Wednesday, December 28, 2011
Dedicated to Loong
Monday, December 26, 2011
Mak kata
Mak pernah ckp..dia xmau pikiaq apa dah...la nie aku nak pikiaq aku ja...hang pa da besaq pandai la bawa diri masing2, tp klu salah aku teguq sbb masih tanggungjawab aku nak teguq hang pa....la nie aku nak cr bekal tuk aku ja...nak harap anak2 untuk doa aku kat sana xtau mcm mana lagi...aku kena cr sendiri...
Bila kita dgq mcm sedih la...pasai apa mak kata lagu tu...tp betul la kata dia...biaq dia cr apa yg dia nak cr....umo da banyak dia tau apa yg dia nak...kita sebagai anak sokong ja la...aku pun klu kat tempat dia pun mesti pikiaq benda yg sama...sbb kita xtau anak2 kita esk mcm mana...alhamdulillah klu dpt anak yg soleh dan solehah doakan kita kata akhirat esk...kena dpt anak yg ntah xtau cmna perangai sian la kita kat dlm esk...la nie mak aku hidup dia p dgq org baca kitab, mengaji , sembahyang...sesekali p la melawat adik beradik dia,iya la dlu dia keja teruk nak besaqkan kami 3beradik...la nie dia cari bahagian dia plak nak bawa ke sana...
Tingat blk mcm mana mak keja kilang nak besaqkan kami, keja kilang gaji byk mana, tp alhamdulillah ngan duit keje kilang yg xseberapa tu la yg bg kami makan, bg kami belajaq...alhamdulillah...rezeki tuhan bg...tp keje kilang bukan ada pencen...la nie mak harap anak2 ja bagi...kami bg apa yg termampu la...tp alhamdulillah rezeki mak...tp mak xpernah merungut itu yg aku solute....xpernah dia merintih susah ka apa...mak antara manusia yg sgt2 kuat yg pernah aku jumpa...hidup menjanda fhm2 la...mcm2...dugaan...sgt2 kagum dengan mak...antara sbb aku menjadi manusia yg kuat semangat n berusaha.
Fruit tart
Thanks to BFF sbb order yer..ini utk hantaran sebenarnya tp sbb tgk terliuq dorg cuma wat hantaran cuma sebahagian ja...lain2 msk mulut hahhahahahh....sbb dorg syg nak bg semua.
Coret coret
Penattttttttttt sgt itu jer yg boleh aku gambarkan keadaan sekarang........2 hari berturut2 baking, pastu hang out nak ngan anak2 buah aku...rini baru nak membega rumah...mop lantai, laundry , lipat kain erm mcm2 la....itu la keja aku klu diumah. Memang sgt2 penat...jealous klu org leh tido kat umah, berjalan. Org mesti pelik, keje pagi blk malam ari minggu keje lagi...mesti org ckp budak nie gila duit apa...xckp weekday weekend lg..hahahha itu la hakikat...kena terima aku bukan org yg suka dok diam...xder org nak tlg aku, aku la kena tolong diri aku sendiri...tambah2 dok tempat org adik beradik plak jauh...apa2 jadi kena tolong diri sendiri la n jg diri sendiri...bg aku tido sekejap pun buang masa, baik aku buat sesuatu yg menjana pendapatan yang halal. Tp alhamdulillah...org ckp klu kita ikhlas, berusaha rezeki dimana2....setiap keringat yg kita kerah, mesti ada hasilnya...insyaAllah...moga DIA permudahkan segalanya....amin.
Friday, December 23, 2011
2012
Diam xdiam da nak masuk 2012...rasa mcm br msk 2011. Memang masa cepat cepat tul berjalan...klu da masa makin cepat....korang agak2 apa ek...erm umo pun makin bertambah, bila umo bertambah...lebih byk commitment...bukan aja dengan manusia tp dengan yg utama di ataskan. Bukan apa bila masa cepat berlalu nie...aku xdak pikiaq lain dahhhhhhhhhhhhhhhhh................bila2 masa ja bersedia la kan...tup2 ada yg pegi dijemput yg di ATAS, wallahualam....aku pun xtau la...bila makin byk umo nie...asik pikir nak mati ja...memang manusia akan mati cuma tggu masa ja masing2. Sementara hayat ada kat dunia nie bersedia la....kita xkan nak menongkat langgit selama-lamanya. Sunat klu mengingati mati...bukan itu ja...boleh wat kita rasa insaf.
Banyak lagi yg belum aku capai...thn 2012 harap2 membawa sesuatu yg lebih bermakna dlm idup aku...biar 2011 berlalu membawa segala yg pahit...aku xnak ingat yg penting moving forward....itu memang aku xkan pandang belakang, hanya amik ikhtibar ja apa yg berlaku.
2012 akan menjadi aku manusia yg akan lebih berusaha untuk memantapkan lagi hidup dan diri aku...planning will move on....so juz stick to the plan...n make sure everything will be in order...but 1st place this year xnak skip sembahyang lagi....thats the priority.....the rest will cont later insyaAllah.....
Friday, December 9, 2011
Behind the wall
Sepanjang aku kat CITI, xpernah terlintas plak nak snap view from our level. Rini hari malas aku tuk wat keja hehhehe n hari rajin aku mensnap picture. Hari2 inilah view yg aku tatap tak kala tension ngan keje....tgk bangunan2 yg tinggi melanggit...tgk jln yg bersimpang siur ngan keta....blm lg peak hour jam tak henggat....kdg2 aku terpikir kl nie ada tanah sekangkang kera pun klu dpt kat developer memang selamat ler....jgn harap nak biar hijau jer ngan pepokok yg ada...erm ntah la....tukaq topic sat...aku pasan skill writing aku memang la tersgt2 buruk n lemah...hehheh....semua nak cepat ja...satu perkataan klu dishortkan tggl satu perkataan hehhhe memang itu la yg aku amik....last2 bila baca2 blk xtau tulis apa....hahhahah amik ko....nak cepat sgt....semua nak pantas....
Saturday, December 3, 2011
Minum Petang wif cream puff
Da lama xwat minum petang nie...kebetulan plak rini umah aku riuh ngan anak-anak buah yg dtg bertandang..meriah melayan anak2 buah heheheh...selama nie berdua ja...sesekali relative dtg bertandang bawa plak anak buah yg tengah naik....waaaaaaaaaaa mcm nak pecah umah. Si baby Hadif nak tidoq pun xsng asik terjaga...terpaksa la...mak long dia...riba nak bg dakap badan dia bg tido...mcm kena sejuk ja dok atas badan along dia...heheheheh lena terus...........best baby tido atas bdn kita nie...bau baby pun sodap.....xsempat nak snap pic baby Hadif n anak2 buah yg lain....dek dok melayan dorg n kedapuq xhabis2. Esok semua da nak blk....tggu next cuti plak...br dorg dtg....si adik anis...xabis2 ckp....nti along dtg rumah baru tau...iyo lahhhhhhh nti along dtg......tgguuuuu yerrrrrrrr
Wednesday, November 30, 2011
Solat Istikharah, Tata Cara dan Doa
Aku nak kata aku nie rajin solat...xdak la kan....tp juz nak share ngan korg...klu tersepit antara 2 pilihan solat istikharah la pilihan terbaik....petunjuk akan diberikan....jd apa yg menjadi ragu2 akan terhurai insyaAllah....DIA akan bg petunjuk....
Solat Sunnat Istikharah
Solat Sunnat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.
Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
Pie n Tart
Whole day semalam aku membaking waaaaaaaaaaaaaaaa penatnya...tp enjoy........semua order rini repeat order dr Yanie n Hajar. TQ sbb order yer...len kali leh order lg....pie tu pie sardin diubah suaikan ckit ikut citarasa melayu...bg agak2 pedas ckit...enjoy la yer
Thursday, November 10, 2011
Stress stress
KUALA LUMPUR - Hampir separuh pekerja Malaysia bekerja lebih lapan jam sehari dan membawa pulang kerja secara tetap untuk diselesaikan pada sebelah malam, demikian menurut dapatan kajian global terbaharu dari Regus.
Regus, penyedia tempat kerja fleksibel terbesar di dunia, telah mendapatkan maklum balas daripada lebih 12,000 ahli perniagaan di 85 negara.
Alasan tekanan pada waktu bekerja yang boleh dipertikaikan telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan disebabkan pemulihan dalam ekonomi yang perlahan di ekonomi matang dan sebaliknya sangat pantas dalam ekonomi baharu muncul, kata Regus dalam satu kenyataan di sini semalam.
Kajian itu mendapati 32 peratus daripada pekerja Malaysia dan 38 peratus daripada pekerja global biasanya bekerja antara sembilan hingga 11 jam setiap hari manakala 15 peratus pekerja di Malaysia bekerja secara tetap lebih 11 jam sehari berbanding dengan 10 peratus di seluruh dunia.
Naib Presiden Regus Asia Tenggara, Australia dan New Zealand, William Willems berkata, kajian itu mendapati terdapat kekaburan mengenai garisan kerja dan rumah.
Kesan jangka panjang terlebih kerja ini boleh merosakkan kesihatan pekerja dan produktiviti keseluruhan apabila para pekerja memaksa diri mereka bekerja teruk dan menjadi melawan, murung dan malah tidak sihat dari segi fizikal, katanya.
"Sambil kajian kami mendapati pekerja yang bekerja di tempat yang jauh dan mudah bergerak bekerja dalam dalam tempoh yang lama, wujud bukti yang menunjukkan bahawa para pekerja yang bekerja di tempat yang jauh lebih produktif, mempunyai kepuasan bekerja dan paras tekanan yang rendah," katanya, sambil menyatakan para pekerja sedemikian biasanya kurang melakukan perjalanan, sekali gus membolehkan mereka menggunakan lebih banyak masa bagi pekerjaan masing-masing.
Perniagaan yang membolehkan warga kerja masing-masing bekerja dari lokasi yang berdekatan rumah dan menguruskan masa secara bebas akan menyeimbangkan tekanan keseimbangan kerja dan kehidupan dan menjadi lebih produktif, komited dan lebih sihat, katanya. - Bernama
Article mcm point kat batang idung aku jer....ka aku yg cepat terasa kuikuikui....tp memang bukan la ja...dr blm kwin sampai ka da kwin aku nie nak kata gila keja pun dak gak...dlu terpaksa stay back sbb bos bg keja melambak2...sampai mlm br blk...tp skrg terpaksa stay back pun sbb keja xder la melambak sgt tp sbb nak maintain server n application sbb xnak susahkan kita org masa akan datang. Pernah aku bg tau cik hb, hari2 org spent masa kat opis kurang 15jam klu keja sendiri agak2nya da kaya kot...hehhehehe angan2. Nasib baik la cik hb fhm....klux habis aku.....
Regus, penyedia tempat kerja fleksibel terbesar di dunia, telah mendapatkan maklum balas daripada lebih 12,000 ahli perniagaan di 85 negara.
Alasan tekanan pada waktu bekerja yang boleh dipertikaikan telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan disebabkan pemulihan dalam ekonomi yang perlahan di ekonomi matang dan sebaliknya sangat pantas dalam ekonomi baharu muncul, kata Regus dalam satu kenyataan di sini semalam.
Kajian itu mendapati 32 peratus daripada pekerja Malaysia dan 38 peratus daripada pekerja global biasanya bekerja antara sembilan hingga 11 jam setiap hari manakala 15 peratus pekerja di Malaysia bekerja secara tetap lebih 11 jam sehari berbanding dengan 10 peratus di seluruh dunia.
Naib Presiden Regus Asia Tenggara, Australia dan New Zealand, William Willems berkata, kajian itu mendapati terdapat kekaburan mengenai garisan kerja dan rumah.
Kesan jangka panjang terlebih kerja ini boleh merosakkan kesihatan pekerja dan produktiviti keseluruhan apabila para pekerja memaksa diri mereka bekerja teruk dan menjadi melawan, murung dan malah tidak sihat dari segi fizikal, katanya.
"Sambil kajian kami mendapati pekerja yang bekerja di tempat yang jauh dan mudah bergerak bekerja dalam dalam tempoh yang lama, wujud bukti yang menunjukkan bahawa para pekerja yang bekerja di tempat yang jauh lebih produktif, mempunyai kepuasan bekerja dan paras tekanan yang rendah," katanya, sambil menyatakan para pekerja sedemikian biasanya kurang melakukan perjalanan, sekali gus membolehkan mereka menggunakan lebih banyak masa bagi pekerjaan masing-masing.
Perniagaan yang membolehkan warga kerja masing-masing bekerja dari lokasi yang berdekatan rumah dan menguruskan masa secara bebas akan menyeimbangkan tekanan keseimbangan kerja dan kehidupan dan menjadi lebih produktif, komited dan lebih sihat, katanya. - Bernama
Article mcm point kat batang idung aku jer....ka aku yg cepat terasa kuikuikui....tp memang bukan la ja...dr blm kwin sampai ka da kwin aku nie nak kata gila keja pun dak gak...dlu terpaksa stay back sbb bos bg keja melambak2...sampai mlm br blk...tp skrg terpaksa stay back pun sbb keja xder la melambak sgt tp sbb nak maintain server n application sbb xnak susahkan kita org masa akan datang. Pernah aku bg tau cik hb, hari2 org spent masa kat opis kurang 15jam klu keja sendiri agak2nya da kaya kot...hehhehehe angan2. Nasib baik la cik hb fhm....klux habis aku.....
Sunday, October 30, 2011
Real Steel
Real Steel....movie yg sangat2 awesome la....memang sgt2 best...xrugi tengok. Terutamanya tgk budak yg cute sgt Dakota Goyo....n bijak. Bila tgk Dakota nie berlakon n compare ngan reality, bukan kat Malaysia ja...kat all over the world budak ker org tua ker memang addicted ngan game. Tp memang xterpikir plak bila watak robot fight2 nie dlm game akan di transform ker movie and kat real life kita leh ada liga robot2 nie. Tp memang best ler masa robot to fight...memang excited gila....rasa mcm nak tgk lagi....n Hugh Jackman memang ermmmmmmmmmm hensomenya.......
Wednesday, October 26, 2011
Swiss Roll musim hujan
Makan lagiiiiiiiiiiiiiiii apa nak jd la hang Norullllllllllllllllll encik hb pun da bising perut da mcm org mengandung 3bulan. Abis nak wat cmna, xkan nak dok diam ja,...boring idup xtril la heheheh klu xmencuba sesuatu yg baru ek....xpa la encik hb perut bape bulan wa tetap cayang sama lu hahahahahhah poyos ja ayat....nak muntah dengaq...mesti encik hb xsangka...dia punya bini leh express cayang kat blog nie....hehehhehe. Back to kita punya topic...swiss roll kegemaran encik hb. Tp kali nie resepi lain ckit dari resepi choc swiss roll ritu...cam besa la tok guru cik mat gebu kita ler....mohon ampon la cik mat...asik2 mengendap awak punya blog...mencilok n mencilok ja kerja aku...kita tgk resepi jer kat bawah yer
60g gula kastor
3biji telur
2 sudu ovallate
70g tepung gandum*
1 sudu susu tepung*
1 sudu pewarna
60ml minyak
1 sudu esen vanilla
Cara-cara membuatnya
Ayak bahan2 *, pukul telur, gula, ovallate, esen vanilla sampai kembang n mskkan bahan ayak. Da rata mskkan minyak n gaul ngan spatula ya. Asingkan 3sudu bahan yg dipukul kembang td n campurkan pewarna...ikut suka nak pewarna apa. Amik bahan td tuang dlm loyang yg dilapik ngan kertas minyak...dan ratakan ngan spatula. Pas bahan extra yg digaul ngan pewarna td mskkan dlm piping beg...paipkan ngan corak melintang..jgn tiru aku yer..aku wat memanjang ckp adunan td...pas tu bakar dlm 25min..ikut oven aku ler dlm 150c. Tp sebelum tu panaskan oven dlu yer dlm 30min. Da masak sejukkan dan sapukan kaya...pas tu gulung kejap2 yer...filling tu xkisah belasah jer. Aku ingat nak letak kaya, kaya xder dlm peti ais ada sberry n blueberry belasah jer la...jani ado...dr xdak langsung...
Monday, October 24, 2011
Ustaz Kazim
Antara peberet aku wat masa nie...memang tip top la...klu dia berceramah. Da byk da cd2 ceramah dia yg jd koleksi aku n en hb. Xpuas ati klu miz cd2 dia, klu windu sgt aku tgk kat utube ja....memang bgs la ceramah2 dia nie... bgs tuk jd panduan kita...aku sgt2 syorkan hang pa dgq ceramah dia...memang xrugi...Tu kat atas MAJALAH ANIS keluaran nov 2011.
Move like Jagger .....
Title xingat...move like jagger tp klu tgk mike jagger menari wahhhhhhhh ngan suaq agogo dia layan gak....hidup cam2 la kena move...Hidup kena move on...hehehheh memang dari dulu lg itu la aku....mungkin ada certain2 time akan down...tp itu bukan penghalang bg aku...semua tu mematangkan diri aku...bila di kenangkan perjalanan hidup aku....xnak la kenang sedih cuma akan jadikan pengalaman hidup tu satu panduan dan pengajaran buat aku...aku xkan patah blk...aku mesti berani melawan arus.....satu masa dlu kita lemah tp tidak sekarang....kena berani...terima cabaran hidup....tambah hidup tempat org...jauh plak dr family lg la....semua kena buat sendiri memang xtertahan kadang2 tp kena lalu gak....klux sapa nak tlg...tp alhamdulillah kwn2 time tu byk yg membantu family depa alhamdulillah....sgt2 bersyukur. Mood nak membebel da ilg la...nti2 la aku cont ya....have a nice day semua....cau dlu.....
Serabut Kapla
Erm kepala aku nie mcm nak pecah, erm.....peningggggggg peninggggggggggggg waaaaaaaaaaa lepas satu satu masalah...........xnak amik tau tp xbolehhhhhhhhhh.....atoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii satu2 jatuh atas pala......ok u can do it...juz breath .... calm down.........relax.......u need sumting for therapy ALLAH always beside you......DIA tau apa yg terbaik wat aku....yesssssssssssss. DIA xkan push aku to the limit, DIA tau what the best and silent is the answer
Tuesday, October 18, 2011
30 minit Ustaz Don
1st time tgk rancangan nie wa memang ko tertarik menarik ko memang debom hahahhah sangat suka penyampaian ustaz yg santai n relax....ustaz wat saya mengimbas kembali masa2 mula mengaji dlu....klu tgk profile ustaz pernah belajaq kat Sek Agama Nibong Tebal....erm ramai2 kwn2 aku kat sana....yg best loqhat utara xhilang...cayalah ustaz.....saya akan terus mengikuti rancangan bersama ustaz yer......tp 30min ja....mcm xpuas ja.....
Monday, October 17, 2011
Kenapa perlu berkahwin
5 sebab tuk berkahwin
1. Mendapatkan zuriat....bukan hanya tuk menyambungkan ikatan dunia tp juga diakhirat Diakhirat doa anak2 yg soleh yg akan menolong ibu bapa dia akhirat kelak.
2. Mencukupkan akal
Dimana bila berkahwin dpt melengkapi satu sama lain...dimana kekurangan lelaki dilengkapi dengan kekuatan isteri dan begitu sebaliknya.
3. Menyempurnakan hak
Menjaga hak isteri, hak anak2, hak2 wanita.Apabila hak2 itu xdilaksanakan ada perkahwinan yg tersasul dr landasan perkahwinan.
4. Menyelesaikan masalah masyarakat
Mengelak zina dan perkara2 yg xelok dikalangan masyarakat.
5. Mendapat rahmat dan kasih sayang dr Allah...kwin fadilatnya lebih semua perkara dpt pahala, senyum ngan isteri pun dapat pahala. Pegang tgn ister / suami gugur dosa dr celah jari, satu suap suami bg anak isteri ngan rezeki yg halal dapat pahala. Bapak2 bgn mlm selimut anak, pasang kelambu anak sama pahala ngan pahala perang fisabilillah.
Choc / Blueberry cheese tart order by Yanie
Testimoni :
Azianie Yanie Rashid anak2 saya suka sgt mkn tart tu nor..tq ye,mmg the best ler..
TQ ya yanie anak beranak sebab repeat order......da lama xbaking bln posa sampai ker pas raya.....gatal gak ler tgn nie....kali nie berjaya menghilangkan kegatalan tu hahahha....
Sunday, October 16, 2011
Motivate diri
Mari belajar mcm mana nak motivated diri yg down, ini cara aku ler
1) cari DIA klu aku rasa xtenang...itu ja ubat yg paling mujarab tuk aku
2) Berfikiran positif .... berpesan pada diri sendiri....ko boleh buat, itu semua cobaan, DIA hanya nak uji aku
3) Baca buku or article yg memberi impak positif
4) Compare diri aku ngan org yg lg teruk dr aku.....klu sakit ada yg sakit lagi teruk pada aku, kalau susah ada yg lg susah dari aku
5) Cari mak aku ler tuk bercerita.....hanya kata2 semangat dr dia n kesudian dia tuk dengar wat aku lega klu xnak mak aku susah ati cari kawan yg boleh dipercayai tuk dgr luahan aku
6) Tidooooooo oooooooooo tidak aku bukan kaki tido ler minta maaf....cbuk kan diri ngan keje yg menyebabkan aku lupa ngan masalah yg ado...
7) Menonton tv or movie....
8) Baca buku
Cilok blog ustaz amin moga jadi pengajaran buat semua
Kisah ini berlaku tiga tahun lepas sebelum aku bergelar perunding kejuruteraan. Ketika itu, aku masih seorang jurutera muda.
Pertemuan aku dengan Pak Cik Roslan (bukan nama sebenar) membuatkan mata aku terbuka dan hati yang senang untuk memikirkan keadaan aku sekarang.
Pak Cik Roslan seorang jurutera hebat. Projek kerajaan atau swasta, tidak kira bangunan atau jalan, Pak Cik Roslan tidak ketinggalan dalam mencatatkan dirinya sebagai berpengalaman.
Maklum sahajalah jika begitu berpengalaman, tentu dia seorang yang jauh lebih daripada seorang kaya, seorang yang hidup mewah.
Dia bercerita "Zul.. Pak Cik daripada satu projek ke satu projek... berjuta-juta mahalnya projek, 'income' tak pernah putus. Sesekali tu dua tiga projek serentak! Tak sempat balik ke rumah, cari hotel untuk bermalam, lima bintang tu dah kira rumah."
Aku tergamam.
Sambungnya "Pak Cik hidup mewah, rumah besar, kereta mewah, duit melimpah-limpah."
Tergerak hati aku "Adakah Allah menghantar insan ini sebagai peringatan kepadaku? Wallahu'alam."
"Tapi Zul.. hidup Pak Cik jauh dari masjid. Solat Pak Cik tunaikan tapi jarang ke masjid, Pak Cik cari kemewahan. Pak Cik dapat kemewahan."
Suatu hari, sedang Pak Cik Roslan di tapak pembinaan memantau projek bernilai berjuta-juta ringgit. Pak Cik Roslan diserang sakit jantung. Dikejarkan ke hospital. Terlantar sepuluh hari.
Sesudah keluar daripada hospital, kerja projek disambungnya. Projek pula bertukar ganti dan Pak Cik Roslan bertambah mewah.
Sekali lagi Pak Cik Roslan diserang 'stroke' terjatuh terlantar. Dadanya dibedah untuk dibuat 'bypass'. Nasib pakcik Roslan baik, 'stroke' tidak melumpuhkan dia.
Dua bulan Pak Cik Roslan berehat daripada bekerja. Dalam ketika itu, Pak Cik Roslan banyak menghabiskan masa di negara Eropah untuk merehatkan diri.
Selepas itu, Pak Cik Roslan kembali beraksi.
"Ahh! Sakit tu kekadang saja. Pakai duit pun tak banyak.. yang penting harta kena ditambah semula." Enak kata hatinya.
Pada hari pertama di pejabat, sebelum pulang, Pak Cik Roslan merasa pelik, kerana pejabatnya kosong. Mana perginya kakitangan beliau? Walhal, sebentar tadi sahaja masih ramai orang bekerja.
Tidak hiraukan perkara itu, Pak Cik Roslan melangkah ke pintu keluar pejabatnya. Sampai sahaja di tengah-tengah pejabat, 'stroke' datang menjengah lagi!
Suatu suara datang membisikan pada telinganya,
"Satu juta tak cukup.. dua juta tak cukup.. sepuluh juta tak cukup.. sekarang siapa mahu tolong? sepuluh juta boleh tolong?"
Suara itu jelas dan amat lancar. Tetapi bukan datangnya daripada mana-mana manusia pun. Tiada seorang pun berada di situ. Wallahu'alam.
Pak Cik Roslan jatuh kejang di atas lantai, terbaring.. kakinya kejang, tangan menarik-narik bajunya sendiri. Wajahnya pucat.
Pak Cik Roslan cuba menghubungi ambulan untuk mendapatkan bantuan. Malangnya gagal, apabila telefon bimbit yang tercanggih dibelinya, termahal dan termewah. Tampak segak bergaya dan mewah sekali telefon bimbit itu. Namun, satu punat pun Pak Cik Roslan tidak berjaya menekannya.
Anggaran tiga hingga empat jam selepas itu, barulah pekerjanya menyedari akan keadaan Pak Cik Roslan dan dia dikejarkan ke hospital.
Mengikut cerita pekerjanya, sepanjang hari sememang-memangnya pejabat itu begitu ramai orang dan ketika kejadian menimpa Pak Cik Roslan pun, pejabat sebenarnya masih belum kosong.
Rakaman CCTV juga menunjukan pejabat tidak sesekali kosong. Bayangan Pak Cik Roslan berjalan menuju pintu keluar dan jatuh begitu jelas. Namun, dengan kuasa Allah, Pak Cik Roslan tidak nampak sesiapa dan tiada sesiapa nampak Pak Cik Roslan jatuh.
Sejak daripada peristiwa itu, Pak Cik Roslan insaf dan sedar. Kini, Masjid Negara adalah rumah keduanya. Dia tidak lagi bekerja dan banyak menghabiskan hidupnya dengan menimba ilmu agama dan beribadah kepada Allah.
"Zul.. tak guna duit ada berjuta.. duit tak tolong bila kita susah.. apa guna ada rumah besar tapi tidak menjadi tempat tidur dan rehat, tidur hotel pula, apa guna kereta mewah dan besar tetapi tak boleh 'drive' sendiri dan bila mati tak pula naik kereta tu semua, apa guna ada duit dan mewah tapi tidak hidup bekeluarga."
"Apa yang penting Zul.. adalah ilmu kerana dengan ilmu kita kenal Allah dan agama.. daripada situ kita mohon rahmat dan berkat."
Pak Cik Roslan kini mengambil diploma dalam Pengajian Islam kerana kuliah di masjid terlalu perlahan untuk dia menimba banyak ilmu yang telah lama kosong dari dalam dirinya.
Kepada Pak Cik Roslan, terima kasih kerana berkongsi cerita dengan saya dan menjadi pengajaran yang amat besar bagi saya. Izinkan saya berkongsi cerita ini agar semua orang dapat memanfaatkan pengajarannya. Pak Cik Roslan, telah lama kita tidak bertemu. Semoga Allah memberikan rahmat dan hidayah-Nya kepadamu.
Pertemuan kita sekejap tetapi amat mahal harganya. Syukur kepada-Mu Ya Allah. Alhamdulillah.
Perjalanan
Bila tingat blk betapa banyaknya rintangan sebelum aku mencapai tahap sekarang....hadoi sedih pun ada. Betapa panjangnya perjalanan aku sebelum mengecap kejayaan sekarang. Kejayaan yg aku maksudkan aku berjaya menempuh segala perit getir....segala ujian...alhamdulillah. Semua tu satu kejayaan bg aku....tp aku sgt2 bersyukur disebalik ujian tu ramai yg membantu...terutamanya family dan kawan2....aku sgt2 bersyukur dpt kwn2 yg bersama2 aku dikala aku susah atau senang. Dulu aku salu mengeluh kenapa la hidup aku mcm nie...knp perjalanan hidup aku xmcm org lain smooth ja...org lain lps spm, stpm straight ipt tp akuuuuuuu n pidah pernah ckp kat aku hg perjalanan hang jauh ckit dr org lain...n kata2 dia nie la yg menguatkan aku n aku ingat sampai sekarang. Sebabkan perjalanan yg jauh tu la kau jd kuat sekarang....alhamdulillah....aku bersyukur apa yg ko bg kat aku dugaan kesabaran....aku tau lepas dugaan ada pelangi...mungkin dlu aku byk mengeluh atas ujian yg ko bg kat aku...tp aku tau DIA lg tau perjalanan hidup aku....disaat keluarga aku berpecah ramai saudara mara yg menghilangkan rasa sunyi aku....disaat aku ada masalah ada yg menanti utk mendengar luahan aku....waaaaaaaaa terharu sgt....alhamdulillah ya ALLAH...kekuatan yg KO bg menjadi semangat tuk aku sekarang....AMIN ya ALLAH....bersyukur dengan apa yg ko bg.....walaupun kdg2 aku antara manusia yg alpa jg .... huhuhuh....
Choc swiss roll....percubaan yg xmenghampakan
Ala pic golap lg....erm...aku cilok blog cik umi kita http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com . Saja eden nak toray xdak la susah sgt ek...ingat wat swiss roll susah....kira aku yg xberapa nak pandai nie pun berjaya membuatnya....klu yg kat luaq tu lg expert lg la...sap sap sui ja la....hahahhahahhaha. Bahan- bahannya ada seperti dibawah....
Kek
35g tepung
15g choc powder
telur 4 biji asingkan telur merah n putih yer
50g gula
Ayak tepung n choc powder pas2 asingkan yer. Pukul putih telur sampai berbuih masukkan gula...3x msk ..pukul sampai soft peak. Pas2 masuk telur merah satu persatu sampai rata. Pas2 masukkan bahan ayak td...gaul ngan spatula satu arah sampai sebati.
Masukkan dlm bekas leper n ratakan....bakar dlm 20min....itu ikut oven cek ler...oven cik umi kita 10min jer...tp sblm msk oven panaskan dlu yer oven....bakar 20min ngan suhu 150...ikut oven masing2 yer....da msk sejukkan kek tu yer
Cream
Aku pakai cream...besa jer....shortening, marjerin ckit, gula...mix up semua jd la cream....
Kek da sejuk sapu cream n gulung ler apa g....pa2 ngap....
Sunday, October 9, 2011
Gelap gelita american choc cake
Gambaq gelap sungguh aku xtau ler cake tu yg gelap ker kamera aku yg gelap tp gambaq tu memang gelap sungguh. Wat petang tadi tuk anak2 buah aku yg tercayang. Resepi yang dicilok dr blog http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2009/10/american-chocolate-cake-resepi-ii-best.html. Keja aku cilok mencilok jer la ....xdo keja lain...bila nak jd kretip xtau mana tau leh jd chef pas ni...bukan chef had topi tinggi tu...chef kat umah pun jd la....tp aku rasa hari2 da jadi chef kat rumah yerx....semua org pompuan semua sama .... mcm mana tggi pun belajaq kena kedapuq gak...itu la kata2 tok aku yg masih tergiang2 dlm kepala aku walaupun da bertahun dia xdak dimuka bumi nie..alhamdulillah berkat mulut bising tok piah jd gak aku turun kedapuq klux dlu aku la manusia paling baloq liat sekali hahahahha siap menjawab lg klu tok soh tolong dia kat dapuq lepas dia xdak memang bila fikir2 blk ada sebab dia berletiaq klux aku xjd org ler mcm sekarang.....may b jd org yg xtau apa2....
- 2 cups flour*
- 2 cups granulated sugar - guna caster sugar
- 3/4 cups cocoa*
- 2 tsp baking powder*
- 2 tsp baking soda*
- 2 eggs
- 1 cup of milk (fresh)
- 1 cup of corn oil
- 1 tsp vanilla essence
- 1/2 tsp salt 1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water
Cara;:-
- Ayak bahan * sekaligus
- Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air. (akak pukul lebihkurang 1 1/2 minit gitu..)
- Masukkan bahan yg diayak, air dan susu, kacau kejap dgn senduk kayu.
- Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min. (oven akak - 165C sahaja)
Subscribe to:
Posts (Atom)