbb time tu hujan.. Kita org mkn celur2 n hb tanya abg yg niaga tu rupa2nya night market start kul10 mlm....hampeh betul...dlm kul 8.30habis mkn. Awal lg..nak g mana, pala da stuck coz tujuan asalnya nak ker downtown jer tp plan jd lain. Aku n hb pikir nak g mana...memang xdr tujuan..nak g kl malas..last2 kita org round jer ..last2 aku ckp hb kita blk jer la..sbb hujan lg malas nak jln. Ckp kat hb xper la...dtg lain kali ... may b xder rezeki kan.......and on e way blk call awin..lama gak ar kita org borak..mcm2 citer kuar n seblm blk singgah uptown jap .. hb nak beli cd sampai umah dlm kul 10mlm. Kita org tgk cd jer mlm tu ..citer apa ek...ar soragates. Bruce Willis pelakon dia. Citer dia lemau sikit, slow giler ..tp ok la setakat nak tgk tp aku xsuka ending dia..semua surogates mati...mcm xtrill.
Adoi boringnya..time nie memang memerlukan notebook sgt2..xpayah nak tulis atas kertas nie sbb later balik kena salin balik..buang masa aku jer. Bila tulis2 pakai kertas segala tingat aku kat mamat bangla kat us sana...aku da mcm terikut2 stail dia...asik kehulu kehilir ngan kertas n pen.Kat sepital nie byk masa terbuang sbb aku xder buat apa2. Klu da balik esk, da start keje, time tu masa untuk aku memang da xder..life aku kat tempat keja .. umah...keja..umah....class blm msk list lg ..itu sbb aku xinclude dlm schedule..jap ek..aku relax jap...later aku cont ek.....

Friday, November 6, 2009

Kerja...Kerja...Kerja....

Aku penat sgt keja dua tiga menjak nie..rasa aku perlukan rehat yang panjang...sakit sakit rasa badan nie. Asik kerja jer...aku rasa masa aku kat tempat keje...lg byk dr kat umah....xtau sampai bila nak mcm nie. Dan nasib baik la aku xdak anak...klu ada ank, sian ank aku...xjumpa ibu dia.. hehehhehe berangan2 la konon. Kadang-kadang aku fikir sampai bila nak mcm nie...sampai mati la kot hehehheheh...sbb ini untuk keperluan klu xder keje pun masalah gak...Lain la..klu income aku dari umah....kemain hehehheh.
Memang aku benti keje...tp tgh2 catch up la nie..tp pelan2 kayuh ar kan. Aku rasa hidup aku nie xheppening langsung.....macam mana nak heppening klu kat opis jer...hari minggu pun xkemana-mana sekarang terperuk jer kat umah. Dlu ada gak weekend g joging....cycling. Lepas-lepas puasa n raya xder ke mana-mana pun. Aku rasa aku kena buat perubahan sikit bg hidup aku nie heppening and xlemau jer setiap minggu. Erm..tp mcm mana plak ngan class adoi.....erm...........aku kena fikir blk nie...kena reschedule balik...

Cute sgt




Cute sgt, pic kat google search dua tiga menjak nie...aku rasa nak buat collection plak hehehhehe...nie aku collect dua jer...esk2 kuar lg aku keep ek and aku update.

Tuesday, November 3, 2009

Email sampah (SPAM) bagaimana menanganinya

Masalah email sampah kini semakin serius. Setiap kali anda membuka akaun email, pasti anda akan mendapat email sampah atau lebih dikenali dengan email SPAM.Email SPAM bukan setakat memenuhkan ruang email dan mencuri jalur lebar Internet, malah ia boleh menimbulkan masalah sosial kepada masyarakat Malaysia.

Yang paling ketara ada email sampah yang diterima mengandungi sambungan laman ke tapak laman lucah, bukan setakat mendedahkan anda, malah mendatangkan gejala negatif kepada golongan remaja. Malah ada SPAM yang turut menyebarkan fail imej yang berunsur lucah. Anda mungkin terdedah dengan pelbagai tindakan undang-undang jika anda tidak membuangnya atau gagal membuktikan diri anda telah dihantar email lucah tanpa anda kehendakinya.

Ada email sampah membawa unsur-unsur penipuan. Skim-skim cepat kaya disebarkan melalui email sampah, malah perkhidmatan permbesaran dan pelbagai produk kesihatan yang belum diketahui kesan negatifnya turut disebarkan. Perkara ini akan memdedahkan masyarakat kepada fakta kesihatan yang tidak benar dan boleh mendatangkan kesan serius kepada kesihatan jika produk itu digunakan.
Sesuatu produk yang disebarkan dengan cara yang tidak sesuai dan tanpa kehendak penerima, sudah tentu ada yang tidak kena dengan produk itu.

Definisi email SPAM adalah email yang dihantar kepada alamat email yang diambil tanpa pengetahuan dan keizinan tuan punya email.

Menyebarkan email melalui alamat-alamat email yang diambil tanpa
keizinan adalah tidak beretika dan tidak profesional dalam mengendalikan perniagaan dan pemasaran produk.

Bagaimana kita menghadapi email sampah ini?

- Jangan jawab sebarang email sampah. Selainn ia membantu mengesahkan bahawa alamat email anda adalah sah, bukan sahaja ianya hanya membuang masa, kebanyakan email sampah dihantar melalui alamat email palsu. Adakah anda mahu percaya dengan mereka yang mempromosikan sesuatu sedangkan mereka tidak jujur pada alamat email mereka?

- Matikan fungsi muat turun imej dalam perissian email anda dan juga
email yang anda gunakan di tapak laman email percuma. Sebagai contoh bagi pengguna Mozilla anda boleh matikan muat turun imej dalam email melalui

Preferences -> Privacy And Security -> Images - Tandakan do not load
remote images in Mail & Newsgroup messages.

Kemudahan email percuma Yahoo http://www.yahoo.com/ juga memilikinya.

Tujuan utama adalah untuk menyekat penghantar SPAM daripada mengetahui anda sudah membuka email dihantar dan ini mengesahkan alamat email anda.

Imej yang digunakan boleh sebesar satu pixel yang kita tidak mudah untuk melihatnya. Ia juga untuk mengelakkan gambar-gambar yang tidak diingini daripada terus terpampang terutama daripada email SPAM laman lucah.

- Pelbagaikan alamat email. Jangan gunakan aalamat email utama anda untuk pendaftaran di laman. Gunakan alamat email daripada laman alamat email percuma. Antaranya adalah http://emailsempoi.iscool.net/

Alamat email utama anda hanya digunakan untuk perhubungan antara penerima yang sudah kenali dan anda telah pastikan mereka ketahui alamat email utama anda tidak boleh disebarkan kepada orang lain. Anda mungkin memerlukan alamat email kedua dengan laman email percuma untuk hubungan anda dengan orang lain.

Elakkan daripada meninggalkan alamat emaill anda di muka laman. Salah satu cara bagaimana pengamal spam mendapatkan alamat email adalah dengan menggunakan perisian tertentu yang dinamakan "robot" yang melawat setiap laman di Internet dan mendapatkan alamt-alamat email.

Jika alamat email perlu dimasukkan, letakkan ia dalam bentuk yang tidak boleh dikenali oleh robot ini. Sebagai contoh

webmaster @ mtusempoi.org

atau webmaster@mtusempoiXX.org (Buangkan XX untuk mendapatkan alamat sebenar)

Untuk cara kedua pastikan ia disertakan dengan notis seperti contoh
diatas

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk
mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

12 Sifat SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu( membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga
kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

10 TABIAT YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN OTAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan s! el-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.