Friday, August 10, 2012
Full of bless
Wei da tua rasanya nie...mkn meningkat satu angka lagi...hehehe syukur alhamdulillah chat walafiat yerx...bersyukur masih bernafas lagi n masih diberi kesempatan menghambakan diri padaNYA...walaupun masih xsedaq diri..n lupa diri..tp alhamdulillah...semua diatur rapi olehNYA...cobaan n dugaan tu biasa la..yerx..masih ada hidup straigh jer..mesti ada bengkang bengkok n mcm mana kita nak hadapi n atur hidup kita itu terletak atas diri kita sendiri...pendek kata atas budi bicara diri sendiri....yg penting jgn mudah mengalah...fight for it...i know i'm the fighter..dr kecik lagi aku survive utk hidup...alhamdulillah semua tu pengalaman n memberi aku kekuatan sampai sekarang n aku bersyukur aku merasa semua semua tu...semua tu pengalaman hidup n aku percaya setiap yg berlaku ada sebab n ada hikmah disebaliknya. Dulu masa zaman jahiliah memang aku pernah slhkan takdir...knp hidup aku mcm nie xmcm org lain...tp itu dulu la...zaman xdak akai la nie da ada akai dahhhh...n aku redha...alhamdulillah sgt2 sbb bg aku rasa semua kepahitan dulu..bg aku pengalaman..semua tu membuat aku sedar dan lebih menghargai hidup ini...full of bless...terima kasih ya Allah...atas segalanya...
Thursday, August 2, 2012
Meletup juga
Da 2minggu kita posa ada segala mulut,mata n ati aku tahan tp rini meletup jg...bukan dr setan iblis sbb bulan posa nie depa kena ikat...aku la...memang dtg dr aku...blk2 sal budak baru nie...tp memang jawapan memang sgt2 bodoh n eeeeee.....geram tahap gaban. Keja separuh jln xabis blh plak blk...ko ingat ko keja apa ... ka co bpk ko punya...tp memang2 budak2 la keja main2 sungguh. Bila cik zz ckp blh menjawab bulan posa nie kena buka ngan family..memang terbakaq aku dgq laju ja mulut aku menyampuk habis kita org nie xder family...habis itu komitment ko klu ada prod issue xkan ko tgl ja separuh jln...blk dlu mkn...senang2 ati...wahhhhh memang biol betul bdk nie...habis kita nie hari2 dok buka dlm bus, sampai umah msk lg...apa tunggul...memang betul2 menguji kesabaran aku bdk nie...memang budak2 skrg manja gaji nak banyak keja nak sng...patut dia bersyukur..blk umah sampai cepat da nama pun localkan..sampai umah mak da masak...apa lg nak..lancang ja mulut aku nak menyampuk tp fikir nti posa aku hbis mcm tu ja..Allahuakhbar...istifar byk2...alhamdulillah lega ckitkkkk sepanjang dlm bus mulut aku memang dok beristifar ja la...klux lg meletup2 amarah aku...
Sunday, July 22, 2012
Rumahtangga : Kenali Musibah Terbesar
Rumahtangga : Kenali Musibah Terbesar
Kita menangis kepenatan. Penat rupanya alam rumahtangga ni - ke sana
ke mari menjaga kebajikan suami dan anak. Bekerja di luar penat.
Bekerja di rumah juga penat.
Kita menangis berjauhan. Setelah halal dalam pernikahan, berjauhan pula. Kerana tuntutan kerja. Atau belajar.
Kita menangis tidak cukup wang. Terpaksa berhutang. Tidak mampu
bergembira macam pasangan lain. Makan minum malah bercatu. Terpaksa
duduk rumah saja tidak cukup duit untuk petrol.
Kita menangis kerana ujian mertua dan ipar duai yang menarik banyak privasi rumahtangga. Kita menangis tersepit antara keluarga sendiri dan keluarga pasangan.
Kita menangis kerana pasangan atau anak-anak diuji sakit kronik yang menuntut seribu satu pengorbanan.
Antara banyak-banyak ujian ini, jangan lupa berhati-hati dengan ujian keimanan.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila pasangan semakin
jauh dari hubungan dengan tuhan. Solat diabaikan. Akhlak dengan Allah
tidak dititikberatkan.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila islam hanya pada
nama dan kad pengenalan. Bukan pada rutin dan tujuan hidup seharian.
Sedangkan islam is a way of life.
Musibah terbesar sebuah perkahwinanan adalah apabila amalan-amalan
syirik dan khurafat menjadi pilihan. Percaya pada tangkal untuk memujuk
anak menangis, atau ramuan bomoh menundukkan suami.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila pasangan tahu akan
kewajipan menuruti Sunnah dan Quran, tapi terus selesa dalam kejahilan
dan kelalaian. Solat dilalaikan, pergaulan tanpa batasan, tiada
peruntukan masa dan kewangan untuk mencari ilmu agama, aurat didedahkan
besar-besaran, tidak amanah dalam pekerjaan.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan ialah apabila suami isteri fokus
membeli rumah besar dan kereta besar namun rumah itu seperti kuburan
kerana jauh dari tilawah dan tadabbur Al Quran.
Bila rumahtangga diberi ujian kesenangan, adakah rasa bersyukur? Adakah kesenangan menambah ketaatan?
Bila seorang isteri dan ibu kurang ilmu kurang iman, nescaya akan
mencipta musibah yang besar untuk generasi mendatang. Menyiapkan pakaian
dan makan minum anak-anak, mengambil menghantar anak ke alam
persekolahan. Apakah pemberian kita untuk menyiapkan jiwa anak itu
melalui kehidupan dengan bertuhan? Anak-anak amat bijak mengukur
kehebatan dirinya dengan peperiksaan, adakah mereka tahu mengukur nilai
diri menurut Al Quran?
Musibah besar jika anak-anak kita tidak tahu hubungannya dengan
tuhan, tidak tahu apakah ertinya hakikat kehidupan. Solat ditinggalkan,
ibu bapa dibiarkan.
Ada suami dan anak-anak yang baik, adakah makin kenal dan cinta pada
Allah? Atau sekadar kenal kemahuan suami dan anak-anak? Atau sekadar
mengingati tanggungjawab kepada suami dan anak tanpa mengetahui
tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Sesungguhnya islam bukan sekadar adat kebiasaan. AL-Quran bukan
sekadar menjadi pelengkap dulang hantaran. Bukan sekadar tersimpan
tinggi di almari perhiasan.
Ayuh selamatkan diri dari musibah. Jalinkan hubungan dengan tuhan
yang semakin ditinggalkan. Bina keutuhan diri dan famili dengan Al-Quran
dan As Sunnah. Kenalkan diri kepada petunjuk Allah dan Rasul yang
membawa kebahagiaan.
* Peringatan buat hati yang tidak hangat dengan iman... Hati sayakah itu.... :-(
Air Dicincang Takkan Putus
Air Dicincang Takkan Putus
Adik-beradik kita sebenarnya merupakan satu anugerah yang tidak
terhingga. Bukan semua orang di atas dunia ini dapat memiliki
adik-beradik. Namun, saban hari kita terdengar dan terlihat di dada
akhbar kes-kes pergaduhan antara ahli keluarga, malahan ada yang sampai
ke tahap memutuskan hubungan silaturrahim antara adik-beradik.
Jelas, semakin hari tindakan manusia bukan lagi didorong oleh syariat
dan kasih sayang. Ada kala tindakan kita bertentangan dengan hukum
Allah seperti dalam firmanNya yang bermaksud:
"Maka apakah
ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi
dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang
dilaknati Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka."
(Surah Muhammad, ayat 22-23)
(Surah Muhammad, ayat 22-23)
Usah kita lupa bahawa nikmat memiliki adik-beradik ini tidak lain
hanyalah pinjaman sementara daripada Allah SWT untuk seseorang
hambanya.
"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah..."
(Surah al-Baqarah, ayat 284)
(Surah al-Baqarah, ayat 284)
Adik-beradik juga menjadi tempat bergantung antara satu sama lain
setelah ketiadaan orang tua. Selalunya abang-abang dan kakak-kakak atau
yang lebih tua akan mengambil alih tugas menjaga adik-adiknya setelah
ketiadaan orang tua. Apabila matinya seorang ayah bagi seorang anak
perempuan, maka adik-beradik lelakinya akan menggalas tugas sebagai
wali.
Perlu dititikberatkan dalam menjaga hubungan antara adik-beradik ini
ialah sifat kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain. Sebagai
contoh, adik-adik perlu menghormati kedudukan abang dan kakaknya selagi
tindak tanduk mereka tidak bertentangan dengan syariat Allah. Bahkan,
wajib bagi seorang anak itu menjaga hati abang dan kakaknya dengan tutur
kata yang baik dan juga dari segi perbuatannya. Setiap perbuatan yang
mungkin menguris hati saudara kita akan menjadi titik permulaan sesuatu
perbalahan justeru membawa kepada pepecahan.
Dan antara perkara penting dalam menghargai kurniaan Allah ini kepada
kita ialah menjaga adab sesama adik-beradik. Andai kata ada perkara
salah dan silap dilakukan oleh adik-beradik kita, maka tegurlah dengan
cara yang berhikmah kerana dengan itu pihak yang ditegur akan merasa
lebih selesa untuk menerima teguran, bahkan marasakan diri mereka lebih
dihargai.
Sentiasalah kita memohon perlindungan daripada Allah daripada ancaman
dan rancangan jahat syaitan yang seringkali cuba memecahbelahkan
hubungan kekeluargaan yang sukar dibina oleh ibubapa kita. Wujudnya
adik-beradik ini bukan sekadar menunjukkan kekuasaan Allah yang
memberikan rahmat kepada kita, tetapi ia adalah tanda hasil usaha penat
lelah kedua ibu bapa kita yang melahirkan serta bekerja keras untuk
membesarkan kita semua. Percayalah, keberkatan yang dikurniakan Allah
memalui hubungan silaturrahim akan membawa kepada terbukannya
pintu-pintu rezeki. ''Barangsiapa yang ingin dimudahkan rezeki dan
dipanjangkan usianya, hendaklah ia sentiasa menjaga silaturahim.''
(Hadis Riwayat Muslim)
Memang sukar bagi mereka yang hidup dalam keluarga yang ramai
adik-beradik untuk menjaga keharmonian dalam keluarga, namun peranan
menjaga hubungan antara adik-beradik ini adalah perlu untuk memastikan
hubungan silaturrahim sentiasa berada dalam keadaan kukuh.
Walau apapun yang berlaku, jangan dilupa pepatah yang mengatakan
hubungan adik-beradik ini umpama "air yang dicincang, tidak akan putus".
Hargailah mereka kerana mereka juga darah daging kita sendiri.
Wallahu'alam.
Ramadhan oh ramadhan
Bulan ramadhan da msk pun,harap thn nie aku ada kesempatan g bayar hutang2 lama yg bertimbun2..dpt tingkatkan amalan...sempat lagi jumpa ramadhan tahun nie ingat xsempat.... Thn lepas ada buat ada yg xbuat..thn nie kena la...umoq bukan makin muda...yerx...try buat yg terbaik...insyaAllah...walaupun xberkesempatan terawih di masjid...aku try buat dirumah...harap dipermudahkan segalanya thn nie...amin...puasa insyaAllah semua org blh tp nak puasa mata, lidah semua itu yg payah..no excuses...full stop
Monday, June 25, 2012
Serabut pala
Adoi sakit pala otak aku...aku percayakan dia sebagai kwn..tp lain plak yg jadi. Betul betul dia buat aku hilang kepercayaan aku sebagai kwn dgn dia...situation can't be the same like b4...memang aku xblh berlagak mcm biasa walaupun aku cuba..n aku akan berhati2 itu yg paling penting. Tp aku sgt2 xpercaya hadoi...mcm mana nak ckp...ckp ngan en hb dia kira nak pukui ja..tp aku rasa memang patut kena pun sbb xhormat aku..tp pikir perikemanusian xkan nak pukui sampai patah riok..aku ckp en hb xper biaq aku handle...dia xkenal lg aku punya angin mcm mana...tggu ja la...tp memang really2 break my trust la bdk nie...sian...n bodoh n banggang n semua la...bodoh punya org eeeeeeee ... sian bini hang dpt laki mcm nie...sembanyang tunggang terbalik pun xguna...klu perangai mcm tu...bodoh la manusia nie....
Thursday, May 31, 2012
suka suka aja
Mulakan dgn salam buat semua n sebuah senyuman utk aku mulakan hari nie...wahhhh bhs puitis la sgt...blah la wei aku bukan jenis jiwang bagai. Excited nie nak tggu jumaat esk pas2 weekend coti....weekend nie ada kenduri umah ksalmah, aku kena g sorg ler...en hb ada photoshot 2hari sabtu n ahad memang xdo planning la gamaknya..dok umah mengemas apa yg ptut n baking lo...apo lagi. Erm nti cal knie tanya dorg g memanax weekend nie..xtau la dorg blk kpg ker mana tau coti sek nie..ooo ada g umah peggy amik tupperware...n deliver ler apa g..tp ok la aku enjoy at least ada benda nak buat xder la asik mkn tido jer kat umah...memang jd pemalas aku nti. Aku heran mcm mana org klu coti asik tido jer..aku nie xblh itu yg jeles tu..knp aku xblh nak relax mcm org lain n pas2 klu relax aku mcm rasa bersalah pun ada tambah2 lg time hb keje..dlm pala aku dia keja penat2 aku kat umah relax jer..aku xtau la org lain tp aku pikir mcm tu la...slh ker apa aku pikir? Tapi itu la yg ada dlm pala otak aku..memang kita tanggungjwb suami tp tjwb isteri pun kita kena la bantu suami...lain la suami ko jutawan ...klu suami kita nak cari sesuap nasi pun yalahai mana nak sara family lagi, byr kete la byr umah la..komitment lain lg..ko xkesian ker...klu kita yg xbantu dia sapa lagi...so da kwin nie mcm tu share segala susah sng...jgn time ada jer ko ngan dia time susah tggl memang nak mampus la bini mcm tu...tp bg aku alhamdulillah mkn pakai smua ckp, ada tempat tinggal...ada kwn utk bercerita ... itu da ckp...aku xnak lbh2 ckp la apa yg ada...had2 lain tu ada la jg tp kira bonus lebih allah bagi...lg pun hb aku pun salu pesan...guna ja apa yg ada...ada rezeki lbh kita tukar la apa yg patut..alhamdulillah ckap sederhana dia kami guna pakai n memang sgt2 bersyukur...ala...off topic citer sal benda lain actually co aku skrg nie da end contract n co lain yg dpt...so new co tu ada offer n ada la increment n co skrg pun soh aku stay...memang pening la kepala nak decide...setelah berbincang dgn en hb n meneliti n compare both co benefit aku decide accept offer new co. harap pilihan aku tepat..n citibank pun memang soh aku stay..so dorg appreciate la keja aku..n memang user sana pun sgt2 baik ngan aku..that why aku decide utk stay..keja pun ok..presure tp dlm frendly enviroment n w/out any politic memang sgt2 ok..org salu tanya aku travel jauh cr keje dekat ckit...jawapan aku sng jer bcoz of comitment n enviroment ok staff frezly..yg penting hepi walaupun keja xtentu masa...claim n ot aku dorg xkacau so aku still ok. Tp memang aku xkan stay lama la wif citibank...planning aku dptkan pro cert once dpt gain another new exsperince i'm back to backup plan..itu yg aku discuss ngan en hb. But stay at home w/out doing nothing sorry...itu bukan aku..coz citibank skrg nak guna open source so i nned that open source exsperiance...sgt2 aku nal sbb aku memang lack ckti pasal open source nie..k la...xsabarnya msk bln june ...nak blk kpg...kenduru si aswad nie..time nie semua adik beradik berkumpul memang meriah sbb smua nak blk nie..n aku da plan ngan fidah..pokoknya mesti best la...memang meriah..
Monday, May 28, 2012
Celoteh Pagi location dlm bus
Morning ullllssss, pagi nie aku agak rajin nak mengupdate blog..sbb aku xblh tido dlm bus..klux naik lelap ja mata rini xdpt ler..org sebelah aku nie memekak ja...nak tdo pun xbuleh. Da kawan nu di hujung sana..ko di hujung sini nak berckp agak2 ler..tp da nama pun warga asing rasanya dorg xtau apa itu bertimbang rasa may kat sek xder moral kot..ngan driver bus pasang pepagi nie lagu pun xhenggat....scorpian ko..layan jer la...yg pastinya aku excited nak masuk opis n excited gak nak blk hahahahahahah. Blm msk opis da pikir nak blk apo la hg ni norul....xleh blah tul. Sesambil dok update blog aku sempat gak menjenguk wall fb jap td..tgk kot ada info2 baru..mostly wangnll byk citer sal xcident kat pj..masa perhimpunan belia. Erm xberapa berkenan ngan himpun2 nie..bukan apa buat perabih duit ja..rasa2 klu duit da byk..buat bendaerfaedah lg bgs. Nak ckp kita nie sapa la kan...tp kena ckp gak sbb aku slh satu penyumbang kepada pendapatan eco negara..berkerja n penyumbang cukai tegar tiap2 hari. Itu baru ckp nampak, blm kira cukai xnpk..wahhhh tingat zaman study eco dlu..cukai npk la, xnpk la, pm, pn la..mcm2 term eco kuar..actually dlu mcm wat bodo jer dlm class eco...tp skrg pikir2 n teringat itu semua berguna tuk kita tuk culculate perbelanjaan harian kita. Kuar msk utk perbelanjaan rumah kena details coz i'm very concense sal perbelanjaan nie. Ala merepek sal eco pepagi nie. Mesti hg pun boring noooooo woooo coti sek da start jln memang smooth ja..best drive kejap ja sampai klang xsampai 15min pun kuaq umah kul 7 sampai klg dlm 7.14 ..padahal xpecut laju pun. Sempena coti sek nie jg confirm citi pun lenggang kebanyakan pun coti jg bawa lanak2 dorg...so may b bau task akan kurang ler..this two wteeks. Erm harap2 la..wah mamat sebelah nie sudah lebih dok bergoyang bagai kena aku siap ler bg pelembang on e spot gak...ingat aku xberani...xper kita relax dlu...aku stop kat mana tadi oooo ok pasal cuti...adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii leceh la pakai nphone update blog nie...nti la cont lg.
Sunday, May 27, 2012
Kesian kat parent aku
Aku xtau berapa ramai diantara kita, ada jenguk mak bapak kita sebelum kita masuk tidoq. Klu xdak cuba memalam tgk or klu ada alhamdulillah la...klu xdan utk mak bpk pun tgk hb kita klu tido memalam. Kalau hang pa jenguk hang pa cuba tgk muka dia masa tido or klu xtgk pun dgr dengkur dorg pun jadi la...bunyi betapa penatnya dorg keja tuk sara anak2. Aku antara anak yg selalu perati muka mak aku time dia tido..letak2 kepala ghaib itu tanda dia penat sgt, berdengkur lagi..mak aku bukan org senang, keja kilang ja nak sara anak2 blk malam2 buat ot nak cari duit lebih sara anak2 sekolah. Klu mak aku ot blk lambat aku memang xboleh tido risau...selagi xnpk muka mak aku depan mata memang aku xblh tido..aku pun ikut tggu la..perati jln msk umah memalam kot2 mak da blk ker blm...memang susah hati klu dia xsampai umah nak tido pun xtenang. Time parent kita tido tu la kita dpt betul2 tatap muka depa..time tu aku dlm kepala aku satu ja..bersusah payah dia keja siang malam utk sara anak2...bila aku tgk muka parent aku bersusah payah dorg bela aku, bg pelajaran memang aku nekad akan balas jasa dorang...kesian perbeluh dr pagi sampai malas semata mata nak cari rezeki untuk anak anak....mcm tu gak hb bersusah payah keje nak cr rezeki tanggung family...klu hb yg mampu xper la dok umah jgn umah tangga, anak2...klu xmampu kita sebagai isteri kena la bantu seberapa yg mampu....
Saturday, May 26, 2012
aku yg pemalas
wei apa nak jd ngan ko nie norul, semangat ckit..awat yg aura malas nie teruk sgt rini eh...nak drive g keja pun malas. waaaa ini xboleh accept nie. Keja byk g nie kat opis, da mkn da apa lg nak...i need more energy nie..tulun...kacik fatimah bagai da minum nie...plz cont u punya koje...habis awal blh blk awalllll.
TQ utk semuanya
TQ to semua sifu2ku Kak Zue, Kak Lea, Kak Rani and blog2 yg aku cedok resepi yer...klu xder korg cake aku xjd la mcm di atas....tq2 semua...tunjuk ajar semua sgt2 la di hargai...n mintak halal segalanya yer....muahhhhhhhhhhhhh luv allllllllllll
Teringat semasa dulu
Kenapa tetiba terkenang masa aku n hb baru2 kawin dlu...pas kawin aku ikut hb pindah port klang, tido umah mak mertua aku 3 hari jer...sbb hb aku ajak pindah sbb dia ckp arwah ayah dia pesan da kawin kuar rumah, rumah tu umah arwah ayah n mak. So da hb ckp mcm tu kita follow jer la...actually masa kuar rumah tu kunci rumah xdpt lg tau...tuan rumah blm bg...dia janji nak bg hari yg sepatutnya kami keluar rumah mil la...tp hb call dia xangkat...padahal hari da nak gelap...actually rumah tu hb aku beli b4 kami kawin lg, lg 3 or 4 bulan kami nak kawin dia beli...semua dia buat last min sebenarnya...alhamdulillah semua berjalan lancar...rumah skrg la yg kami duduk jd hak dia..rezeki. Balik cita tadi...cal2 owner rumah xangkat...nak blk umah mak lg pun da lewat xnak susahkan dia...bila tingat blk sedih pun ada...n xsangka...kami tido dlm kete kat stesen minyak...sayu aku...tp nak buat mcm mana...da kawin sama sama senang sama sama susah kena tanggung la. Da esknya alhamdulillah tuan rumah sendiri call and datang bagi kunci..rezeki. Da msk umah pun mcm tu gak...kami bawa bantal 2 biji n toto...itu pun mak aku soh beli masa kat penang...murah ckit...toto br rm25 hengget...bantal baru rm10 hengget...kami msk sehelai sepinggang n baju2. Masa tu hb keja sorg aku da ikut dia ker port klang kena benti keja la...tp betul ckp ustaz fazilah kamsah...klu org da kawin rezeki bertambah...2 bantal jg 4 bantal, dr empat bantal mungkin ada anak rezeki..bertambah ahli keluarga, ada yg rezeki lbh lg ada keta sorg sebijik n so on la. Sbb kesusahan kami tu la, aku xboleh biaq hb aku tanggung sorg...aku akan sedaya upaya tlg dia sedaya yg mampu...sesama tlg menolong....InsyaAllah moga Allah berkati perkahwinan kami...rezeki kami...n pernah satu masa dlm poket hb aku ada 5hengget n aku pun xingat bapa tp xsampai 20hengget la...tp dlm xdak duit tu dia sanggup jg bg kat aku....dia xmkn xpa...wahhhhh sadis
Friday, May 25, 2012
xtau nak letak tittle apa
To be cont dr wall fb aku..cita sal budak manja n kaya nie..nie insident kat opis ar nie..kes bebudak baru msk buat aku sakit jiwa betui la..penat aku cakap pun xabis lg wooooooooooooo. xtau la nak mula cmna...jap ek aku pikiaq..kita start mcm nie ja la
Actually benda nie jadi masa aku cuti jumaat lepas....sblm aku cuti semua aku da settle da...upload ka, download ka...vt, vr, vsr...semua clear...tp problem dia database mapping jumaat je...after mapping kena send kat insurance...tugas budak nie sng ja....duduk n ckp time after mapping grap file tu send ja email...xsusah pun..template email semua da ada....copy n paste ja...yg jd angin ok la...ko call pening xtau nak anta mana satu...aku ckp xper la...xyah anta i will call insurance and inform that sales file delay...
Selasa aku masuk, bdk nie ada ganti alex coz alex plak al....msk2 aku dia ckp...aku ckp today aku angin jgn ckp ngan aku....dia xckp ngan aku...tp lelama ati da sejuk aku ckp..rini ko buat keja aku...aku replace alex...then aku ckp ngan aku nak al jgn next month aku tanya ko nie aku xconfident tgl keja aku kat ko...dia ckp ala....blh la kak...ritu terlupa..haaaaaaaaa lupa...berbuih mulut aku soh ko take note...aku tanya ok...ko ckp...ok...yg jd angin kita ckp dia menjwb memang menguji kesabaran aku budak nie...ntah mcm mana dia menjwb " klu blh saya xnak keja, tp parent saya soh keje...dok umah pun saya dpt allowance...tu yg malas nak keje" time nie memang tempreture aku naik betul...aku ckp ko xnak keja, da mak bpk ko kaya sgt...benti keje...bg kat org2 yg perlukan keje...ko dtg keje pun menyusahkan aku...n org2 kat sini baik ko dok umah, perabih duit mak bpk ko..habis2 sgt ko susahkan mak bpk ko jer xder susahkan org...
Memang la...buat aku angin sakit hati...n kesian kat mak bpk dia...sbb dpt ank mcm nie. Aku nak pesan kat adik2 kat luar sana
1) Klu ko bodo, ok blh accept...n kita ajar n xhal...tp attitude mau jg na.....mana2 co ko pg attitude mcm tu sorry ya...xblh hidup
2) Plz la...klu mak bpk ko byk duit mcm mana pun, klu perangai mcm ko nie..hari2 dok tarah duit mak bpk tinggi mengunung pun habis gakkkk....n plz down to earth k
3) Jgn terlalu bergantung dgn mak bpk la...plz k usaha sendiri...time mak bpk ko ada ...ok la...klu xdak mana nak cekau....
4) Plz terima teguran org...org tegur bersebab n perbaiki ... jgn ikut kepala ko jer ek...n setiap apa yg org tegur or ckp...pikir guna kenapa otak jgn guna kepala lutut n perasaan..
5) Mak bpk plz jgn manjakan anak2 sgt...sbb kebanyakkan yg manja n tabur dgn duit...rosak dorg...n xblh nak survive...kat tempat keja semua kena suap...xreti nak berpikir n itu memang realiti....syg bertempat k...kly syg anak2 plz biaq dorg survive sendiri...sbb mak bpk bukan tongkat langit...esk time dorg sampai tinggal anak2 kat dunia nie..kesian ...
Byk lg aku nak bebel...penat ar...aku bukan yg jenis suka sgt bising...tp geram...kdg2 aku pikir cmne aku nak ubah persepsi bdk2 skrg n mak bpk yg over protected
Friday, April 13, 2012
Catatan Malam
Mcm besa la keluaq dr opis 8.30 pm, menapak ker lrt ampang park..masuk2 ja ternampak ada couple nie..xtau la had lelaki tu berletiaq apa sampai kat klcc depa turun..kat klcc plak naik minah salleh nie duduk sebelah aku..aduh ranap idung menahan nafas. Salu mat ka minah ka bau wangi nie xplak..bau mcm org xmandi..wahh lekas la sampai pasar seni. Hidung da kembang kucup nie..nti xpasai2 lg kembang da la xberapa nak mancung..sabaq sat norul na satu stesen ja lg..sementara nak sampai nie aku cita ckit sib baik aku dpt blah awai..ada sbb nie yg dpt escape awai..RFC xapprove nak proceed activity mln nie..mlm nie xapprove esk berganda lg keja aku..finally sampai pasar seni..minah salleh tu turun sekali tp dia blah dlu..aku follow belakang dah la hehehehhe nak mengelak bau bauan. Menapak plak ker stesen bus nasib baik bus wawasan belum jalan lg, lucky me xyah tggu ler terus naik n duduk tggu lelap mata jap..itu pun klu boleh lelap la. Bus jalan dah kul 9pm bertolak. Mcm besa la bus penuh ngan mat / minah indon, bangla xtau la bangsa apa g bhs pelik2 sungguh. Majmuk sungguhkan mesia nie..dua ada berapa puluh bgsa ja..la nie aku rasa mau dekat 50 kot..xpun lebih. Ala driver bus nie pun pasang lagu syahdu syahdan plak..xsuka aku lg meleleh mcm nie..ok cerita bab2 majmuk nie hang pa xtau depa had mai bebanyak nie demand wei..tgk xdak tempat duduk xmau naik berlagak klu kat tpt depa blm tentu ada bus..sini ja mengada gada mau ja aku nak jerit nie bus2 nie smua kami punya, kami bayaq cukai tau..tiap2 bulan potong blm msk had yearly tax lg .. tp mengenangkan perikemanusiaan xsanggup aku. Pikiaq2 blk xdak depa xdak lg org jadi buruh binaan, umah aku dok tgh buat tu pun depa gak..nak harap org kita buleh blah la..keja kilang ckit pun merungut, keja teruk sejam tidoq sampai sari..pas2 buleh dok merungut lg..xtau la..anta org2 yg sgt aku benci bila dok merungut 24 jam. Dlm kitap pun tuhan kata xsuka org berkeluh kesah itu org yg putus asa.
Da sampai klg dlm kul 9.40pm then menapak lg ker pasar jawa amik kete ler..dlm kete pasang lagu kuat sambil drive layan jerrrr. Sampai umah cik hb da tgguuuuuuu turn dia plak nak g keje..aku blk dia kuaq mcm tukaq shif plak tp dek kerana nak mencari rezeki nak buat mcm mana.. stop tuk rini esk kita cont citer lain plak..cauuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Da sampai klg dlm kul 9.40pm then menapak lg ker pasar jawa amik kete ler..dlm kete pasang lagu kuat sambil drive layan jerrrr. Sampai umah cik hb da tgguuuuuuu turn dia plak nak g keje..aku blk dia kuaq mcm tukaq shif plak tp dek kerana nak mencari rezeki nak buat mcm mana.. stop tuk rini esk kita cont citer lain plak..cauuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Tuesday, April 10, 2012
Celoteh pagi
Lama xupdate blog xdak masa byk sgt xtvt time weekend..xtau la..apa aku nak celoteh rini byk benda sebenaqnya tp xtau nak mula had mana satu..byk benda dok terpendam dlm ati nie..nak luah kat sini ja...aku sgt2 bersyukur dikelilingi dgn suami yg alhamdulillah penyayang..walaupun xperfect 100% tp alhamdulillah..family mak n adik2 yg alhamdulillah..kwn2 yg sentiasa ada disisi aku..aku rasa xder pape yg kurang tp sedih n kesian bila tgk family org lain pecah belah, adik beradik yg xsepakat, ati yg sentiasa penuh ngan dendam..kesian dorg xdpt menikmati kebahagian dunia..tp memang kita pun tau..dunia pun mcm2 bab2 akhirat xtau la..sapa la kita nak judge..kita pun bukan baik sgt..tp mcm yg kita tau bab2 agama kita titik berat inshaAllah dunia pun..sama...kira seimbang la. Itu la nak ckp pun payah..nasihat xmau pakai yg tua pun sama muda lg la..ketegaq sgt. Mcm mana nak buat pun xtau la..sian
Wednesday, March 21, 2012
Pictures tell everything
Speechless, juz enjoy the moment with the kiddo ... pictures tell u everything...whatever its i'm enjoy spending time with them...luv along
Kek oh kekkkkkkkkk lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Last week...aku baked lg ler....cam besa....tgn nie gatal ja...xbuleh nak dok diam...tu dok gaduh la...time cuti pun xleh nak relax...sendiri yg cari pasal...habis nak wat cmna. 1st baked strawberry sponge kek topping with buttercream....rajin ckit nak mendeko tuk si cilik along....2nd plak buat choc moist cake tuk mil..dia request nak makan...tp simple ja...xdak deco...org tua bukan suka sgt cream bagaikan....buleh la lepas gian da lama xbuat kek.
Sunday, March 11, 2012
Pandan Layer Cake
Ciplak g dr blog org http://duniadapurkama.blogspot.com/2012/01/kek-lapis-pandan.html
KEK LAPIS PANDAN
Kek sponge:
250g tepung sponge mix
4 biji telur
50gm air
50gm minyak @ butter cair
Sedikt perasa pandan
Cara-caranya:
Putar sponge mix, telur, air sehingga pekat dan gebu.
Masukkan minyak dan gaul sebati.
Masukkan dalam loyang bersaiz 9 inci
Da msk potong 3 layer yer
PANDAN MIXTURE:
200ml air pandan
350ml susu segar
150gm gula kastor
10gm serbuk agar-agar (saya tambah menjadi 15gm)
1/2 sudu teh pandan paste
sedikit garam
3 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Cara-caranya:
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung.
Kacau dengan cara double boiler
Bila dah mengelegak masukkan tepung jagung dan kacau sebati.
Masak sehingga agak pekat dan berkilat.
Tiru cara tuan punya blog hehheehhe
Satukan semua bahan
Didihkan diatas api
Masak sehingga agak pekat
Didihkan diatas api
Masak sehingga agak pekat
Potong kek kepada 3 bahagian
Sediakan loyang.
Tuang pandan mixture 1/3 pada lapisan pertama
Ratakan
Tindih dengan 1 bahagian kek (tekan sedikit kek)
Tuang lagi pandan mixture 1/3 pada lapisan kedua
Ratakan
Tindih lagi dengan 1 bahagian kek (juga ditekan)
Tuang pandan mixture 1/3 pada lapisan ketiga
Ratakan
Tindih dengan 1 bagian kek
Simpan dalam petisejuk selama 1 -2 jam
Setelah sejuk boleh dikeluarkan dari loyang
Hias dengan kelapa kering
Simpan dalam petisejuk selama 1 -2 jam
Setelah sejuk boleh dikeluarkan dari loyang
Hias dengan kelapa kering
Wahhhhhhhhhhh ini 2nd time tau, 1st jd tp jelly terlembik...2nd time br betul2 jd itu pun top of the cake spoil la...xlicin....sbb malas punya pasal la...hadoiiiiiiiiiiii habis kek aku...hb aku suka kek nie...so special tuk nie..
Friday, March 2, 2012
Insident mamak kerala
Wahhh memang betui la mamak karala nie ckp putaq belit, sib baik time tu bukan aku ja dengaq cik zz pun ada..klux buta buta ja aku kena..nie pasai incident senin ritu la nie..hardware failure..ko dtg kat aku ko nak access server nak chk logger ..tup tap ada benda lain failure..aku letak under severity one ko ckp xper xurgent, call xbyk last week lagi da fail dorg xbr report rini n xurgent..aku pun da ko ckp cam2 xder la follow up ngan hp n kita assume that hp engineer will call branch coordinator la..tup tup senin kalut aku gak kena blaim sbb xfollow up. I admit that i should follow up orite but at the same time u have to be honest la..tell what happen..dun put all the rubbish in our head. Thank god when its happen its show ur tru color la machaaa..
Monday, February 27, 2012
Restoren Saba'....sabar jer lahhhhhhhh
Semalam g lunch g kat restoren saba' cyberjaya..da lama nak try sbb shikin asik ckp sedap jer. Restoren nie hidangkan menu belah2 arab sana...yg salu kita dengaq kebab ja..had lain jarang2 makan. Kat mcm2 nama pelik ada nak pilih pun mcm takut2 ja..bukan takut apa takut xsdap..tekak aku nie pelik2
Sunday, February 19, 2012
Kek Pandan Marmar
Kek Pandan Marble
BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega, cair dan sejukkan
125 gram gula kastor
125 gram tepung gandum, diayak
4 biji telur gred A
1/2 camca besar ovallate
2 camca besar susu pekat manis
1/2 camca besar esen vanilla
1/2 camca besar coklat emulco
1 camca besar serbuk koko
1/2 camca besar pes pandan
Badam cincang untuk hiasan (optional)
Dusting powder @ gula aising untuk hiasan
125 gram mentega, cair dan sejukkan
125 gram gula kastor
125 gram tepung gandum, diayak
4 biji telur gred A
1/2 camca besar ovallate
2 camca besar susu pekat manis
1/2 camca besar esen vanilla
1/2 camca besar coklat emulco
1 camca besar serbuk koko
1/2 camca besar pes pandan
Badam cincang untuk hiasan (optional)
Dusting powder @ gula aising untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin bulat berukuran 7 atau 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
- Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 - 8 minit). Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
- Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak, satu diletak pandan paste, kacau rata. Satu lagi diletak esen vanilla, coklat emulco dan serbuk koko, kacau sebati. Sudukan cara berselang seli antara adunan pandan dan coklat. Mulakan di bahagian tengah tin, hingga siap.
- Tabur dengan badam cincang, dan bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Keluarkan kek dan terbalikkan atas jaringan, buang kertas alas dan biar kek sejuk. Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan, jika suka. Boleh dihidangkan.
Taraaaaaaaaaaaa kek siap, tp marble xberapa nak menjadi 1st time nti next time kita improve lg ek...besa bab2 cedok mencedok, bab copy mengopy...memang aku teror hahahhah. Resepi cedok dari belog cik mat ler apo lg. Resepi kat atas..xleh plak nak link belog cik mat gebu kita tory jer la ek
Jujur Aku Dayus
Aku nie peminat si Beto nie....ala Beto Maniac ler gitu. Bukan maniac apa maniac kat lakunan dia memang classssssssss ko jahhhhhhhhhhhh weiiiiiiiiiiii...yg clas tu dia berlakun nampak natural, itu yg best...jd jahat pun jalan, jalan omentik pun jalan....ala yg pasti watak apa yg dia bawa semua kena ngan citarasa aku ler tu. Macam mlm td, cerekarama "Jujur Aku Dayus" classssssss tullllll. Citer yg penuh tanda tanya, geram ja aku ngan si Beto tu dok wat xlayan kat bini dia si Nora tu...akhirnya aku pun tertipu ngan citer nie...last2 semua sbb jadi mangsa keadaan...memang ler...tp alhamdulillah si beto nak terima si Nora blk...hepi ending gitu...sweet gak si irma muka npk bersih ja....erm...agak2 muka2 aku npk cam2 takkkkk suci n bersih hukhukhuk...solat pun ala2 ado ja.....memang cari naas aku nie...wat main2 ngan solat xnak jg betui2....xnak citer la...rasa bersalah nie....off topic lu n out
Subscribe to:
Posts (Atom)