Sekarang nie aku da rajin baca paper, gegeggeggege, ada improvement bak kata omputih. Aku memang mengikuti perkembang kes sebat2 nie dari awal lagi. Tapi aku xkomen pun sebab malas terus terang aku cakap. Tapi sebab makin ramai golongan profesional (aku kategorikan mereka sebagai pro la..sbb semua bajar tggi2 belaka). Kadang-kadang aku xfhm la manusia sekarang bab2 hukum hakam nie dorang amik mudah betul. Orang kata benda nie basic masa sekolah rendah lagi memang kita da bajar dlm subject agama sal undang2 syariah nie. May b ustaz or ustazah xcerita detail tapi kita memang tau undang2 islam klu minum arak memang kena sebat, mencuri potong tangan...bagi aku benda nie basic. Memang ar kita dengar sebat, mesti teruk tapi dlm islam ada toleransi dia, xdernya kita nak sebat sampai membunuh org tu. Kita kena tgk keadaan juga, org tua mcm nie sebatan dia, org muda laki or pompuan mcm nie...apa da...........ada akai pikir la sendiri, kata bajar kemain melangit...xtau tanya org...ini buat bodo sombong main hentam jer bercakap. Aku nak membebel pepagi niekan, aku klu berckp fuhhhhhhhh kemain padahal bukan pandai mana pun, tp org ckp blh la setakat tuk ingat mengingati sesama manusia nie termsk la aku yg alpa nie. Aku perati jer keliling aku, byk yg aku xberkenan tp sapa la kita nak bercakapkan....tp klu xckp kita pun subahat sekali....bila kita ckp depa kata kubuq masing2....elo pakcik & mak cik kubur memang ar masing2, klu aku xtegur...aku pun tergolong dikalangan hang pa la. Bezanya aku xbuat, aku nampak tp buat bodo .... mcm aku mengiyakan perbuatan hang pa la sama la hukum dia...umoq ja byk...akai xdak.
Aku bagi contoh apa yg berlaku kat keliling aku....judi....ramai siotttttttttttt....klu tgk yg tua2 beruban dan hehhehe tggu masa je kubuq kata mari, yg muda jgn kata la...depa xpikir klu depa tanggung sorg diri xpa la...ini melibatkan ank bini cmne tu....aduihhhhhhhhhhh itu yg jadi mcm2 perangai budak skrg nie...krg ajaq, degil.....derhaka kat mak bpk...semua tu symptom2 la tu...Wallahu a'lam.
Sekarang bab nikah kawin pun dorg amik mudah...xikut hukum hakam...adoi.....ingat kita ada rules dia follow la..ada sebab knp Allah buat semua tu..kita fikir da sudut +ve, jgn pikir yg -ve. Contohnya bab wali...ikut aturan betul2, klu xpasti g pejabat agama tanya, jgn malu....tanya org yg lebih arif klu kita was2. Sebab klu akad tu xsah kita kena nikah sekali lagi, klu nikah seblm ada anak xpa, klu ada anak, kena pikir status ank tu mcm mana plak? Itu semua kena fikir.
Itu aku bg contoh jer ar....kang bebel pjgn2....org marah plak. Apa2 pun bila kita bercakap kena fikir, klu salah cakap kita akan serlahkan sendiri kedangkalan akal kita. Klu serlahkan kedangkalan bg yg xtau xper, bg yg tau tp nak tunjuk ego...itu masalah tu...
Kenyataan Bantah Hukuman Sebat Seperti Tidak Faham Sistem Perundangan - PPMM
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyifatkan kenyataan beberapa pihak yang mempertikaikan sebatan syariah ke atas tiga pesalah syariah wanita baru-baru ini memeprlihatkan masih ada yang tidak memahami dwisistem perundangan yang diamalkan di negara ini.
Presidennya Zainul Rijal Abu Bakar berkata kenyataan oleh Sisters in Islam (SIS), Majlis Peguam dan beberapa pihak lain juga membayangkan mereka tidak pernah melihat bagaimana hukuman sebat syariah dijalankan.
"Perlulah ditegaskan sekali lagi di sini bahawa sebatan syariah jauh berbeza daripada sebatan sivil. Sebatan syariah tidak mencederakan mahupun melukakan pesalah berbanding dengan sebatan sivil yang meninggalkan parut dan kesan dalam jangka masa dua tahun.
"Sebatan syariah adalah umpama bapa atau guru yang merotan anak yang telah melakukan kesilapan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata kenyataan yang menyifatkan sebatan syariah sebagai zalim dan kejam adalah amat keterlaluan dan menunjukkan pihak berkenaan tidak mempunyai asas perundangan dan Hukum Syarak.
Ini kerana katanya sebatan syariah mempunyai falsafah yang tersendiri dan berakar umbi daripada sumber hukum Islam yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah, dan mempertikaikan efektif atau tidaknya hukuman sebatan Islam ini samalah seperti mempertikaikan hikmah dan mukjizat al-Quran dan Rasul.
"Dalam masa yang sama PPMM bersetuju sebatan sivil itu adalah kejam dan perlu dihapuskan. Sebatan sivil itu juga tidak Islamik. Sebatan yang mencedera dan mengerikan itulah yang patut dihapuskan kerana melanggar hak asasi manusia.
"Malah Resolusi Majlis Peguam yang diluluskan beberapa tahun lepas juga memberi penekanan aspek kekejaman sebatan sivil. Ini adalah kerana sebatan syariah tidaklah sekejam yang digambarkan itu," katanya.
Beliau berkata PPMM percaya anggotanya di dalam Majlis Peguam juga tidak bersetuju sebatan syariah dihapuskan.
Zainul Rijal seterusnya meminta agar hukuman sebatan syariah yang masih belum dilaksanakan termasuklah kes Kartika Sari Dewi Sukharnor dilakukan segera agar keadilan kepada pesalah syariah itu sendiri dapat dilakukan.
"PPMM menyokong usaha kerajaan memartabatkan perundangan syariah melalui sebatan syariah bagi pesalah yang telah disabitkan atas kesalahan yang membawa hukuman sebat," katanya.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pada 9 Jan lepas buat pertama kali hukuman sebat dijalankan ke atas wanita membabitkan tiga pesalah jenayah syariah.
Kenyataan itu membawa respons daripada beberapa pihak termasuk SIS yang antara lain menyifatkannya sebagai zalim dan diskriminasi terhadap kaum wanita.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment