Nabi Sulaiman Dengan Kubah     Ajaib
 
   Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu
   daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan
   suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi
   Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi
   pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh
   kaum jin, manusia dan binatang.
 
   Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai- ngintai
   untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah
   lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah
   seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat".
   Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya".
   Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam kedalam laut
   untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam
   agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan
   memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib.
   Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar
   laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun
   mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke
   dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di
   katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak
   menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi
   Sulaiman.
 
   Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah
   berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk
   menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca
   sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian
   Asif menjumpai sebuah kubah yang sangant cantik. Kubah tersebut
   mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu
   pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat
   daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada
   jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu
   tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk
   kedalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.
 
   Dengan kuasa yang diberikah oleh Allah, Asif dapat membawa
   kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi
   Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh
   takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat
   kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang
   pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar
   walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajah
   kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut.
   Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya
   apabila melihat orang ramai sedang berada disitu. Nabi Sulaiman
   memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah
   Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakan
   mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa
   kehairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa
   kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda
   itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk
   melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.
 
   Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau
   ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di
   dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh
   menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut
   bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di
   dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah
   berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya
   seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu
   hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya
   dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela diatas khidmat yang
   diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya
   dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya
   meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal
   dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah
   memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela diatas
   khidmat yang diberkan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum
   meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang
   tidak dapat diganggu oleh syaitan.
 
   Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah. Pada
   sutau hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia
   terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai.
   Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut . Ada suara menyeru
   supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia
   masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan
   pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul
   satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat
   yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu
   adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan
   beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala
   makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia
   memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah
   Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari
   itu pemuda tersebut terus bermunajah kepada Allah sehingga hari
   ini.
 
   Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah
   kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab
   "Saya tidak menghitungnya tepapi ia mula memasukkinya semasa
   pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". Nabi Sulaiman
   menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada didalam kubah
   ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman
   berkata "Rupa mu tidak berubah malah sentiada muda walaupun
   sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya". Nabi Sulaiman
   bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya".
   Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta
   selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku
   ini". Nabi Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang
   ke tempat asal mu" Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar
   aku ke tempat asalku". Nasi Sulaiman pun memerintahkan
   Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ketempat asalnya.
 
   Setelah kubah tersebut diletakkan ketempat
   asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah
   melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa
   besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada
   orang tuanya dan betapa siksanya orang yang menderhakan kepada
   kedua ibu bapanya". Nabi Sulaiman pun berangkat pulang
   ketempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi
   kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.
 
No comments:
Post a Comment