Tuesday, November 3, 2009

Email sampah (SPAM) bagaimana menanganinya

Masalah email sampah kini semakin serius. Setiap kali anda membuka akaun email, pasti anda akan mendapat email sampah atau lebih dikenali dengan email SPAM.Email SPAM bukan setakat memenuhkan ruang email dan mencuri jalur lebar Internet, malah ia boleh menimbulkan masalah sosial kepada masyarakat Malaysia.

Yang paling ketara ada email sampah yang diterima mengandungi sambungan laman ke tapak laman lucah, bukan setakat mendedahkan anda, malah mendatangkan gejala negatif kepada golongan remaja. Malah ada SPAM yang turut menyebarkan fail imej yang berunsur lucah. Anda mungkin terdedah dengan pelbagai tindakan undang-undang jika anda tidak membuangnya atau gagal membuktikan diri anda telah dihantar email lucah tanpa anda kehendakinya.

Ada email sampah membawa unsur-unsur penipuan. Skim-skim cepat kaya disebarkan melalui email sampah, malah perkhidmatan permbesaran dan pelbagai produk kesihatan yang belum diketahui kesan negatifnya turut disebarkan. Perkara ini akan memdedahkan masyarakat kepada fakta kesihatan yang tidak benar dan boleh mendatangkan kesan serius kepada kesihatan jika produk itu digunakan.
Sesuatu produk yang disebarkan dengan cara yang tidak sesuai dan tanpa kehendak penerima, sudah tentu ada yang tidak kena dengan produk itu.

Definisi email SPAM adalah email yang dihantar kepada alamat email yang diambil tanpa pengetahuan dan keizinan tuan punya email.

Menyebarkan email melalui alamat-alamat email yang diambil tanpa
keizinan adalah tidak beretika dan tidak profesional dalam mengendalikan perniagaan dan pemasaran produk.

Bagaimana kita menghadapi email sampah ini?

- Jangan jawab sebarang email sampah. Selainn ia membantu mengesahkan bahawa alamat email anda adalah sah, bukan sahaja ianya hanya membuang masa, kebanyakan email sampah dihantar melalui alamat email palsu. Adakah anda mahu percaya dengan mereka yang mempromosikan sesuatu sedangkan mereka tidak jujur pada alamat email mereka?

- Matikan fungsi muat turun imej dalam perissian email anda dan juga
email yang anda gunakan di tapak laman email percuma. Sebagai contoh bagi pengguna Mozilla anda boleh matikan muat turun imej dalam email melalui

Preferences -> Privacy And Security -> Images - Tandakan do not load
remote images in Mail & Newsgroup messages.

Kemudahan email percuma Yahoo http://www.yahoo.com/ juga memilikinya.

Tujuan utama adalah untuk menyekat penghantar SPAM daripada mengetahui anda sudah membuka email dihantar dan ini mengesahkan alamat email anda.

Imej yang digunakan boleh sebesar satu pixel yang kita tidak mudah untuk melihatnya. Ia juga untuk mengelakkan gambar-gambar yang tidak diingini daripada terus terpampang terutama daripada email SPAM laman lucah.

- Pelbagaikan alamat email. Jangan gunakan aalamat email utama anda untuk pendaftaran di laman. Gunakan alamat email daripada laman alamat email percuma. Antaranya adalah http://emailsempoi.iscool.net/

Alamat email utama anda hanya digunakan untuk perhubungan antara penerima yang sudah kenali dan anda telah pastikan mereka ketahui alamat email utama anda tidak boleh disebarkan kepada orang lain. Anda mungkin memerlukan alamat email kedua dengan laman email percuma untuk hubungan anda dengan orang lain.

Elakkan daripada meninggalkan alamat emaill anda di muka laman. Salah satu cara bagaimana pengamal spam mendapatkan alamat email adalah dengan menggunakan perisian tertentu yang dinamakan "robot" yang melawat setiap laman di Internet dan mendapatkan alamt-alamat email.

Jika alamat email perlu dimasukkan, letakkan ia dalam bentuk yang tidak boleh dikenali oleh robot ini. Sebagai contoh

webmaster @ mtusempoi.org

atau webmaster@mtusempoiXX.org (Buangkan XX untuk mendapatkan alamat sebenar)

Untuk cara kedua pastikan ia disertakan dengan notis seperti contoh
diatas

No comments: