Monday, March 29, 2010

I - CITY















Nak pegi sgt I-CITY, sampai jg akhirnya....hehehehhe...meriah ngan lampu2...aku terpikir cmne la dorg buat? Bila tgk daun2, bunga2, binatang....terpikir plak...amik masa berapa lama la buat semua nie? Berapa kos? Balik modal ker? Mcm2 la dlm kepala aku hehehheheheh....org dtg nak suka2, aku plak perah pala bagai nak rak....mau pala aku nie xsakit...asik berpikir jer 24jam. xper la..kita enjoy jer la malam nie ek.....xyah cakap byk

Kari Kepala Ikan


Ala gelap la plak gambaq tu, nie la kari kepala ikan favorite aku...mabeles....sekali rasa nak lagi. Kari ni lain daripada kari mamak tau...kat uptown pj cari kedai kat atas tu. Jangan isau ditanggung halal.

Sunday, March 28, 2010

Steam It - new product release









Waaaaaaaaaaaaaaaa.....new product da kuar tuk steam. Aku pun da beli satu n da cuba pun hehehhehe td buat ikan steam....hahaahahhah.....dlm 10min da siap. Kat atas tu demo yg dorg buat semalam. Steam jagung, ubi, talam ubi n pulut....mabelesssssssss memang sedap n cepat n mudah. Pas2 terus angkat n serve. Ada lagi resepi lain seperti di bawah tapi nti aku nak try resepi lain plak.....tggu la nti......klu tgk design steam it, memang ada sebab didesign mcm tu. Setiap lubang yg dibuat untuk masakan yg lebih efficient, cepat masak. Lubang atas steam tu, sbb kita xnak makanan kita jadi soggy. Klu kita pakai stema biasa, wap air akan jatuh dlm makanan jadi makanan jadi lembik n berair. Cover steam it, ada lingkaran di keliling untuk menarik wap dari jatuh atas makanan...jadi titisan wap akan berkumpul di tepi cover.
Mudah angkat klu da masak, handle tidak panas. Senang serve, xyah hidang dlm pinggan, terus server bersama steam it...lebih menarik. Klu sejuk boleh terus panaskan saja...xyah nak salin byk2 pinggan yerx.....harga pun berpatutan cuma RM49.90...jgn terkezutttt

Thursday, March 25, 2010

Antara mak dan pasangan

Sedih angah, k.n baca email nie. Nak compare mak ngan pasangan kita memang lain. Mak memang memahami kita, mungkin sbb dia besarkan kita dari kecik dia tau apa yg kita nak. Mak sentiasa risaukan kita xkira kat mana kita tinggal. Ngan mak kita boleh bercerita apa saja, mak.

Bila aku seronok aku cari ................... pasanganku
Bila sedih cari ...................... emakku
Bila aku berjaya, aku ceritakan pada ................... pasanganku
Bila aku gagal, aku ceritakan pada ........................ emakku
Bila bahagia, kupeluk erat .................... pasanganku
Bila berduka, kupeluk erat ................... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa ........................ pasanganku
Bila aku sibuk, aku hantar anak kerumah ................ emakku
Bila sambut valentime ................ aku beri hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu .................... aku cuma beri ucapan "Selamat Hari Ibu"
Selalu, aku ingat ................. pasanganku
Selalu ............... mak ingat kat aku
Bila-bila, aku akan telephone ...................... pasanganku
Entah bila .................... aku nak telephone mak
Selalu ............. aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila .................. aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan :
"Kalau sudah habis belajar dan berkerja ...................
Bolehlah kau kirimkan wang untuk mak?
Mak bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah.


Berderai air mata bila kita mendengarnya ...................... (bergenang air mata aku time nie .... xleh tahan )

Tapi kalau mak sudah tiada ...................
MAKKKKKKKKKKK ................... RINDU MAKKKKKKKKKKKK ........................ RINDU SGTTTTTTTTTT


Berapa ramai sanggup menyuap ibunya ..........................
Berapa ramai sanggup mencuci muntah ibunya ........................
Berapa ramai sanggup menganti lampin ibunya ....................
Berapa ramai sanggup .................. membuang najis ibunya ..............
Berapa ramai sanggup ............... membuang ulat dan membersihkan luka, kudis ............. ibunya
Berapa ramai sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya ..........................

Dan akhir sekali, berapa ramai yang sembahyang jenazah ibunya ..................


Monday, March 22, 2010

Cooking Contest wif Tupperware Brand








1st time aku masuk cooking contest, tu pun suka2 ja...xsangka plak boleh menang...ini pun berkat usaha peggie n untie janas...peggie soh aku masuk..mula2 mcm was2 boleh ker...untie plak siap tepon lagi bg resepi. Berkat nasi pudina untie janas akhirnya membuahkan hasil. Aku merangkul tempat pertama. Rasa bersalah ada gak kat Ng, sepatutnya aku stay ngan dia fix server...dek sbb peggie da mskkan nama aku n xnak menghampakan dia..aku terpaksa tinggalkan Ng sorang2. Sorry Ng....i terpaksa la. Mula2 aku join tupperware nie juz suka2 sbb aku beli xsangka plak tupperware brand nie melakat dihatiku. Aku join sbb nak hepi2 jumpa kawan2 yg hevoc kat sana disamping dpt encouragement dari senior2 tupperware brand...memang best ar...semangat tul bila dgr sale senior seminggu mencecah 10K...aku bila xtau la.InsyaAllah ada tu..cuma lambat n cepat ja...doa2 ek...lupa nak g tau 16, 17 & 18 July nie ada Jubli Tupperware kat Sunway Convention Centre...18hb dia open tuk public. Aku invite reramai dtg memeriahkan majlis.....HIDUP TUPPERWARE.....hehehhehehheheh

Peta minda Tony Buzan

Aku tertarik ngan Teori si Buzan, memang sama ngan apa yg cikgu2 n prof ckp kat college...kena buat peta minda, note kena colourfull ckit.....baru cepat ckit otak digest.




SUATU hari, ketika berada di dalam tren di kota London, Tony Buzan terdengar perbualan seorang kanak-kanak perempuan dengan ibunya. Tren yang dinaiki pada pagi itu bergerak pada kadar kelajuan luar biasa.

"Mak, alangkah baiknya kalau tren ini boleh bergerak pantas sehingga masuk ke hari esok bukan?" tanya anak kecil itu dengan seronok.

Imaginasi luar biasa anak berusia empat tahun itu bagaimanapun dibalas dengan teguran dan pukulan oleh ibunya. "Jangan fikir yang bukan-bukan!" tegur si ibu.

Senario itu bagi Buzan, jelas merupakan satu contoh klasik bagaimana masyarakat umum mentakrif khayalan sebagai sesuatu yang tidak bagus, sekali gus menolak tabiat itu mentah-mentah.

Pengasas teknik pembelajaran terkemuka, Peta Minda itu sebaliknya kagum dengan kredibiliti khayalan si kecil tersebut. Sebabnya, beliau percaya setiap anak memiliki kebijaksanaan kreatif yang boleh diasah dan kreativiti itu lazimnya bermula dengan khayalan.

"Khayalan atau imaginasi itu penting. Setiap genius juga berkhayal. Malah, saintis terkemuka, Albert Einstein sendiri pernah mengakui imaginasi adalah elemen penting di sebalik kebanyakan kejayaan penemuan sainsnya.


POTENSI dan fungsi otak lebih jauh daripada yang dijangkakan.


"Jadi, saya rasa si ibu tadi tidak patut menyerang anaknya. Sebaik-baiknya, si anak harus digalakkan meluahkan khayalan itu dan lakarkan sebuah peta minda mengenainya," katanya kepada ratusan audiens pada ceramah di Institut Aminuddin Baki (IAB) di Genting Highlands baru-baru ini.

Memiliki lebih tiga dekad pengalaman dalam mengkaji potensi dan fungsi otak, Buzan mendapati otak sebenarnya bersifat sinergetik. Maksudnya, kedua-dua belah otak perlu bekerjasama bagi memperoleh keberkesanan maksimum. Percaya bahawa potensi setiap orang untuk mahir dan maju dalam semua bidang, segala-galanya berkemungkinan jika seseorang mengikut formula yang betul.

Malangnya, manusia telah menggunakan pendekatan yang salah dengan mengehadkan daya imaginasi dan keupayaan mereka untuk mengaitkan banyak perkara.

Lelaki berusia 68 tahun itu juga pernah berkata: "Semakin penyayang, baik hati, terpelajar ataupun berwawasan seseorang itu, semakin cepat dia 'jatuh' jika mengikut formula yang salah."

Pemikiran linear

Kata-kata beliau itu bukan tidak berasas. Sambil menyifatkan sistem pendidikan di kebanyakan negara telah mengunakan formula yang salah, beliau sendiri mengakui situasi sama turut melanda negara kelahirannya, Britain.

"Hampir 80 peratus daripada warga Britain telah menggunakan formula yang salah khasnya golongan kanak-kanak.


CONTOH Peta Minda yang dipraktiskan oleh individu ilham Tony Buzan.


"Malangnya, sistem pendidikan yang diikuti oleh kebanyakan orang telah membentuk pemikiran manusia yang lebih linear dan bukannya kreatif ataupun inovatif. Pemikiran linear itu hanya membolehkan manusia berfikir tentang satu siri perkara tunggal dalam satu arah," katanya sambil memberitahu satu-satunya jalan penyelesaian sekarang adalah beralih kepada pendekatan yang lebih efektif.

Pernah sekali, Buzan menyaksikan sekitar 50,000 orang kanak-kanak yang menonton konsert The Beatles mampu mendendangkan lagu-lagu tersebut walaupun selepas konsert itu tamat.

Kejadian itu nyata cukup terkesan di dalam mindanya. Sebabnya, beliau yakin pendedahan dan pembelajaran menyeronokkan seperti konsert itu sebenarnya mampu mempertingkatkan memori seseorang kanak-kanak.

Populariti Buzan mula meletup sekitar 1970-an selepas beliau memperkenalkan teknik Peta Minda menerusi buku pertamanya, Use Your Head. Hakikatnya, Peta Minda lahir daripada pengalaman peribadinya.

Cara otak berfungsi

Sewaktu berada di universiti pada lingkungan usia 20-an, Buzan mendapati tahap pembelajaran dan memorinya bertambah teruk biarpun lambakan nota yang diperlukan telah disalin.

Namun, klimaks pencarian jawapan untuk masalahnya itu berlaku apabila beliau cuba mendapatkan bahan bacaan mengenai fungsi otak di perpustakaan. Sayang sekali, bahan-bahan yang dicari itu tiada dan Buzan sebaliknya diarahkan ke bahagian psikologi oleh pustakawan.

Sedar akan ketiadaan bahan bacaan seperti itu dan gagal mengenal pasti punca kepada masalahnya, dia mula mengkaji cara otak berfungsi. Pada ketika itulah baru beliau nampak satu masalah besar pada nota-nota tersebut.

"Nota-nota saya nampak tidak berwarna-warni dan bosan! Patutlah saya tidak ingat!" ceritanya kepada Kosmo! sambil mengakui beliau memasang impian untuk menjadi orang yang bijak.

Malah, satu statistik ringkas juga pernah mendedahkan manusia melupakan 80 peratus daripada maklumat terperinci bahan yang dipelajari dalam tempoh 24 jam.

Buzan kemudiannya bereksperimen dengan ringkasan dan memadatkan nota-nota ke dalam kata kunci utama serta konsep. Ringkasan bergelar Peta Minda yang pada asalnya direka untuk membantu memperbaiki tahap memori diri itu kini menjadi antara peralatan paling popular dalam kalangan golongan pendidik.

Teknik pembelajaran Peta Minda membolehkan kita melihat imej dan jalinan-jalinan pengetahuan secara serentak. Rangkaian imej dan jalinan kaitan di antaranya sekali gus memudahkan pembaca mengingati sejumlah maklumat dalam masa yang singkat.

Nota Peta Minda

Peta Minda lazimnya bermula dengan satu imej di tengah-tengah kertas sama ada menggunakan lakaran tangan mahupun perisian komputer. Daripada imej tengah atau konsep pusat, ia memancar keluar seakan-akan cabang-cabang pokok ataupun urat-urat darah yang mengalir dari jantung. Cabang-cabang atau urat-urat itu melambangkan apa yang terkandung di dalam fikiran anda.

"Saya dapati daya ingatan bertambah baik apabila pelbagai warna dan imej digunakan untuk mencatatkan nota pada Peta Minda," tambahnya.


KONSEP, warna dan imej dapat membantu meningkatkan keupayaan fungsi otak. - Gambar hiasan


Tidak hanya terhad kepada satu-satu subjek pembelajaran, Peta Minda sesuai diaplikasikan dalam apa juga bidang, baik untuk matematik, geografi, sejarah mahupun bagi tujuan menilai sesuatu situasi dan masalah.

Selain diaplikasikan oleh golongan masyarakat normal, Buzan turut menyarankan agar teknik Peta Minda diperkenalkan kepada kelompok masyarakat istimewa. Golongan yang mengalami masalah pembelajaran seperti disleksia dan autistik didapati lebih mudah menyerap sesuatu tugasan setelah didedahkan kepada teknik tersebut. Lebih-lebih lagi dalam membuka fungsi kedua-dua belah otak mereka.

Seorang pensyarah kanan di IAB, Audrey Lim Bee Yoke yang ditemui Kosmo! berkata, beliau telah mencuba sebahagian daripada aspek integrasi fungsi kedua-dua belah otak anak autistiknya.

"Saya gunakan konsep, warna dan imej seperti yang disarankan oleh Buzan kerana saya percaya otak seharusnya berfungsi secara sinergetik dan bukan hanya tertumpu kepada sebelah otak. Memang dia memberi tindak balas terhadap warna yang digunakan," katanya sambil memberitahu usaha tersebut adalah sebahagian daripada beberapa intervensi untuk anaknya.

Buzan yang dilantik sebagai Resident Thinker di Kolej Wellington, Britain, memberitahu, Peta Minda boleh diperkenalkan kepada anak seawal usia setahun. Malah, teknik tersebut dikatakan telah dipraktikkan oleh si kecil sejak dalam kandungan ibu.

Hari ini, teknik tersebut digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat di serata dunia termasuk syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500. Dengan 98 buah buku nukilannya yang mencecah jualan jutaan naskhah di seluruh dunia, Buzan kini boleh tersenyum puas.

Menerusi kejayaan bukunya yang diterbitkan di lebih 150 buah negara dan diterjemahkan ke dalam 30 bahasa, siapa lagi yang layak digelar guru pembangunan otak dan kreativiti jika bukan Buzan.


Tony Buzan


Kehadirannya di Malaysia kali ini sebenarnya bersebab. Buku Panduan Kemahiran Belajar Buzan dalam versi Bahasa Malaysia yang pertama dilancarkan sempena program Meneroka Minda-Minda Hebat anjuran IAB.

Ia merupakan satu siri daripada empat buah buku Buzan terbitan Utusan Publications & Distributors (UP&D) Sdn. Bhd. yang akan dilancarkan pada tahun ini. Tiga buah buku yang lain ialah Buku Memori, buku Peta Minda dan Peta Minda untuk Bisnes.

Belum bercadang untuk meninggalkan dunia penyelidikan fungsi otak, Buzan ingin terus memberi inspirasi bahawa dengan formula yang betul, bahawa imaginasi juga boleh menjadi realiti.

Thursday, March 11, 2010

Offer...offer....Tupperware







Mari...mari offer....murah...murah.....klu nak contact aku la wei 0193807908 , alip_comel@yahoo.com, sapa cepat dia dpt ek.....byr cash aku offer lg 10% discount, klu installment bayar full la ek.....sampai ujung bulan nie jer tau...klu stock ada la...salu mcm nie kena cpt, 3hari hq pun stock sold out......

Masalah sesajerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Manusia niekan mcm2 peelkan? org tu mcm nie, org tu mcm nu.....aku pun xfhm...letih sebenaqnya jd manusia nie hehehehheeh, mcm2 nak pikir...pikir sal masalah sendiri kira orite gak ar...sampai masalah org msk pala kita nie, ini sudah lebehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Tetiba lapaq plak...br intro nie, blm msk bab lain lagi. Aku nak tanya korg la kan? Macam mana nak buat ngan manusia bebal yg xnak dgq ckp org nie....berbuih mulut berckp...mcm tu jg? Ikut aku....hehehheehhe sng jer............i kill u, u died la...hahhahahh. Mau msk kedlm gak aku nti....ala ckp jer nak buat mana berani beb. Ckp sal beb nie, i tingat u la nal...heheheheh....miz u la dear. Satu lagi xngaku plak dia slh...dia ajer betul...itu pun masalah jg....org cmne pun korang rasa nak buat cmne? Erm.....klu korang dpt org cmne nak buat cmne ek? Kita berckp, dia nak berckp...berlagak pandai sgt masing2.....haaaaaaaaaa settle la sendiri? Kita tengok cmne? Kdg2 nie manusia bila kita berckp dia xnak digest dlm pala tau.....tanya kita, kita bg pendapat xnak terima plak....xper la ko punya pasal la nak dgr ker xnak....tp dgr dlu then kita pikir la dlu...org tu ckp betul ker slh...pas2 baru buat pertimbangan la kan. Tp nak timbang pun dlm keadaan yg rasional gak la...klu timbang ngan hati....ikut perasaan habisssssssss hancursssssssssssssssss. Aku pun xsesempurna mana tp tuhan bagi kita akal fikiran, kita fikir mana baik mana buruk....fikir positif....usaha...tawakal..insyaAllah....AMIN

Tuesday, March 9, 2010

DesktopKu


Ntah kenapa aku nak paste desktop pc aku kat opis nie...da xder keje apa....hehehheeh...desktop yg aku xtau berapa kali bertukar mauxnya agak2 prob format heheheh....lantak ar pc aku suka ati aku ar nak format bapa kali ek. Sbb dek byk kali format la byk data yg hilang....hehehehhe. Pastu tanya Ng, adax software itu ini, amik ko padan muka hehehehheh
. Dekstop yg banyak berjasa buat aku, org soh pakai notebook tp aku still ngan desktop kesayanganku nie, time nak training br pikir bodohnya aku xamik notebook dlu....tp xper la..mana ada kita guna jer la...i xkisah ada kita guna, xder xyah guna yex? Simple jer

Sesuka Ati Jak

p/s : Wei fidah aku xon9 smlm si khalid tu asik ngan komik n game dia ja...mlm nti la wei....

Rini da ok ckit kot, xder terpikir cam sblm2 nie, aku kena cbuk diri ngan keja2 yg ada...minggu depan 17 & 18 aku start training JDE kat MGB. Mcm liat ckit nak g HQ nie...adoi...aku takut terserempak ngan Dato'...aku xmau jumpa dia. Tp sbb nak training punya pasal terpaksa la tp harap2 jgn terjumpa org tu la.
Klu start ngan JDE nie rasanya lagi kalam kabut ar.....keja yg dok ada pun xterbuat. Kdg2 terpikir gak aku nak cau cari keja lain ntah la klu aku keja area kl, pj , subang semua xberbaloi ngan jam, toll , minyak...at least kat sini walaupun gaji xbyk minyak n toll aku saving gak...yg penting masa aku xhabis kat jln. Apa2 pun better aku stick to e plan la kan....cuma aku kena berani jer skrg nie mula langkah...kekuatan tu ada tp mcm2 jer halangan yg ada. Xper sabar dlu ek....
Kat opis aku skrg nie musim org nak beranak hehehhe....ramai betul yg menunggu hari...mcm diplan2 plak, pas2 org nie ngandung, org tu plak...mcm sonok tgk perut org membesar, ajaib kan ada manusia dlm badan manusia....Subhanallah....semua kuasa Allah S.W.T.
Kat opis aku nie semua doc cerita sal I-CITY, bila la aku nak sampai sana...tgk ar klu sempat minggu nie...teringin nak tgk lampu2 semua....mcm kat obersea...itu dr gambar jek aku tgk...
Bulan depan sil aku nak tunang amik cuti la apa lg...tolong apa2 yg patut....xtau mil aku nak msk apa tgk jer la menu dia nti.

Monday, March 8, 2010

Risau

Selagi aku xluahkan,simpan lagi ati aku isau...skrg aku rasa mcm ada perubahan kat diri aku...2, 3 ari nie bgn pagi gigi aku berdarah...klu time gosok gigi berdarah itu biasa tp ini tetiba, ng pun ritu tegur aku sekali sbb tgk gigi aku berdarah. Dalam pala aku da pikir mcm2, symtom2 yg doc cakap tu mcm da nampak ar....aku isau sesangat nie...xtau la...nak luah kat sapa. Aku rasa mcm2 dugaan kesihatan yg menimpa aku semenjak dua menjak nie. Memang aku sedang diuji itu jer yg blh sedapkan ati aku untuk sementara tp kejap jer pas2 pikir yg bukan2 balik. Adoi byk info yg aku baca sal low platlet nie lg byk aku baca lagi takut n lagi aku pikir....Ya Allah...cmne nak aku nak buat nie, kau tenangkan la hati aku..itu jer yg aku mintak.....AMIN.....