Thursday, July 3, 2008

Morning 03 July 08

Erm da lama rasanya aku xupdate blog nie.....bukan apa bz, nak seattlekan smua keja yg aku blm siap sebelum pegi tempat baru...bukan apa, rasanya da tanggungjawab kita nak selesaikan smua. 2/3 menjak nie pun aku xsempat nak buka paper baca sal perkembangan isu semasa nie....xbaca tp tau serba sedikit dr kwn2 ada la....byk gak isu tp yg menarik perhatian aku isu "LIWAT DSAI"...dr dlu lg aku cukup teruja klu isu melibatkan DSAI nie....xtau knp? Tp dia memang da attract aku ngan keperibadian dia...
Aku ckp kagum klu dia berhujah....xtau knp?dia pakai bomoh kot hehehehehehehe
Td ada gak selak harakah n terbaca satu colum yg bercerita pasai si mangsa (saipol nie) ada connection ngan najib...sat aku paste kat hang pa....


Isu pertemuan sulit dengan Saiful, penafian Najib wujudkan kesangsian - AMK

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh)- Angkatan Muda KeADILan (AMK) mencabar Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa wujud satu pertemuan sulit yang melibatkan beliau dan Saiful Bukhari Azlan dengan disertai oleh beberapa orang lain beberapa hari sebelum laporan polis dibuat Saiful pada 28 Jun 2008.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kenyataannya kepada Harakahdaily melihat penafian yang dibuat oleh Najib adalah merupakan satu pembohongan.

Tegasnya di sebalik penafian yang sangat dangkal itu langsung tidak mencerminkan wujud kesahihan di sebalik kenyataan beliau.

Sementara itu Shamsul Iskandar turut membuat tawaran kepada mana-mana pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara yang berjiwa besar untuk tampil ke hadapan memberikan informasi-informasi berkaitan dengan dakwaan komplot konspirasi terancang yang didakwa melibatkan Najib, Musa Hassan dan Abdul Gani Patail.

Dalam pada itu beliau menyifatkan kenyataan Najib bahawa beliau tidak terlibat di dalam laporan songsang yang dibuat oleh Saiful Bukhari tergambar jelas melalui fakta-fakta di sebalik kenyataan bercelaru yang dibuat Najib semalam.

Tambahnya, kenyataan Najib bahawa kehadiran Saiful bertemu Pegawai Khasnya pada 12 Februari lepas untuk mendapatkan sokongan permohonan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran juga menimbulkan pertikaian besar.

"Bagaimanakah seorang bekas mahasiswa yang menamatkan pengajian awal boleh memohon biasiswa?

"Dalam keadaan pertemuan tersebut dibuat sehari sebelum pembubaran Parlimen dan Saiful juga mula bertugas sewaktu kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 bermula, apakah 'sekadar satu kebetulan' pertemuan tersebut berlaku di Pejabat Timbalan Perdana Menteri?"soalnya.

Shamsul Iskandar turut mempersoalkan samada wujud elemen rasuah di sebalik 'ganjaran biasiswa' yang ditawarkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri ke atas Saiful sehingga sanggup 'melacurkan 'maruah diri untuk membuat laporan songsang sebagaimana yang didakwa.

Sehubungan itu beliau percaya bahawa wujud kerjasama terancang yang melibatkan Najib dalam konspirasi ini yang bertujuan untuk mengelakkan pendedahan gempar Raja Petra Kamaruddin melalui Perakuan Sumpah beliau mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu.


Tp org sekarang da bijak n boleh menilai mana baik, mana buruk...jd kita fikir2kan sdiri la...sbb aku tau rakyat malaysia nie smua high level thingking...kdg2 depa lebih tau fakta dr menteri2 kita yg dok ada sekrg nie...bak kata org tua2, menuntut ilmu biaq smpai negeri cina...maksudnya kita xbuleh berhenti belajar dan sentiasa belajar....belajar xbermaksud kita kena futher study amik eng, comp or course2 tertentu tp kita still boleh belajar dr pengalaman, persekitaran, pembacaan n mcm2 cara lg.....

1 comment:

ctea said...

RAKYAT X BODOH......ISK...TAKUT LA DOSA FITNAH TU LG TERUK DRP MEMBUNUH....NAUZUBILAH