Ermmmmmmmmmmm.....byk benda yg menarik dlm iluvislam....salah satunya article nie.....memang menginsafkan...kita share jer la hang pa baca sendiri tuk ingat mengingati sesama kita....
Hidup ini cukup indah. Penuh dengan misteri. Kata orang warna-warni.   Adakalanya kita berduka, ada juga masanya kita gembira. Yang penting,   dalam apa jua keadaan sekalipun, sentiasa ingat kepada Sang Pencipta,   Allah s.w.t. Syukur dan sabar; 2 rahsia kejayaan.
Aku melontarkan pandangan ke laur tingkap. Cuaca begitu terang   sekali. Ramai sungguh orang keluar menikmati teriknya mentari. Kukira di   Malaysia situasinya berbeza. Kita menunggu sang suria beredar barulah   kita menampakkan diri. Benar kata orang, kita hanya menghargai sesuatu   itu bila kita kehilangannya.
Ok. Kali ini ingin aku kongsikan perbualanku dengan Mr. X tempoh hari.
Kala itu kami sedang menikmati hidangan istimewa di sebuah restoran.
"Pelik betul manusia ni, asyik mengeluhhhh je," Mr. X memulakan bicara.
"Mm..biasa la tu..apa yang peliknya?" Aku menjawab.
"Keluhan tidak menyelesaikan masalah... malah melambatkan proses menyelesaikan masalah."
"Well... bagaimana kalau keluhan itu adalah sebahagian dari proses menyelesaikan masalah?" Aku cuba menghangatkan sedikit perbualan.
"Jika begitu, kita perlu lihat semula kepada sirah.. ingat Khabbab Al-Art?"
Aku menganggukkan kepala. Khabbab Al-Art merupakan orang yang meminta   Rasulullah s.a.w. berdoa supaya dilepaskan daripada kezaliman arab  Quraisy.  Lalu Nabi s.a.w mengingatkan Khabbab akan betapa umat  terdahulu ujiannya  jauh lagi hebat daripada ujian yang mereka hadapi  ini.
"Masalah ni takkan habis... masalah ini akan sentiasa datang sebab  kita ini hidup. Bukan hidup-hidupan," Mr. X menyambung bicaranya.
Aku mengiyakan. Tidak mahu menganggu ucapan Mr. X.
"Kereta hanya ada masalah jika kereta tu bergerak. Kalau dok kat umah  je, memang tak jumpenya lampu isyarat, polis  semua tu. Yang penting  adalah kita kena persiapkan diri kita untuk  menghadapi masalah ini.  Kita di sini untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk mencipta masalah."
"Setuju. Dan semakin matang kita semakin besar cabarannya. Cabaran   membawa kereta tak sama seperti cabaran membawa lori," aku memotong Mr.  X.  meminjam analogi yang sama.
"Bagus.. Allah tidak akan memberikan sesuatu di luar kemampuan kita. Fikir dan zikir!" Mr. X menjawab sambil tersenyum.
Cabaran itu akan sentiasa hadir. Dan itulah gunanya kita, manusia   yang dikurniakan akal untuk berfikir. Namun harus diingat, kata Hamka,   hujung akal adalah pangkal agama. Akal ini ada hadnya.
 
No comments:
Post a Comment