Thursday, September 10, 2009

"Apa Yang Kita Kejar"

Aku xtau, kenapa kata-kata nie terngiang-ngiang dalam pala otak aku nie. Nie gara-gara semalam la...salah sorg dari member ckp sal benda nie. Dia ckp gaji xbyk mana, ank bini terabai apa yang kita kejaq pun xtau. Erm...mula-mula aku mengiyakan tp bila fikir-fikir balik...kita xder kejar apa pun...cuma kerja untuk menampung hidup. Tidak salah rasanya...aku bekerja untuk mencari rezeki yang halal, pastu bantu family aku, bantu hb aku. Dalam kepala aku pun xder sgt nak mengajer kekayaan sgt, cukup la untuk menampung hidup dan untuk keselesaan aku dan family. Tipu la kalau kita xder terniat sikit pun nak jadi kaya...tp hanya niat dan berserta usaha aku rasa itu pun xsalah. Kalau da tertulis rezeki aku, ada la..kan. Kita sebagai umat berusaha dan berdoa.
Kalau perempuan yang berkahwin, setengah org mungkin xkisah....aku benti kerja pun xper laki aku ada boleh tanggung. Tapi bagi aku, boleh aku xkerja, hb aku pun boleh support aku, tp boleh ker dia support family aku? Memang orang akan cakap, bila perempuan dah berkahwin, dia dibawah tanggungjawab suami dia tapi aku sebagai anak xkan nak tgk jer family aku susah, xkan aku nak suruh hb aku support family aku, tambah-tambah macam aku anak sulung, kena faham-faham sendiri la. Memang terdetik dalam hati, nak berenti kejer...kadang-kadang penat sgt, kuar pagi, balik malam...pendapatan lebih kurang gak..tp syukur alhamdulillah la...semua boleh cover. Nak mewah sangat tu xder ar. Tp sebagai isteri, anak dan mungkin sebagai ibu...aku tengah prepare diri aku ngan ilmu-ilmu yang mungkin dapat membantu aku di kemudian hari. Dari hari kehari aku akan memantapkan lagi skill aku...xkira dalam bidang apa sahaja yang aku ceburi. Setiap couse yang memanafaatkan, aku akan amik peluang tu...xder toleh belakang lagi. Sampai sekarang aku masih lagi belajar, computer skill, management skill, motivation, masak , menjahit dan macam-macam lagi. Insyaallah satu hari mana tau, klu aku xkeja, aku boleh guna skill aku dalam menjahit @ memasak untuk menambahkan lagi pendapatan. Tp aku beruntung sbb hb aku byk membantu, dia akan dapatkan mana-mana course yang aku minat dan dia juga salu motivate aku...alhamdulillah

No comments: