Monday, June 30, 2008
Taman Rakyat Andalas
Hari ahad aritu aku g senam robik kat taman rakyat andalas...klu hari minggu ramai org xterkira...best ar...yg reramai kat atas tu dorg tgn menari la2, yg conduct tu org MPK, memang dorg tiap2 minggu ari ahad buat senam robik kat andalas.
Friday, June 27, 2008
BELLA season Finale
ending dia mcm hampeh ja...tp lagu dia sdap...mendayu2 ja...sapa nyanyi ek?
nti aku try cr sapa nyanyi kot2 buleh upload dlm blog nie. Dok syok2 tenet mr vincent metroport tepon kata offer letter aku da siap n blh p amik esk....esk aku keja soh aku ckp nak amik hari sbtu ja la..dia ckp k jumpa ms irene dr hr dept....erm bila da dpt surat tu pikir blk sian bos aku klu aku benti...xdak org nak tolong dia nti...tp aku kena kesian kat diri aku gak smpai bila aku nak buat benda yg aku xpenah buat n aku pun nak better offer n nak gain more exsp dlm bidang aku...lg pun aku bukan ada lesen mcm depa dlm surveyor nie....nak demand pun xleh gak....surveyor cmny nie...dia punya scope xluas n klu aku kat industri nie aku xleh nak harap lbh2..................fhm2 la..smua concure laki...mana ada pompuan p naik kapal....he33333333333333
Soping lagi...................
erm smlm blk keja aku p jusco....nie la laki aku ngidam nak mkn ubi keledek jepun. Aritu aku da beli kat giant, blk rebus letak garam ckit....dia rasa sedap, ajak p beli lg....yg gambar 1st tu la ubi yg aku beli...ubi nie sedap tp manis sgt la...aku bukan gemar sgt memanis nie. Tapi besa la, tujuan nak beli 1,2 brg ja...da smpai smua nak....mau xmau laki aku amik raga gak la...tu gambaq raga, dia la dok usong p blk p blk. gambaq no2 tu kat arena, aku snap tempat budak2 main...aku n hb dok luaq..bukan apa sng ckit dia nak merokok....nak amik gambaq luaq xnpk...gelap doh..........had bawah sekali tu aku suka2 snap ja....gambaq2 sayuq kat jusco...smua fresh tp mahai nak mampuih...baik aku p beli kat pasar mlm, br 3 RM5 hengget....tp jusco nak beli sayuq yg xdak kat pasar mlm buleh la sekali2.
Hang pa layannnnnnnnnnnn jaaaaaaaaaa laaaaaaaaaaaaaaaaaa
Thursday, June 26, 2008
DON'T THROW YOUR ATM RECEIPT AWAY
Sharing this info.
Hi All
Since all of us have ATM card(s), i would like to share this important news.
My friend saw a man before at Novena MRT ATM trying to get all the receipts out of the ATM bin.
Please read the following message from a friend of mine, it's true.
Please be careful, it's not a joke.......Be careful when u draw cash from ATM with receipt which complete with your account number.
Never, never throw the receipt in the public even if u must tear into small pieces before throwing it away. Today, just got a call from my sister that she had lost all her cash from her account whereby she threw the receipt into the bin provided at ATM recently. Luckily, she only has $633/= in her account. Not much of suspicious when she was left with $11/= because she thought it was her petrol GIRO payment, however, that's not true. She only got to know it when the petrol company, mobil cut-off the petrol card's
transaction that she realized something is wrong.
After checking with the bank, she was told that now there is this syndicate who will! pick up the ATM receipt & with their IT expert, they are able to draw out your money. The bank will not be able to trace where these people had drawn the money & how they do it, don't ask me, even the bank also can't answer it. They only can advise you to report the case to the police for investigation.
My sister is the third victim in this month.
bagaimana mengatasi masalah mengantuk......
msti smua org penah mengalami situasi mcm nie...kat opis ngantuk sgt.....termsk la aku...jom kita share sama2 and cuba atasi masalah nie
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang.
Bagi mengatasi masalah mengantuk, tidur ubat penawar paling mujarab. Tidur bagi manusia adalah hal yang sangat penting. Jika kita kurang tidur atau mengalami gangguan dalam tidur, maka seharian kita akan diselubungi keresahan, keletihan dan tidak bersemangat. Sebaliknya tidur yang cukup dan berkualiti membantu kita memiliki tenaga dan aktif menjalani aktiviti seharian.
Setiap manusia menghabiskan kira-kira sepertiga dari kehidupannya untuk tidur. Menurut kajian, hampir setiap manusia pernah mengalami masalah tidur. Satu ! dari tiga orang dilaporkan mengalami gangguan tidur dan satu dari sembilan orang memiliki masalah tidur yang cukup serius.
Tidur adalah proses yang amat diperlukan oleh manusia untuk pembentukan sel-sel tubuh yang baru, pembaikan sel-sel tubuh yang rosak ('natural healing mechanism'), memberi waktu organ tubuh untuk beristirehat selain untuk menjaga keseimbangan metabolisme tubuh. Hal penting yang terjadi pada saat kita tidur adalah menurunnya frekuensi gelombang otak. Jika kita dapat mengatur frekuensi gelombang otak, kita sebenarnya tidak memerlukan waktu tidur yang panjang tetapi tidur yang berkualiti iaitu lelap tanpa mimpi
Wednesday, June 25, 2008
HEPInyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
At last ada gak company yg sudi amik aku walaupun aku pompuan, sebelum nie da byk kali aku cuba tp smua xsangkut ngan alasan aku "pompuan". Klu alasan aku krg exsp aku blh terima tp xlogic bila dia xleh terima aku sbb aku pompuan, pas2 blh ckp lagi....kita org nak amik yg xde exsp pun xpe....w*a8 e *u*k punya alasan...(sorry teremo plak). Ini azam aku, aku akan bg tumpuan sepenuhnya....and amik exsp nie sebanyak yg blh....dan akan hargai setiap peluang yg diberikan.......ermmmmmmmmmm..tq Mr Vincent....coz give me a change...n not biased with a gender....dia tau la sbb wife dia pun buat buat IT gak....
Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...Guyz... benda yg elok utk dikongsi n dipraktikkan. .
Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...
yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya.
Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.
Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas
hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.
2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. .buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat. .macam..a. .b..c..d. .e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar. ..potonglah gambar kat mana-mana dsb.
3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....... .. satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg
korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai. ...sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.
4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....
5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa....... ..kita pun bukan tak biasa merapu...... .
6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh
buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.
Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita
kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...
Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak... ..itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lainplak...contohny a. ...Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..
Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.
Tuesday, June 24, 2008
8 protokol yahudi
Lagu-lagu yang menghiburkan.. jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..
tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada
anak-anak yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh mengingati lagu Siti
Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi....
Hingga kita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?
2. ..Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana.. di kaca tv,
dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex
tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem
hanya kerana ada adegan sex.. filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang
tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......
3. ..Smoke....
Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak moden
jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana
perempuan yang kononnya mau digelar "up to date".. Dulu yang merokok ini
golongan pelacur saja.... ataupun penari kabaret.... (aku tengok dari
filem P Ramlee).... Syabas yahudi... berjaya lagi kamu....
4. ....Sport.. .
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama
berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun
perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss.. bukan yang bermain sahaja tak
sembahyang... yang menonton pun tak sembahyang juga... Kalau menonton di
rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk
GOL.... Yahudi gol lagi.... sampai ada ulamak kata... kerana sukan..
sembahyang boleh tangguh... Masya-Allah,..
5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.... Kalau kita
lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah
majalah mangga... yang menayangkan buah mangga artis perempuan.... Kalau
ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak
wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat akan diselit masuk....
Yahudi terhibur lagi....
6.... Female...
Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terut ama dalam
iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau
kita ke kedai bateri kereta... di hadapan bateri terpampang gadis sunti
separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan
perempuan?... kalau iklan Modess... perempuan ada patutlah... Yahudi
bersorak lagi.....
7...Fashion....
Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam.. sehinggakan kalau pakai
tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup
aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat?
Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut
diwarnakan.... Bila warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...
Kalau dah rambut diwarnakan... sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas
pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang
cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi
macam Yahudi....
8. .. Food..Makanan..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD
, Kentucky , Pizza hut... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang
menjadi makanan Rasulullah dipandang hina.... masuk rumah pun setahun
sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan... Bila
makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya
Kentucky .. rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...
halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap...
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi
berfikiran pun macam yahudi... Nauzubillah.....Yah udi makan Islam lagi...
Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia ...... tapi lebih cintakan ALLAH..... oleh
itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan
kepentingan Allah......
Monday, June 23, 2008
Weekend
mula2 dia xnak ar sbb fhm2 la kl mlm minggu mesti jam.....ntah apa yg menyebabkan dia tukar fikiran...last2 dia yg ajak aku, kita org kuar umah pun dah kul 6lbh, blm kira nak cr jln kuar kl lg sbb salu kita ikut NKVE, kali nie 1st time ikut kesas jd xtau nti tembus mana....
Bpe kali gak pusing smpai gak la town kl, parking kat SOGO pas2 jln kaki g jln TAR n masjid india...erm jln TAR ari sabtu pasar mlm jd ramai la org....xde beli apa pun juz jln2 je nak cuci mata...pas2 jln2 seround 2 kat pasar mlm kami pun blah ar, on d way blk singgah UPTOWN....ingat nak mkn kari kepala ikan tp perut masing2 da kenyang, hb beli cd SUPERNATURAL ja....pastu kita org blk umah....lepak umah smbil tgk cd...erm kat kl aku terlupa amik gambaq ar sbb asik sgt tgk org...da blk br tingat....he...so xde attachment tuk tatapan hang pa kat kl....
Erm esk plak (ahad),
Kami p joging petang tu kat Bandar Botanic...salu p taman rakyat tp kali nie nak tukaq angin plak....dlm kul 6 kami p agak2 sejam br blk...ramai gak org kat taman nie, yg bawa ank pun ramai, bwa gf pun ada heeeeeeeeeeee...aku sempat la snap sekeping 2, gambaq kat sana.....
Friday, June 20, 2008
KuCing2kU
Nie aku nak perkenalkan kucing2 ku yg 2ekoq nie...sepasang jantan n betina, colour oren jantan n kelabu betina....kucing2 nie pidah bg kat aku lps kucing yg lama2 mati...so cute bila depa tidoq
yg oren nama dia oyen n kelabu cimbe...cimbe la nie da ada ank da...kira mak aku dok umah dok bergaduh ngan ank2 dia yg bongsu nie....sian mak aku ank2 dok jauh bermanja ngan kucing2 ja la...............
oyen pesen klu nak tidoq cr org....klu mak aku xdak, aku or paksu aku la jd teman tidoq dia...he333333333333333
nak amik mai cni, sian plak kat depa xdak tempat nak berlari2, kat kpg best ckit kawasan luas.....
Memperkukuhkan Institusi Perkahwinan
PERKAHWINAN adalah kemuncak segalanya serta menjadi detik paling bersejarah dalam diari kehidupan seseorang.
Adalah menjadi impian dan cita-cita pasangan berkahwin agar kebahagiaan, keseronokan dan kepuasan berumah tangga yang dibina bersama kekal dan segar sehingga ke akhir hayat.
Perkahwinan juga adalah paduan dan adunan kasih sayang, pengorbanan, harapan, wawasan, perancangan dan toleransi yang menjadi asas kepada pembentukan sebuah keluarga bahagia.
Namun begitu, tidak semua perkahwinan berakhir dengan episod dan cerita gembira, tetapi kadangkala penuh dengan luka lara dan nestapa.
Bak kata pepatah ‘disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’ yang membawa kepada sesebuah perkahwinan berakhir dengan perceraian.
Perceraian, walaupun dibenarkan, jika sesebuah keluarga yang dibentuk sudah tidak dapat diselamatkan lagi umpama kapal karam, perlu dielakkan memandangkan ia mampu meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat dalam jangka masa panjang apabila unit penting dalam struktur masyarakat roboh.
Dilaporkan dalam tempoh sejam, lebih daripada dua perceraian dan 14 perkahwinan membabitkan pasangan beragama Islam berlaku di Malaysia.
Bagi tempoh sehari pula, lebih daripada 56 perceraian dan 359 perkahwinan berlangsung. Berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), angka itu adalah purata bilangan perceraian dan perkahwinan yang dilaporkan sepanjang tahun lalu.
Jumlah perceraian sepanjang tahun lalu adalah 20,529 manakala perkahwinan pula 131,086, kedua-duanya meningkat berbanding 2006.
Selangor mencatatkan bilangan perceraian tertinggi iaitu sebanyak 3,722 diikuti Kelantan (2,257), Kedah (2,188), Johor (1,931), Perak (1,551) dan Terengganu (1,537). Pahang pula mencatatkan sebanyak 1,502 perceraian, Kuala Lumpur (1,141), Sabah (924), Pulau Pinang (917), Sarawak (910), Negeri Sembilan (907), Melaka (758), Perlis (247) dan Labuan (37).
Peningkatan jumlah perceraian ini sangat membimbangkan semua pihak kerana memberikan imej dan persepsi tidak baik kepada institusi keluarga dan tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan institusi perkahwinan di negara ini.
Oleh yang demikian, langkah untuk mengurangkan bilangan berkenaan perlu dilakukan segera serta diberikan perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab dalam hal terbabit.
Perkara itu tidak boleh dipandang ringan dan diambil mudah kerana berkait rapat dengan keharmonian dan kerukunan dalam masyarakat.
Antara alasan dan penyebab yang sering diberikan kepada berlakunya krisis keretakan rumah tangga dan perceraian adalah ketiadaan persefahaman antara suami dan isteri, kerenah dan campur tangan keluarga yang keterlaluan, masalah kesihatan pasangan dan kesuburan, suami isteri bermain kayu tiga, campur tangan pihak ketiga dalam hubungan suami isteri, masalah hutang banyak, pengangguran dan peluang kerja terhad, komitmen kerja dan kerjaya yang tinggi, simptom cemburu buta, kurangnya didikan moral serta ilmu kekeluargaan.
Turut dilaporkan Kedah mencatatkan bilangan perkahwinan tertinggi iaitu sebanyak 20,889 diikuti Kelantan (17,201), Selangor (14,817), Johor (13,241) dan Perak (11,446). Sabah merekodkan sebanyak 9,941 bilangan perkahwinan, Pahang (9,519), Terengganu (8,953), Sarawak (5,393), Negeri Sembilan (5,151), Pulau Pinang (4,458), Melaka (3,559), Kuala Lumpur (3,538), Perlis (2,484) dan Labuan (486).
Dalam pada itu, bilangan perceraian yang dilaporkan di seluruh negara pada 2006 adalah 19,463 manakala perkahwinan 114,812. Semua negeri kecuali Perlis, Perak, Kuala Lumpur, Pahang dan Sarawak mencatatkan peningkatan bilangan perceraian manakala hanya Kuala Lumpur dan Sarawak merekodkan penurunan bilangan perkahwinan.
Berdasarkan statistik Jakim, purata jumlah perceraian yang dilaporkan pada tahun lalu ialah 1,931 kes manakala perkahwinan pula 13,241 kes. Angka itu meletakkan Johor sebagai negeri keempat tertinggi dari segi bilangan perceraian dan perkahwinan di negara ini.
Selain itu, terdapat peningkatan jumlah bagi kedua-duanya berbanding 2006 yang mencatatkan sebanyak 1,647 kes perceraian dan 11,943 perkahwinan di Johor.
Kebanyakan kes perceraian berlaku kerana pasangan suami isteri tidak begitu menghayati kehendak ajaran agama dalam melayari kehidupan berumah tangga, termasuk menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin. Sebaliknya, mereka didapati berkahwin hanya kerana dorongan nafsu semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab besar sebagai suami, isteri, bapa dan ibu bagi mewujudkan keluarga bahagia.
Faktor ekonomi juga kini menjadi cabaran besar bagi sesetengah pasangan suami isteri yang mana kemampuan kewangan turut memainkan peranan penting dalam menentukan kestabilan rumah tangga lebih-lebih lagi dalam keadaan kenaikan minyak dan barangan makanan pada hari ini.
Dalam keadaan dunia hari ini yang segalanya memerlukan wang, maka tekanan kewangan dan ekonomi yang berlaku ketika ini sangat membebankan.
Dalam hal ini, suami sebagai ketua keluarga bertanggungjawab memberikan nafkah kepada isteri dan anak. Pasangannya juga wajar berbelanja berdasarkan kemampuan suami.
Disebabkan tuntutan ekonomi juga, ramai isteri terpaksa bekerja menyebabkan masa yang terluang untuk keluarga menjadi lebih terhad dan ini boleh mengundang ketidakstabilan rumah tangga sekali gus boleh menjurus kepada perceraian.
Perceraian juga hanya akan menimbulkan tekanan dan konflik rumah tangga yang lebih serius di mana anak akan menjadi mangsa keadaan.
Isteri yang diceraikan pula terpaksa menanggung segala-galanya dan sudah tentu meletakkan beban tidak sepatutnya kepada mereka. Ada terpaksa membayar hutang yang dibuat suami dan membesarkan anak yang ramai sendirian.
Psikologi dan emosi anak yang dalam proses tumbesaran akan turut terganggu serta boleh merosakkan dan menggelapkan masa hadapan mereka jika pasangan bercerai langsung tidak mengambil peduli terhadap anak yang ditinggalkan.
Dalam jangka masa panjang anak mungkin akan memberontak dan membalas dendam terhadap ibu bapa mereka. Anak juga akan hilang rasa hormat kepada ibu bapa dan cuba mencari keseronokan serta kebebasan di luar serta bergaul dengan orang yang rendah moral.
Mereka juga boleh terbabit dengan aktiviti seperti penagihan dadah, pelacuran, samseng, Mat Rempit jika tidak diberikan perhatian, kasih sayang dan pembelaan sewajarnya.
Justeru, perlu ada tolak ansur dan persefahaman di kalangan suami isteri bagi menyeimbangkan komitmen antara keluarga dan kerjaya supaya keharmonian rumah tangga dapat dikekalkan hingga ke akhir hayat.
Suami isteri perlu mempunyai perancangan kewangan keluarga bagi memastikan setiap perbelanjaan terkawal dan mencukupi tanpa berlaku pembaziran serta ketidakstabilan ekonomi keluarga.
Jadi pengajaran
Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya Utara Selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ke tempat yang dikatakan oleh pemanggil. Tetapi tiada apa yang terjadi disana.
Dalam perjalanan pulang, waktu itu jam 1 pagi, hujan turun renyai-renyai. Di satu persimpangan susur keluar lebuhraya, mereka ternampak sebuah MPV mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. Tapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. Sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya. Mereka jadi terkedu, tergamam dan tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu. Semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini.
Pemandu MPV mewah itu telahpun mati terkulai di kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala. MPV tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menhimpit pemandu dan kesemua penumpang di dalamnya. Di bahagian belakang MPV mewah tersebut terdapat 3 susuk tubuh manusia. Seorang wanita dalam 40an dan dua lelaki dalam 20an. Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. Bogel-sebogelnya! Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan, kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain.
Dahsyat sekali. Tulang punggung wanita itu pula hancur. Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat z***r lelaki itu masih di dalam kemaluan wanita itu. Mereka langsung tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala, dan sayup-sayup kedengan suaranya memanggil “mummy… mummy… mummy…”. Pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang z***r lelaki yang nazak. Ahli bomba itu terjelepuk. Tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.
Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus-lumus membuat apa yang patut. Ketika itulah tiba-tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau, kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar-mandir dan mengelilingi kawasan kemalangan dengan gaya orang yang tersangat marah. Ahli bomba itu berkata di dalam hati “Ya Allah, besarnya kekuasaan-Mu. Mungkin inilah dia malaikal maut yang dikatakan itu”. Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang berpelukan itu tidak dapat dipisahkan lagi.
Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memancar apabila terkena cahaya. Ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullahhalaz im!! MasyaAllah!! Apakah yang telah terjadi? Selepas memeriksa dukumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua-dua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah Islam dan nama-nama mereka didahului dengan Mohd dan Nur.
Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah ditetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang. Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain. Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat? Mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita. Selagi mereka melakukanya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu.
Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? Itulah tanggungan kita hinggalah ke akhir hayat mereka dan cucu cicit mereka. Akan datang apabila kita telah berumur, janganlah kita tanya.. mengapa musibah terjadi kepada kita? mengapa anakku cacat? mengapa aku, anakku dan cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluargaku? mengapa aku di tipu? mengapa aku, anakku dan ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan? mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum? Sesungguhnya Allah itu maha adil.
Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak. Bertaubat dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepada-Nya walaupun sebesar zarah. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.
Wallahhualam.
tk tahu nk tepek kt mana..
harap2 korang jadiknlh ia sebagai pengajaran
|
Amalan Suami Isteri
Bila kita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Dibawah ini ada sedikit tips dari saya. Harap-harap anda akan berjaya.
1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.
2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggemberikan hati anda.
3. Ops, maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 'ops, maaf terpegang, tak sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.
4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada 'ummphhh!'.
5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.
6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.
7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.
8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.
9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.
10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.
11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.
12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….
13. Jeling-jeling
Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.
14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…
15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.
16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.
17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.
18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.
19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.
20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.
Wednesday, June 18, 2008
Anak2 sdara aku
Nasi Goreng
Dinner to Served
Dah start berblog nie, aku p mana ja snap picture, nak mkn pun snap picture msti org kata budak nie jakun ka, perak ka....he3333 belasah ja lah...janji ada benda aku nak update n cerita kat korg....
Kat cni la aku mkn smlm, 1st time msk restaurant nie....BLACK CANYON COFFEE....npk mcm best tp coffee dia xsdap langsung...pahit, sdap lg kopi mak aku buat...kopi cap kampung heeeeeeeeeee. Tgk tu dianya slogan A DRINK FROM PARADISE....AVAILABLE ON EARTH...kemain...
Nie dianya dinner set, ada tomyam, mix vege n ayam msk apa ntah...mknan dia k la...rasa smua ckp...kira berbaloi gak...tomyam dia byk betoi dia letak lengkuas, tp rasa lengkuas xde pun, may b masam dia da hilangkan rasa lengkuas kot....memandai ja aku nie...
Nie antara menu yg disediakan....aku main snap ja....korang npkx? aku mcm xnpk sbb blur ja pic nie...
Kat dinding restaurant nie, dia letak frame...dlm setiap frame ada kata2 tuk encourage kita
mcm 25 keys to success, dorg ada amik kata2 dr
org2 terkenal la...ada satu perkataan omputih aku lupa...he333333333333...gambaq blur la...pndai2 hang pa la nak pakai kanta ka? apa ka...nak teropong
Tuesday, June 17, 2008
Incredible Hulk
Ni la yg aku mkn smlm, apa nama ntah tp sedap ikan kembung n lala bakar ala2 portugis gitu....cuma lala n ikan kembung tu rasanya krg manis sbb ikan n lala lama kot.....tp smlm lapar giler so aku belasah je apa yg depan mata....
Nie kita promo tuk Incredible hulk la....xdpt snap smua sbb kabur so amik yg mana patut ja....tp citer nie layan gak la...kira action dr mula smpai habis....part yg hulk vs hulk jahat tu lawan memang best. Kali nie citer hulk nie npk real ckit dr hulk yg lama dlu....muka dia pun npk clear...he33333333 tp part dia besar jd hulk pun still maintain ensome....
Monday, June 16, 2008
Kawan2 seperjuangan 2
Ha Ruhil aku tempek pic hang gak wei.....ruhil pakai baju oren tu, yg ada lesung pipit...dlu aku jealous tgk lesung pipit dia zaman2 sek.....ruhil nie dlu zaman2 asrama klu ngadap mate memang hang pggil pun xdegaq...bg biru sazura n hijau suhaila..ngan depa nie aku kwn gak tp gitu2 ja...xbyk sgt kenangan yg aku ingat sal depa nie
aNak2 sDara aku
Nie haziq ank sedara aku yg byk ckp, nakal bukan main...klu berckp ngan dia xbenti....ala haziq cayang
klu snap pic gelak sampai nampak gigi suka sgt...erm bila nak dtg umah along n ayah along....
blh ayah along bawa naik motor pusing2.....
Nie eeEn adik haziq, nie lambat nak amik pic ja kemain posing dia he.....ala tomei2 eeEn
Posing
Kawan2 seperjuangan
Yang pakai tudung purple n baju putih tu Eda, mai juga hang umah aku ek...nie pun kwn seperjuangan gak nie..da temban da eda nie, dlu comei bdn dia la, la nie da tembam ckit tp still comei lg he3333333333333, klux xkan la cikgu sani kita berkenan...muahhhhhhhhhhhhhh
Yg purple gurl tu, sanisah....walaupun contact lambat still dtg gak...TQ sah...tp sah hang nie senyap sunyi? apa citar? contact2 la aku wei....sah nie still maintain comei cam dlu gak...he3
Yg baju biru pidah the bomb he3333....bezfrez kamcing he333...yg baju putih tu minah mana ntah yg perasan lawa he3....konon2 dia la cantik xpadan cam belalang he333333333333333
Nie yg tgh make over aku nie, awin....nie pun kwn seperjuangan zaman2 college dlu, merangkap housemate n da mcm adik aku gak...dia mai ngan bob, ala pic bob xdak la plak....bob tu pun da mcm adik aku da....
Awin nie baik, dia n family da byk tlg aku...aku xleh lupa dunia dan akhirat.....sorry win ckp mama n abah xde kesempatan lg nak p jenguk drg....masing2 bz....
Awin kira jd mak andam bidan terjun la...time tu, sib baik ko ada win, klux muka k.n xbertouch up la....awin nie bg make up kat dia sat ja....klu aku blm tentu lg....k.n ada pic nie ja....yg lenlain xdak la, nti k.n amik pic dr camera ko....ada byk lgkan?
Yang tgh bwa baby acumaiyah nie, 5rose he33333
maintain vouge mami kita nie walaupun anak da dua
he3333333.....nie pun rakan seperjuangan dr zaman2 sekolah smpai la...kami dok merantau jd masing2 bertukar2 pendapat dan idea la....debab la ank hang siti, geram aku mcm nak gigit ja....lain kali banak kat aku sorg, nak putih gebu cam2 gak..he333333
kat belakng2 sanisah la....
Yp pakai baju oren nie waty, da mcm adik aku da...waty nie manja budaknya mengalah adik kandung aku sdiri...sampai gak dia ke rumah aku....waty nie baik budak dia....kdg2 suke merengek....informer aku nie...klu nak cr job ja aku cr dia, klu dia ada job dia cr aku he3333333333333
Last but not least, pidah erm....byk benda yg aku share ngan dia....kwn donia dan akhirat nie....payah nak jumpa...adik beradik pun sdiri pun xmcm dia....erm trasa sebak masa kita peluk lepas da selamat smua....erm aku tau hang tumpang gembira tuk aku n harap aku xjd mcm kwn2 kita yg lain, bila da kwin senyap mcm tu ja...inshaallah aku harap aku xmcm tu, hang kena teguq aku wei, kdg2 manusia nie lalai....aku syg kat hang sgt2 dan klu blh biaq la persahabatan kita kekal sampai dunia dan akhirat.
Ada lg kwn yg mai tp xsempat amik pic, ayu terkocoh2 blk nak p umah mentua, zita msg kta xleh mai kena keja, gda pun sma.....xpa aku faham at least kita bersahabat mcm dlu....so harap2 berkekalan la smpai ke anak cucu....
Jalan N Makan
Petang sabtu tu aku n hb p mkn tomyam kat Klang Perade, nie bukan sebarang tomyam nie....nie cuma ada sethn 2x ja...nie Thai festival....nie thn kedua aku mkn tomyam depa...memang sedap mabeles la xblh lawan mana thai food kat mesia nie...aku syorkan hang pa cuba...mesti nak lagi
Ada 4pic yg aku snap semalam...aku tunjuk satu2 ek...yg 1st tu bukan kat thai festival punya makanan...itu made in mesia, buatan tgn aku smlm. Teringin sgt nak mkn mee udang, nak p beli smua xsedap last2 aku wat sdiri. sib baik brg smua ada...nak kata sedap sgt xdak la tp blh la sesekali terubat gak la nak merasa mee udang penang. Pic no2 tu lai chi kang thai, sdap wei ada ice cream, manis sgt pun dak, mcm2 ada dlm tu memang sdap. yg no3 tu br thai tomyam....kira berbaloi la dgn rega RM5 hengget sbb ada udang, sotong, fish ball, ketam n sayur2 dia la...sdap sgt...smpai menjilat jari. Last tu aku order kira2 ada side dish la, thai somtam n dlm bahasa melayu dia rojak thai.Dia ala2 kearabu mangga gak tp ganti ngan betik....k selamat menjamu mata