MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berbual dengan pelajar cemerlang SPM, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sambil di perhatikan oleh ahli keluarganya di Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, menerima tiga tawaran biasiswa bagi membolehkannya melanjutkan pengajian dalam bidang Fizik di Asia Barat dan A Level di United Kingdom.
Malah, kesempitan hidup keluarganya yang terpaksa tinggal di rumah serba daif mendapat perhatian Kerajaan Negeri Kelantan yang bersetuju memberikan sebuah rumah bernilai RM130,000 untuk diduduki mereka sekeluarga.
Tawaran biasiswa daripada Petronas, Bank Negara dan Mara itu hadir tepat pada masanya ketika bapa pelajar berkenaan, Nik Mohd Kamal Husin, 41, buntu memikirkan masa depan anaknya untuk melanjutkan pelajaran kerana kesempitan hidup.
Mara bukan saja sedia menawarkan biasiswa, malah menawarkan tempat kepada Nik Nur Madihah melanjutkan pengajian peringkat A Level di mana-mana kolej atau universiti ternama di United Kingdom.
Nik Mohd Kamal yang bekerja sebagai nelayan berkata, beliau tergamam dan hampir menitiskan air mata sebaik dihubungi pegawai dari tiga agensi berkenaan semalam yang menawarkan biasiswa kepada anak sulungnya itu bagi melanjutkan pengajian ke Asia Barat.
"Sebelum ini, saya buntu memikirkan bagaimana nak mengumpul wang menghantar Nik Nur Madihah melanjutkan pengajian kerana saya kini tidak dapat turun ke laut berikutan musim tengkujuh belum berakhir.
"Malah, sudah setahun saya tidak membayar sewa rumah berjumlah RM90 sebulan kerana tidak mampu... dan mujur tuan rumah memahami keadaan saya," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Parang Puting, dekat Pengkalan Chepa di sini, semalam.
Kejayaan Nik Nur Madihah, pelajar Maahad Muhammadi (P), di sini, yang mendapat 19A1 dan 1A2 dalam SPM menyebabkan rumah kecil dengan hanya mempunyai dua bilik yang disewa Nik Mohd Kamal sejak 14 tahun lalu, tidak putus-putus dikunjungi orang ramai yang menghulurkan bantuan.
Mengenai bantuan ditawarkan pelbagai pihak, termasuk rumah baru yang dijanjikan kerajaan negeri, Nik Mohd Kamal berkata, beliau sedia menerimanya dan sanggup tinggal di mana saja demi keselesaan empat anaknya, termasuk Nik Nur Madihah mengulang kaji pelajaran.
Selain Nik Nur Madihah, tiga lagi anaknya turut cemerlang dalam pelajaran dengan anak keduanya menuntut di Sekolah Menengah Teknik Bachok dalam Tingkatan Empat selepas memperoleh 5A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Anak ketiganya pula kini menuntut di Tingkatan Tiga sebuah sekolah di Salak Tinggi, Selangor di bawah tajaan Permodalan Nasional Bhd (PNB) selepas memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), manakala seorang lagi dalam Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Parang Puting.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata tawaran pengajian dan tempat tinggal secara automatik oleh Mara kepada Nik Nur Madihah itu diberikan bagi mengiktiraf kejayaan luar biasa pelajar berkenaan.
"Mara bagi tawaran automatik, tidak perlu temu duga atau isi borang, pegawai kami yang akan serah borang tawaran kepadanya minggu ini. Kami bagi keistimewaan kepadanya untuk buat A Level di luar negara menerusi skim pelajar cemerlang.
"Terpulang kepada pelajar itu untuk menerima tawaran ini atau sebaliknya, kami bersedia menyediakan tempat dan cari kolej untuknya yang berminat dalam bidang Fizik," katanya kepada pemberita di ibu negara.
Sementara itu, Nik Nur Madihah berkata beliau bersyukur menerima tawaran mencurah-curah daripada pelbagai pihak dan akan memberi pertimbangan semasak-masaknya sebelum membuat sebarang keputusan.
"Saya akan berbincang dengan ibu bapa sebelum membuat sebarang keputusan. Apa yang penting saya mahu mencapai cita-cita menjadi ahli Fizik suatu hari nanti. Terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu," katanya.
Beliau turut melahirkan rasa terkejut kerana tiba-tiba kisah hidupnya dan keluarga menjadi perhatian masyarakat dan berharap ia akan menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran walaupun berasal dari keluarga miskin.
Knp, bila aku baca kisah adik Madihah nie, hati aku terasa sebak...dlu aku rasa aku susah...rupanya ada lg yg susah...dan aku bersyukur sgt2...sbb aku masih lg mampu. Hati aku jg terasa sebak, bila mengenangkan ramai remaja2 skrg..yg terlampau mewah dan xrasa bersyukur dgn apa yg mereka ada...xpayah jauh2 la..tgk ank2 sedara or cousin di sekeliling aku sebagai contoh....klu xdak benda baru xnak pagi sekolah, klu xdpt itu..xnak buat ini, xdpt ini xnak buat itu. Setiap kali periksa klu dpt habuan br nak belajar...aku betul2 sedih..ngan ank2 remaja kita sekrg....Kdg2 aku tertanya2 dlm hati, apa tujuan mereka belajar...utk memenuhi tuntutan ibu bapa dorg atau ikhlas utk diri sendiri...kdg2 xblh nak baca apa mereka fikir...apa yg mereka ndak...
Kdg2 ibu bapa juga memainkan peranan...jgn terlampau memanjakan ank2 dorg...sapa xsyg anak..tp agak2 la..klu anak buat salah pun xpernah tegur, xnak budak tu kecik ati..lari rumah la...habis klu kita sebagai ibu bapa xtegur...sapa lg..klu org luar tegur comfirm2 la kena serang blk....adoi serba salah rasanya...habis kita sebagai ibu bapa nie...cuma cari duit bg ank2 mkn jer la....xpayah didik...suap jer makanan dan duit...lepas tangan..apa nak jd kat luar..terpulang la....sekali lg aku amik kata2 tok aku
" bela anak bukan setakat bg mkn, kena bagi akai sama "
No comments:
Post a Comment