KUALA LUMPUR - Hampir separuh pekerja Malaysia bekerja lebih lapan jam  sehari dan membawa pulang kerja secara tetap untuk diselesaikan pada  sebelah malam, demikian menurut dapatan kajian global terbaharu dari  Regus.
Regus, penyedia tempat kerja fleksibel terbesar di dunia,  telah mendapatkan maklum balas daripada lebih 12,000 ahli perniagaan di  85 negara. 
Alasan tekanan pada waktu bekerja yang boleh  dipertikaikan telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan  disebabkan pemulihan dalam ekonomi yang perlahan di ekonomi matang dan  sebaliknya sangat pantas dalam ekonomi baharu muncul, kata Regus dalam  satu kenyataan di sini semalam.
Kajian itu mendapati 32 peratus  daripada pekerja Malaysia dan 38 peratus daripada pekerja global  biasanya bekerja antara sembilan hingga 11 jam setiap hari manakala 15  peratus pekerja di Malaysia bekerja secara tetap lebih 11 jam sehari  berbanding dengan 10 peratus di seluruh dunia.
Naib Presiden  Regus Asia Tenggara, Australia dan New Zealand, William Willems berkata,  kajian itu mendapati terdapat kekaburan mengenai garisan kerja dan  rumah. 
Kesan jangka panjang terlebih kerja ini boleh merosakkan  kesihatan pekerja dan produktiviti keseluruhan apabila para pekerja  memaksa diri mereka bekerja teruk dan menjadi melawan, murung dan malah  tidak sihat dari segi fizikal, katanya.
"Sambil kajian kami  mendapati pekerja yang bekerja di tempat yang jauh dan mudah bergerak  bekerja dalam dalam tempoh yang lama, wujud bukti yang menunjukkan  bahawa para pekerja yang bekerja di tempat yang jauh lebih produktif,  mempunyai kepuasan bekerja dan paras tekanan yang rendah," katanya,  sambil menyatakan para pekerja sedemikian biasanya kurang melakukan  perjalanan, sekali gus membolehkan mereka menggunakan lebih banyak masa  bagi pekerjaan masing-masing. 
Perniagaan yang membolehkan warga  kerja masing-masing bekerja dari lokasi yang berdekatan rumah dan  menguruskan masa secara bebas akan menyeimbangkan tekanan keseimbangan  kerja dan kehidupan dan menjadi lebih produktif, komited dan lebih  sihat, katanya. - Bernama
Article mcm point kat batang idung aku jer....ka aku yg cepat terasa kuikuikui....tp memang bukan la ja...dr blm kwin sampai ka da kwin aku nie nak kata gila keja pun dak gak...dlu terpaksa stay back sbb bos bg keja melambak2...sampai mlm br blk...tp skrg terpaksa stay back pun sbb keja xder la melambak sgt tp sbb nak maintain server n application sbb xnak susahkan kita org masa akan datang. Pernah aku bg tau cik hb, hari2 org spent masa kat opis kurang 15jam  klu keja sendiri agak2nya da kaya kot...hehhehehe angan2. Nasib baik la cik hb fhm....klux habis aku.....
 
No comments:
Post a Comment