Friday, June 24, 2011

Aku benci OKU

Mula2 aku terpandang title sekali imbas terdetik dlm ati aku erm....apa nie blog iluvislam tp benci OKU, ignored malas nak baca kang mesti ada yg mengutuk2 nie. Mcm biasa asik dok mengodek iluvislam baca article lain....setiap kali aku baca article lg mesti terpampang title nie .... erm....da 4 ari aku gok godek2 iluvislam nie...sbb byk article yg menarik dan menginsafkan...tp kenapa ati aku xterbuka nak baca ek...ntah mcm mana semlam, ati aku tergerak nak baca so aku pun baca ler.....so totally berubah pandangan aku sal org OKU nie....aku pun benci.....kenapa aku benci hang pa baca aku cedok article nie kat blog iluvislam.....cer baca cer baca cer baca


Saya benci perangai OKU. OKU ini dipandang rendah masyarakat. OKU buat kerja apa pun tak pernah sungguh-sungguh. Baru buat kerja sikit dah berhenti separuh jalan.


"Tak mampu," kata mereka.


Memanglah tak ada orang yang suka mahu ambil OKU untuk bekerja dengan mereka. Saya juga sarankan pada teman-teman semuanya supaya janganlah diambil OKU bekerja dengan anda. Mereka hanya bakal menyusahkan anda dengan mereka.


Merungut lebat, kerjanya lambat.


Ya, saya tahu OKU ni banyak kekurangan. Tapi kita yang lain ini juga serba kekurangan. Itukan fitrah manusia. Tiada yang sempurna.


Jadi apa jua dalih yang OKU beri, sama sekali tak boleh diterima!


Sudah malas, banyak pula alasannya.
Apa? Kalian kata saya kejam? Kurang sensitif? Kurang ajar? Kurang asam? Tak ada adab?


Sabar, sabar, sabar dulu...


OKU itu hanyalah satu gelaran, tapi gelaran itu bukanlah mutlak pada satu milikan.


OKU yang saya katakan bukanlah mereka yang tak berkaki tak bertangan. Tapi pada mereka yang kerjanya, hidupnya tiada kesungguhan. Mereka ini tidak lain tidak bukan, hanya mahu hidup bersenang-senangan tanpa mahu mengenal erti kepayahan.


Keliru? Masih rasakan saya zalim tak berhati perut?


Tak mengapalah. Kita semua ada pendapat sendiri. Ini pendapat saya. Kata-kata saya sendiri, dan saya bercakap ini melalui pengalaman dan dari apa yang saya perhati. Kalau kalian tak bersetuju, sila sahaja nyatakan. Tapi saya akan terus tetap dengan pendirian...


Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu.


So apa pandangan hang pa....aku nie memang dr dlu xberkenan klu org yg kurang usaha dan lebih common lg pemalas ler senang citer.Hidup tau menadah mulut, bersunggut.....aku memang paling benci sgt2 org mcm nie....org lain berlumba2 berusaha untuk meningkat taraf hidup dorg boleh la....mkn tidoq memang turrrrrrrrr tul la...kena plak yg menyusahkan mak bpk....nak duit minta kat mak bpk keje malas byk sgt alasan teruk ler, sakit tu la sakit nie la......wei....bila nak berubah. Mcm mana nak ajaq org mcm nie ek....sesapa bg tips ckit....byk org2 cmne keliling aku.

No comments: